Friday, November 18, 2011

Nafastari- matahariku


MusicPlaylistView Profile
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com

i used to like this song very much few years ago... tapi tak sangka sungguh lirik lagu ni betul2 ada kena mengena dengan hidupku sekarang... semakin pedih dan menusuk hati bila mendengar lagu ni semula..but it still my fav song...

walau sinar matahariku hilang, namun mawar percaya, dengan lahirnya cahaya kesabaran akan membuat mawar terus berkembang dan terus hidup untuk  mencantikkan alam sekitar sebagai hadiah mawar buat pencipta.. inshaAllah...

Tuesday, November 15, 2011

Nur Kasih

Nur kasihkan ahmad.. bukan adam.. heh...

tengah malam tak boleh tidur, teringatkan dia... letih memang letih.. pergi kerja, balik main dengan anak2.. penat kalau boleh nak tidur je.., tp hati dan fikiran masih teringatkan dia...

setiap malam nak tidur, selalu bayangkan... macam mana dia dalam alam itu... harapan dan doa saya supaya dia tidur dengan nyenyak smp hari kebangkitan nanti... selalu juga bayangkan diri di tempat dia.. macam mana lah agaknya diri ni nanti.. takutkan... sangat takut...diri ni selalu je lalai dan leka..

tapi selalu juga berangan dan penuh harap untuk dapat jumpa dia.. dan harap selamat kat sana...
cukupkah amalan sekarang untuk dibawa ke sana nanti?.. takutnya...

Friday, November 11, 2011

Keroncong

bunyi2...

dia bunyi lagi...
kruk..kruk..kruk...

hey, saya lapar la.............
;p

Pagi

Morning..
Selamat Pagi semua...

hari ni mawar tak perlu kerja di hari minggu... seronoknya.... bulan lepas hampir setiap minggu kena kerja di hari minggu.. rasa nak pengsan pun ada.. huhu... tapi bak kata pepatah,

"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"

susah2 la dulu bekerja, cari pengalaman untuk bersenang di kemudian hari... inshaAllah...
malah,

pernah sahabat nabi merungut apabila melihat seorang yang badannya kasar kerana kuat bekerja dan berkata:
"Alangkah baiknya jika dia menggunakan kekuatan tubuhnya itu untuk berjihad pada jalan Allah"

mendengar itu Rasulullah s.a.w pun bersabda
"Jika dia bekerja mencari nafkah untuk anak-anaknya yang kecil adalah fi sabilillah, jika dia bekerja untuk kedua-dua orang tuanya pun fisabilillah, jika dia bekerja mencari nafkah untuk dirinya sendiri juga dikira fisabilillah, tetapi jika dia bekerja dengan tujuan menunjuk-nunjuk dan riak, maka itu adalah fisabili syaitan (pada jalan syaitan)."  -riwayat Bukhari&Muslim dan Tarmidzi


Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT....
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari

Thursday, November 10, 2011

Selamat datang si putih

Si putih sampai juga ke Malaysia dan kepangkuan keluarga nafastari..
Setelah hampir 6 bulan di gudang port klang, akhirnya berjaya juga mawar bawa kamu pulang si putih..


Malam itu si putih sampai depan rumah.. dan terus saja hati ini melonjak gembira dan seperti mahu berkata dengannya "sayang, kesayangan you dah sampai!" Tapi apalah daya aku, aku cuma boleh berkata sendiri di dalam hati, rasa gembira, lega, syukur dan sebak di masa yang sama.. dan Embun si budak bijak terus saja sebut "kereta ayah!" Allahu akhbar....

Hampir setengah tahun kereta tersadai, pastilah kereta itu baterinya habis.. Aku masuk ke dalam kereta itu, dan memegang stereng.. dan saat itu aku rasa seperti aku memegang tangannya... kereta yang banyak memberi kami kenangan manis di Islamabad dahulu.. sungguh aku terlalu rindukan saat itu...

Ahmad, nur dah boleh drive sekarang..ingin sekali nur bawa ahmad sebagai penumpang di sebelah... ingin sekali nur tunjuk pada sayang yang nur mampu berdikari seperti yang kamu mahu sayang... nur ingin sekali berkongsi cerita nur  tentang kerja dan memandu.. tentang anak2 kita... tentang Embun yang sangat petah seperti kamu... tentang Kekwa yang sangat aktif dan manja...Ahmad sayang, nur sangat rindukan kamu...Allah... 

Tengah Pagi

Pukul 2.30pagi, aku terjaga dari tidur sebab Embun mengingau...

"nak cakap ayah...." berulang2 kali dia sebut...
aku yang ngantuk terus terjaga dan kelu serta sebak mendengarnya...
terus aku peluk Embun dan tenangkan dia... dan buatkan susu dia , terus saja dia tertidur semula..

Dan aku.. tak boleh lena lagi selepas tu..
Aku amik kesempatan buka laptop dan baca blog kawan2... lihat blog sendiri yang dah tak sekerap dulu aku update.. rindu juga pada blog ni... selalu saja nak update, tapi tak berkesempatan...balik je dari kerja, terus saja aku habiskan masa mengadap anak2 ku yang comel .. rasa rindu dan tak puas bermain dengan anak2 sejak mula bekerja ni. Embun dan Kekwa pun memang melekat habis dengan ummi dia bila ummi balik. si adik menyusu, si kakak pun nak menyusu dan baring atas riba ummi.. akhirnya dua2 atas riba ummi...hehe..

Okayla, nanti mawar update lagi k.. 
Gudnite..


Sunday, November 6, 2011

Sejenak...

Jay dan isteri;Allah terlalu suka menguji orang yang mengaku beriman, tapi jangan tanya 'mengapa' 
salam dan doa; nasriah abdul salma
Nasihat itu daripada sahabat nafastari di dalam post nafastari yang bertajuk "Tidak mahu menangis lagi"
sangat terkesan di hati ini membacanya setelah ketiadaan nafastari di sini...


dan meninjau balik post nafastari di blog nya.. ada satu entri yang ditulisnya tidak di 'publish' , dan antara isinya...
Ternyata bukan mudah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, kerana Muslim yang baik perlu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berpesan-pesan atas perkara yang haq dengan penuh kesabaran dan hikmah. Dan dalam dunia hari ini kita bukan sahaja tidak berani menyampaikan, tetapi juga takut untuk menyatakan prinsip pegangan sendiri

*renung2kan dan selamat beramal... ;)

Selamat Hari Raya 2023