Hari ini 15 April 2013, kamu genap Empat tahun di dunia
ini... Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah memberikan nyawa dan
ruh kepada kita untuk terus hidup di bumi ini. Namun, yakinlah embun, yang satu
hari kita akan dipanggil untuk pulang ke negeri asal, yang kekal abadi, dimana
jika di dunia ini kita telah melakukan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba
Allah yang taat, kita akan ke tempat yang indah, syurga, inshaAllah... Dan
beringatlah, jika kita lalai, jika kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita
sebagai hamba,akan dihumban ke neraka, nauzubillah....
Embun yang sulung,
Ummi amat berbangga punya anak seperti kamu , yang bijak dan
sangat comel. Kamu juga seorang kakak yang penyayang, seorang anak yang berdikari
dan pintar. Walau usia kamu baru 4 tahun, tapi kamu sangat tabah, kamu sangat
kuat, kamu sangat matang. Ummi sangat bangga dengan kamu sayang...
Alhamdulillah... semua ini kurniaan daripadaNya.. jangan kita lupa sayang,
segala yang baik itu Allah yang beri, segala yang buruk itu kelemahan diri kita
sendiri...
Embun,
Maafkan ummi jika ummi tidak dapat memberikan perhatian yang
sepenuhnya pada kamu sayang, ummi mencuba sebaik mungkin untuk berlaku adil
pada kamu dan adik kamu kekwa... ummi tahu kamu masih perlukan belaian dan
kasih sayang ummi, namun kadang kala ummi terpaksa memilih untuk melebihkan
yang memerlukan.. contohnya, kamu mahu didukung, adik juga mahu didukung, ummi
larat, ummi dukung kedua2nya... jika ummi tidak larat, ummi terpaksa menyuruh
kamu berjalan...
Bila kamu mahu tidur, ummi tidak dapat tidur disebelah kamu,
kerana ummi sedang menyusukan adikmu, tapi ummi ganti dengan menggaru dan
membelai kamu sewaktu ummi menyusukan adikmu.. selalunya kamu yang terpaksa
mengalah, terima kasih sayang sebab memahami keadaan ummi.. kamu memang anak
yang bijak....
Sayangku Embun,
Walau apa pun yang berlaku, selalulah mengharapkan
pertolongan Allah, Jadilah anak yang solehah dan berguna buat masyarakat bila
besar nanti ye sayang.... jadilah kakak yang baik, anak yang selalu mendoakan
kedua ibu bapa dan mendengar kata. Ummi hanya inginkan yang terbaik buat
anak-anak ummi.. semoga kita sama2 tabah dan sabar menjadi orang yang
istimewa... J
Selamat hari lahir Embun yang ke empat tahun!
slmt ulang tahun ke4 buat Embun
ReplyDeletesemoga membesar menjadi anak yg solehah
dunia akhirat
selamat hari lahir Embun.. :)
ReplyDeleteselamat ulang tahun kelahiran my dear embun... moga sentiasa menjadi anak yang dibanggakan, umat yang disayangi dan sentiasa beroleh rahmatNya.. amin....
ReplyDeleteselamat hari lahir embun
ReplyDeleteSelamat ulang tahun kelahiran embun..
ReplyDeleteselamat menyambut hari lahir yg ke 4 ye embun, jadi anak yg solehah...kebanggaan ayah dan ummi..;-)
ReplyDeleteSanah Helwah Embun.. :)
ReplyDeletehampir menitis airmata. Selamat hari lahir embun, Semoga menjadi anak yang solehah.
ReplyDeleteSelamat hari lahir embun, semoga jadi anak yang solehah...
ReplyDeleteembun..moga membesar sbg ank yg soleh ya
ReplyDeleteepi besday dear embun..semoga jd anak solehah..amiin
ReplyDeleteAlhamdulillah... selamat ulang tahun buat Embun, semoga menjadi anak solehah.. be the serenity of your parent's heart ya dear..
ReplyDeleteSelamat hari lahir yg ke 4 tahun embun. =)
ReplyDeleteSELAMAT HARI EMBUN YANG KUAT... =)
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir ke- 4 tahun Embun. Semoga sentiasa di rahmati Allah.:)
ReplyDeleteselamat hari lahir embun... semoga menjadi anak soleh yang berjaya dunia akhirat.. Ameenn..
ReplyDeletehappy birthday embun yang manis.... semoga bila embun dah pandai baca semua ucapan ni nanti, embun sudah pun jadi anak yg solehah dan terus istiqamah, ameen...
ReplyDeleteHsppy birthday embun. Moga terus tabah...
ReplyDeleteMawar,
ReplyDeleteSudahkah Embun itu tahu membaca? Sekadar ingin tahu perkembangan kognitifnya dalam usia seranum ini.
Terima kasih
Embun anak yang dirahmati Allah. Alhamdulillah,samapai keusia ini.Semoga membesar menjadi perawat hati kepada ibunya.
ReplyDeleteTsentuh hati kecil sy.. Semoga kamu jadi ank yg baik syg.. Jaga ummi ,jaga adik ye .. Embun gudgirl..yeaahhhh :D
ReplyDeletemoge akak sekeluarge di dalam rahmatnye..
ReplyDeleteselamat hari ulangtahun embun.
Hepy Bezday Embun moga menjadi anak yg solehah yeh
ReplyDeleteSELAMAT HARI LAHIR,EMBUM..semoga hidup Embun diberkati ALLAH :)
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Embun .. Semoga redha dan restu Allah swt sentiasa mengiringi setiap langkahmu .. InsyaAllah Amin
ReplyDeleteselamat hari lahir sayang..
ReplyDelete"Selamat hari lahir Embun"
ReplyDeleteMawar - akak mohon link blog ini. Terima kasih.
Slmt hari lahir embun. Pakcik mdoakan agar kamu akan mwarisi kbaikan & keunggulan kmua org tuamu srta bjaya di dunia & juga di akhirat, insya Allah...
ReplyDelete