Tuesday, March 29, 2011

Mawar menangis


Nafastari: eh,u dah lama tak menangis kan? Dah lama i tak tgk u menangis, kenapa ye? Masa sakit bersalin tu pun u tak nangis..

Mawar: em,ntahla.. Dah kering kot air mata ni..

Nafastari : hm, kalau dulu i usik sikit u terus nangis.. Skg ckp apa pun u mcm takde perasaan dah.. Pelik...

Mawar: tu la kan, entahla.. Mungkin nanti ada satu hari yg buat sy menangis dgn teruk kot!

ya, mawar akhirnya menangis juga nafastari.. Menangis tanpa henti, air mata jatuh setiap hari, hati menangis setiap saat... Rindukan kamu nafastari...

Tapi, mawar ingat pesanmu nafastari,
"sabar itu cantik,mawar"

Jadi inshaAllah, mawar akan bersabar untuk nafastari

:)

Monday, March 28, 2011

Syukur



Aku punya suami
tapi dia telah pergi..
semua orang tahu..
meninggalkan aku, embun dan kekwa...

pergi mana?
tempat di mana kita dipersoalkan segala amalan kita,
tempat kita menanti hari diperhitungkan amalan kita,
tempat yang menentukan kita lihat syurga atau neraka?
tempat berehat dari kelalaian dunia yang sementara

ya, aku sedih...
amat sedih...
tapi aku redha...
sbb aku tahu janjiNya pasti..

Satu hari kita akan pergi jua..
janjiNya,
orang baik akan diberi ganjaran syurga
orang jahat akan ke neraka

kita manusia..
hidup dan mati ditentukanNya...
syukur aku ada agama,
agama yang syumul..
yang menyeluruh

agama itu
cerita tentang bagaimana kita lahir, hidup di dunia dan di akhirat

bayangkan hidup tanpa panduan?
dari mana lahir
bagaimana nak jalani kehidupan
apa itu baik
apa itu buruk
selepas mati pergi mana?

semuanya ada tertulis dalam kitab agama kita..
Syukur,
kalau kiranya aku tidak ikut panduan agama,
mungkin aku sudah gila!

Alhamdulillah,
Tuhan beri kita hidayah
Dia beri kita agama sebagai panduan.
Kita ikut, kita yakin,
InshaAllah, hidup lebih berharga
hidup lebih bahagia..

Friday, March 25, 2011

Friday, March 18, 2011

Dia seorang penulis


Nafastari ,
awak memang benar2 seorang penulis yang hebat!

awak tahu,
ramai yang sukakan tulisan awak
dulu awak pernah kata, "tulisan saya bagus kan?, saya teringin nak tulis buku dan jadi penulis"
tapi saya sengaja jawab "perasan!"

Kalau lah awak tahu,
saya sebenarnya jatuh hati dengan awak kerana tulisan awak-'Kita tak pernah sama'
awak memang benar2 penulis yang bisa buat orang tersentuh

Ramai yang mengunjungi blog awak
Kalaulah awak tahu
setiap hari ada saja orang mengunjungi blog kesayangan awak tu
awak mesti akan tersenyum riang.. saya tahu!

awak memang seorang penulis hebat!



*ini antara tulisan Nafastari


Thursday, March 17, 2011

La Tahzan, Mawar



Sungguh aku amat rindukan dia..
tapi dia milikMu..
sungguh aku amat sayangkan dia..
tapi dia lebih disayangi olehMu...

Aku bertemu dia keranaMu
Aku berpisah dengannya keranaMu
KeranaMU, aku disini
KeranaMu, aku akan ke Sana

Oh, hati ini tidak seharusnya berduka
kerana Dia telah memberikan aku bahagia
Bahagia bersama dia
Bahagia bersama puteri2 comel
Bahagia bersama keluarga

Kenapa aku harus terus berduka
sedangkan telah banyak nikmat yang diberiNya
syukurlah aku atas segala nikmatNya
nikmat kebahagiaan bersama dia
walau hanya sementara

Sungguh benarlah bahagia dunia ini sementara
bahagia akhirat itu pasti..
inshaAllah..

Wednesday, March 16, 2011

Buat yang mengerti

Lagu "dimanakah Abi" dicipta oleh abang sulungku Ahmad Romizi sewaktu aku masih di tahun awal di universiti..

mengisahkan tentang seorang ummi@ibu yang kehilangan suami atas syahid ke jalan Allah.
Anaknya masih kecil, umminya sedih namun hatinya ada Allah sebagai tempat mengadu..

Ummi resah untuk membesarkan anak yang masih kecil, belum mengerti apa yang berlaku, kelak anak itu mungkin akan bertanya,
"Di manakah abi?"...

perlukah ummi kisahkan apa yang berlaku??....
Abi mu syahid, mencari cinta yang Hakiki..
harapan si ummi agar anak membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi insan yang Allah sayang..



Dalam damai teratak sepi
menjelma pertanyaan menyentap hati
bermainlah pilu sang isteri
membelai pipi permata suci

ummi, dimanakah abi?
bergetarlah bibir mencari
perlukah kukisahkan apa yang terjadi
pada si kecil yang ingin mengerti
sayang abi kekasih ummi
pergi mencari cinta Illahi

Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama dzhikir mendamaikan

Bangunmu esok
menjadi pejuang
Mujahid sepanjang zaman

Monday, March 14, 2011

Jalan Pulang

Seronok sekali apabila en suami memberitahu bahawa dia akan berkursus di Malaysia pada bulan Februari. Kami tidak menjangkakan akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat kerana perancangannya kami mahu pulang berhari raya di Malaysia tahun ini.

Kami menaiki pesawat MAS kali ini, kebiasaannya kami akan pulang ke Malaysia menaiki pesawat THAI. en suami mahukan kelainan, katanya, "apa kata kita cuba naik MAS pula, nnt smp di Malaysia awal pagi.." aku turutkan sahaja kehendak dia, lagi pula, apa salahnya cuba sesuatu yg baru..

Sesampai kami di Malaysia, en suami mahu menaiki ERL dan katanya,kembar akan menunggu di stesen ERL Putrajaya. Aku hanya menurut, memang perjalanan pulang kami kali ini agak aneh, kerana sebelum ini kami akan dijemput di KLIA oleh ayahanda atau kakak ku yang tinggal di Shah Alam.

Kebiasaannya kami akan terus pulang ke Shah Alam setelah sampai di Malaysia, namun kali ini kami merancang untuk ke Melaka bagi menghadiri kenduri kahwin sahabat kami di Islamabad. Kami sekeluarga sempat bermalam ni A-Famosa resort dan menaiki beca mengelilingi bandar melaka. Terasa amat bahagia sekali dapat berjalan2 bersama en suami, embun dan kekwa di bandar yang bersejarah itu.

Selepas ke Melaka, kami ke kenduri kahwin sahabat en suami di Ampang dan kemudian barulah kami pulang ke Shah Alam. Kepulangan kami benar2 memberi kejutan kepada mama aku kerana dia tidak tahu yang kami akan pulang secepat itu.

Kami menghabiskan masa berjalan2 di IKEA, Tesco, Giant, dan beberapa rumah saudara mara kami.Kami sempat melawat ibu saudara aku yg baru kematian suami dan dia juga sekarang uzur kerana penyakit barah. En suami sempat mengucapkan rasa simpatinya kepada ibu saudara aku dan menghulurkan sedikit wang buat bekalan mereka sekeluarga.Kemudian kami menyinggah di rumah ibu saudaranya di UK Perdana, tetapi ibu saudaranya tiada di rumah, jadi kami menyinggah di rumah sepupunya@ adik beradik susuannya di UK Perdana. Kami juga sempat melawat Puan Salmah di Putrajaya yang baru kematian suaminya yang bekerja di Karachi, Pakistan. En suami selalu merasakan peritnya hidup seorang isteri yang kehilangan suami. Dia sedaya upaya mahu melawat keluarga yang kehilangan org yang tersayang.

Kami juga sempat ke rumah baru abang sulungnya di Kota Damansara. Selalunya kami akan ke rumah lama abang sulungnya di Selayang. Mungkin kepulangan en suami kali ini mahukan kelainan, mahukan jalan yang berbeza...

Pada 25-28 Februari en suami terpaksa pergi kursus di KLIA.. Selama 4 hari kami berpisah setelah sekian lama kami tidak pernah berpisah. Di Pakistan ke mana sahaja urusan luar en suami, dia pasti akan bawa kami sekali. Terasa berat untuk berpisah dengannya walaupun hanya 4 hari, anak sulung kami Embun seringkali menyebut "ayah, ayah.." bila mana dia teringatkan ayahnya.. Embun terlalu rindukan ayahnya sampai demam! Bila ayah balik dari kursus, Embun kelihatan amat gembira sekali. Aku pun rindukan dia, tapi tak sempat untuk aku memeluk dia dengan erat setelah dia pulang dari kursus kerana Kekwa menangis mahukan susu.

Keesokkan harinya kami bersiap2 untuk pulang ke kampung Bari,Setiu di negeri Terengganu. Kami bertolak awal pagi kerana mahu ke Kedutaan Pakistan di Jalan Ampang bagi membuat visa Kekwa. Setelah selesai urusan visa, kami bertolak pulang ke Terengganu..

Sepanjang perjalanan pulang, suasana dalam kereta amat tenang dan damai.. Kami berbual dalam kedamaian.. En suami memasang CD Qari Malaysia vs Arab Saudi. Alunan bacaan Quran mengiringi perjalanan kami. Sesekali en suami membaca sekali ayat2 suci Al-Quran dengan taranum dan tajwid yang amat baik sekali. Terasa sungguh merdu alunan bacaan en suami kali ini sampaikan meremang bulu roma aku seketika. Tidak pernah lagi aku dengar bacaannya begitu merdu selama ini. Embun pun turut mengaji sekali ( dengan gaya bahasa dia lah). En suami dan aku berpandangan dan ketawa kecil melihat telatah Embun yang mahu mengaji sekali. Oh, terasa indah dan bahagia sekali...

Aku tertidur sebentar, bila terjaga, en suami melalui jalanraya Jerangau-Jabor. Selalunya kami akan mengikut jalan bandar . Lalu terjadi perbalahan kecil antara kami,
aku: kenapa u ikut jalan ni? i nak makan satar...
en suami: la, u tak cakap.. kata td nak berhenti rumah mok teh je
aku: kan kita selalunya akan singgah makan satar kat kemaman.... hu.. hancur luluh hati saya...
en suami : hancur luluh ke nur? sorry sgt.. i tak tahu...

Sesampai di Kuala Terengganu, kami singgah di rumah Mok Teh. Mok Teh adalah adik ibuku. Aku sempat mandikan Embun dan Kekwa di rumah Mok Teh. Aku pun mandi dan menukar pakaian baju lusuh dan kain batik kerana aku mahu terus berehat setelah sampai di Bari nanti. Setelah selesai solat jama' Maghrib dan Isya', kami bertolak pulang ke Bari.

Sebelum bertolak, tiba2 Embun menyebut "horse".. Mok Teh bertanya kepada aku, "sapa ajar dia horse? dia tahu ada horse depan rumah mok teh tu".. Aku hanya tersenyum kecil, dalam hati pelik juga, setahu aku, aku tak pernah ajar perkataan "horse" dekat Embun..

Selepas melambai Mok Teh, aku berkata pada encik suami,
Aku : kesian Mok Teh, tinggal sorang2 je.. anak2 jauh, suami dah takde..hm..
kita nanti bila tua macam mana la ye? awak pergi dulu ke, saya pergi dulu?..
(terdetik seketika dalam hati aku berbisik bahawa "MATI ITU PASTI")
En suami : .... (dia menghulur tangannya lalu menggengam erat tangan aku..)

Perjalanan ke Bari diteruskan, dan en suami berhenti mengisi minyak di Petronas yang jarang kami singgah selalunya. Kebiasaannya dia akan menyinggah di stesen minyak Petronas berdekatan dengan chalet mewah. Aku pelik juga kenapa dia singgah di stesen minyak yang lain, tapi dalam hatiku mengira mungkin minyak sudah berkelip dan tak sempat isi di stesen yang kami biasa.

Kemudian kami singgah ke kedai keropok.. lalu aku menyuruh dia membelikan vitagen untuk Embun sekali. Selesai membeli, aku letak Embun di hadapan dan menyuruhnya minum bersama ayahnya di hadapan. Kemudian Embun tidak mahu air vitagen itu, dia mahu minum di belakang bersama2 aku. Lalu aku ambil Embun nak pangkunya di peha sebelah kiri, dan aku pangku Kekwa di sebelah kananku. Aku membuka vitagen, dan sempat aku menoleh ke arah en suami, aku melihat dia sudah tidak minum dan makan, dia hanya menumpu ke jalan raya...

Dengan bacaan "bismillah" aku menuang air ke mulut Embun... dan.... dengan sekelip mata, terasa brek yang mengejut, aku dengar encik suami menyebut "ALLAH"...

aku terjatuh di bawah, cermin mataku terpelanting dan tudungku tercabut,... aku meraba2 di dalam keadaan yang gelap... tiada lampu di bahu jalan raya itu,.... aku meraba2 mencari Kekwa.. Embun menangis ketakutan... aku ambil keduanya dan aku memaling ke arah encik suami......
"sayang, bangun sayang...."...

aku membuka pintu kereta dan melihat ada orang di tepi jalan itu lalu aku teriak "tolong amik anak saya, saya mahu keluarkan suami saya".. mereka datang menolong ambil anak saya....
aku cuba keluarkan dia... tapi tak tahu apa yang tersepit..... aku rabun.... aku cuba panggil dia... dia tidak menyahut...

aku keluar kereta mencari "mana anak saya??tolong pegang anak saya dan jangan duduk jauh2, tolong panggil ambulans cepat, cepat keluarkan suami saya, kenapa dia tersepit??"...

ambulans terlalu lambat... aku berkeras mahu keluarkan suami dan hantar dia ke hospital berdekatan.. ramai datang menolong... mereka cepat2 keluarkan barang2 berharga dalam kereta itu dan memberi kepadaku... aku masuk lagi ke dalam kereta, terjumpa tudung, terus sahaja aku memakainya kembali dan cermin mata yang telah patah tangkainya aku terus pakai..

Satu keluarga yang baik hati aku kira mereka seperti malaikat yang menolong kami sekeluarga. Dia membawa Pajero, isterinya ada anak kecil dua orang, merekalah yang menolong aku membawa en suami ke hospital. Di dalam Pajero,Embun dipegang oleh isterinya, aku memangku Kekwa, dan tanganku menyapu2 darah en suami.. aku tidak berkesempatan memeluk en suami, kerana tanganku memangku Kekwa yang kecil.. terasa sungguh panik sekali, tidak henti2 aku menyebut kalimah "la illaha illallah"... air mata ku masih belum menitik, aku sangat risau... hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa itu..

Sesampai di hospital, doktor terus melakukan CPR, katanya macam takde harapan..
aku masih berharap en suami masih hidup, aku menyuruh doktor mencuba sampai boleh... 10 minit kemudian, doktor masih lagi berkata takde harapan dah ni, pukul berapa kejadian?...
aku masih tidak boleh menerima hakikat.. aku tak boleh menjawab soalan doktor.. pukul berapa?? kenapa aku harus aku jawab pukul berapa? aku hanya mahukan nyawa suamiku selamat....

aku menelefon keluargaku dan berkata pada mereka bahawa encik suami koma.. walhal doktor langsung tidak pernah mengatakan dia koma.. aku berharap.. dan masih berharap...sampailah adik en suami datang memberitahuku, "kak nur, pa dah takde..."

bercucuran air mata aku mengalir, seakan2 tidak boleh berpijak di bumi yg nyata.. aku memeluk Embun sekuatnya.. Kekwa dipangku oleh ibu saudaraku... aku tidak mahu melepaskan Embun dalam dakapanku, kalau Embun ku lepas waktu itu, sudah tumbang aku dibuatnya....

Aku duduk dan menangis... dan menangis... dan aku sedekahkan al- fatihah kepadanya

" inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).

Sesungguhnya jalan pulang kali ini benar-benar membawa dia pulang kepada Yang Hak...

Selamat Hari Raya 2023