Monday, March 28, 2011

Syukur



Aku punya suami
tapi dia telah pergi..
semua orang tahu..
meninggalkan aku, embun dan kekwa...

pergi mana?
tempat di mana kita dipersoalkan segala amalan kita,
tempat kita menanti hari diperhitungkan amalan kita,
tempat yang menentukan kita lihat syurga atau neraka?
tempat berehat dari kelalaian dunia yang sementara

ya, aku sedih...
amat sedih...
tapi aku redha...
sbb aku tahu janjiNya pasti..

Satu hari kita akan pergi jua..
janjiNya,
orang baik akan diberi ganjaran syurga
orang jahat akan ke neraka

kita manusia..
hidup dan mati ditentukanNya...
syukur aku ada agama,
agama yang syumul..
yang menyeluruh

agama itu
cerita tentang bagaimana kita lahir, hidup di dunia dan di akhirat

bayangkan hidup tanpa panduan?
dari mana lahir
bagaimana nak jalani kehidupan
apa itu baik
apa itu buruk
selepas mati pergi mana?

semuanya ada tertulis dalam kitab agama kita..
Syukur,
kalau kiranya aku tidak ikut panduan agama,
mungkin aku sudah gila!

Alhamdulillah,
Tuhan beri kita hidayah
Dia beri kita agama sebagai panduan.
Kita ikut, kita yakin,
InshaAllah, hidup lebih berharga
hidup lebih bahagia..

14 comments:

  1. kalam yg menyentuh hati.. tabahlah wahai mawar.. dia sdg menunggumu di sana.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikom Mawar.. :)
    moga mawar tabah meneruskan hidup demi anak2 yg masih kecil.. hadiahkan arwah dgn ayat2 suci sebanyak mungkin.. moga arwah tenang di sana. al Fatihah

    ReplyDelete
  3. Ass-Salam dear
    Al Fatihah buat arwah...
    Semuga terus tabah dan bahagia bersama anakanda tersayang.

    ReplyDelete
  4. baya,
    insyaAllah, Dia pasti janjikan yg terbaik utk baya n anak2....

    ReplyDelete
  5. ya Allah..tabahnya ibu muda bernama aini nurbaya ini...semoga Engkau sentiasa mencampakkan kesabaran yang tinggi buatnya dalam mengharungi hidup bersama puteri2nya...
    Al fatihah juga buat arwah..semoga ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman di sana

    ReplyDelete
  6. sabar la mawar.. bila rasa hilang arah, Allah ada disisimu.. sesungsuhnya dugaan untuk kerana Allah tahu kamu mampu mengharunginya.. kotakan janjimu pada arwah kamu mampu menjaga buah hati kamu berdua, membesarkannya dengan pegangan agama agar menjadi insan berguna dan akan menjaga kamu nanti.. Alfatihah untuk arwah semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. aminnnn

    ReplyDelete
  7. "Hidup itu antara syukur dan sabar"-HAMKA/ Falsafah Hidup..

    Selain bacaan AlQuran sebagai teman, bacalah buku2 Hamka tinggalan arwah, insyaAllah akan mengubati hatimu...menyegarkan mindamu..

    ReplyDelete
  8. tabahlah.. sabar.. hari ini ALLAH beri hujan... mana tahu besok DIA hadirkan pelangi... :')

    ReplyDelete
  9. Ya ukhtie...fa sobrun jameel...berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...

    ReplyDelete
  10. sabarlah, semoga setiap yang berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  11. Aku menyanjungi wanita bernama Aini Nurbaya seorang wanita tabah.setiap kali membaca luahannya hadir getaran di jiwa ini ,aku turut merasai apa dirasa wanita ini,tanpa sedar air mata mengalir. Adakah aku mampu menghadapi ujian yg dilalui wanita ini? Ya, Allah berikan kekuatan semangat serta kecekalan pd wanita ini utk menghadapi kehidupan yg mendtg.Amin

    ReplyDelete
  12. semoga Allah kurniakan Mawar kesabaran dan ketenangan dlm menghadapi hari yg mendatang. membaca coretan mawar, menyedarkan saya agar lebih menghargai insan2 yang tersayang sementara mereka masih ada bersama-sama. pastinya rindu itu pasti tidak akan hilang atau kurang walau sedikit namun ingatlah Allah tak akan menduga hambaNya dengan dugaan yang tak mampu dihadapi oleh hambaNya. La tahzan

    ReplyDelete
  13. sesungguhnya baya seorg wanita yg tabah.... =)

    ReplyDelete
  14. Banyakkan bersabar kak, setiap yg pergi mesti ada hikmahnya disebaliknya, kalu bukan didunia,insyAllah akan ada si akhirat :)

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023