Saturday, May 12, 2012

Penting juga simpanan......

KWSP.... skim pencen.. insuran...

semuanya penting untuk menjamin kehidupan yang lebih stabil bila kita sudah tua nanti kan...
ramai berlumba-lumba nak simpan duit banyak, nak masuk pelaburan ini, pelaburan itu...
bagusla macam tu...

fikiran ke depan..Financial planning yg hebat...MashaAllah..
tapi saya belajar sesuatu yang bermakna jumaat lepas..
dalam talk.. yang mengajar saya "financial and investment planning" yang lebih hebat...

Ramai mungkin tak sedar, saya sendiri pun tak sedar...
rupanya kita belum buat lagi satu skim yang penting...
skim "pencen+kwsp+insuran" untuk kita di hari Kekal Abadi..

hari2 di dunia kita bekerja keras, akhir bulan, duit masuk skim kwsp.. masuk pencen..
yang mana beli insuran, bayar pula skim insuran...katanya untuk masa depan...

hari ini apa kata kita cuba pula buat satu skim yang lebih hebat...
skim pencen+kwsp+insuran... 3 in 1 lagi tu.. 
ini pun utk masa depan juga!
dan yg ni masa depan yg lebih Hakiki...


masih terkesan di hati ustz awang bagitau..
"ada seorang hamba Allah, meninggal, sebelum dia meninggal.. dia beli kereta Honda yang baru, dan ada simpanan, siap pesan kat isteri dia, nnt kalau dia mati, amik duit simpanan tu bayar kereta Honda tu"...
dan apa yang hamba Allah itu bawa ketika dia meninggal dunia? bukan kereta Hondanya atau simpanannya di dunia... tetapi simpanan di akhiratnya 
"ilmu yg berguna, amal soleh dan doa anak yang soleh"

3 in 1 :)



Ahmad beli kereta Toyota Camry... siap pesan kat isteri dia, amik duit kat KWSP bayar duit kereta tu untuk dibawa ke Malaysia.... dan apa yg Ahmad bawa bersamanya?... inshaAllah... ilmu yg ahamad ajar, akan nur ajarkan anak2 kita, ilmu yang ahmad tulis akan nur perjuangkan... anak yang ahmad tinggalkan, akan nur didik menjadi anak yang solehah...inshaAllah..inshaAllah...inshaAllah

penceramah tu kata, senang je... tak susah.. kat rumah pun boleh buat... dlm kereta ke, kat mana je la...

asalkan kita dlm keadaan selalu ingat padaNYA..
nak extra lagi simpanan, buat solat sunat..
lagi2 bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan...
tiga bulan tu confirm dapat bonus... sape buat, dia dapat!

Terima kasih ustaz hj Awang... 
atas consultation financial and investment planning yg awesome ni..
:)


7 comments:

  1. salam nur..sgt tertarik dgn kisah ni.betul, ramai yg tak sedar akan pentingnya simpanan abadi tu..alhamdulillah..muhammad sejak akhir2 ni suka menabung..menabung dalam tabung masjid..hehehe..

    ReplyDelete
  2. moga hasil penulisan nur, nasihat2 dan peringatan ini juga bila dibaca org dan diambil manfaat darinya juga menjadi saham utk kita..(juga dari blog2 kita juga) amin...

    ReplyDelete
  3. salam mawar
    ramai yg terleka dek kemewahan sementara dunia..
    sehingga bekalan dan simpanan utk kesana diabaikan....

    ReplyDelete
  4. Salam, mawar.
    Setiap hari saya akan buka blog mawar.
    Best juga kalau setiap hari dpt baca entry mawar..

    ReplyDelete
  5. Kalau nak kumpul harta duani ni Nur..sampai mati tak cukup2...ilmu akhirat lebih menjamin masa depan kita..smg kita pandai menguruskannya

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, betul tu...apa yg ada kat dunia nih hanya sementara....

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023