PETIKAN PUJUKLAH HATI-karya bonda nor
Jangan fokus pada apa yang kita rasa... tetapi cuba fokus pada cara kita mengendalikan emosi emosi kita.. senyum ya!
Buku pujuklah hati yg kata.. bukan saya yang kata.. hehehe...
Kadangkala kita kena salin semula ayat yg kita mahu 'save' dlm memory akal kita.. barulah ingat!
Tutup aurat jika tidak ikhlas mungkin tidak mendapat pahala, namun sekurang kurangnya, kita tidak berdosa.Kita cuba ya!
*pujuklah hati karya Bonda Nor..page 227*
mukasurat 153
Umpama seorang isteri yang sakit hati dengan perangai buruk suaminya namun masih boleh berkata ,
"Jika suamiku gagal menjadi suami yang baik, itu urusannya dengan Allah.Aku sebagai isteri akan tetap melaksanakan kewajipanku"
Subahanallah,alangkah banyaknya persengketaan yg dpt dielakkan jika para isteri berfikiran seperti ini. Daripada mengeluh dan merungut tidak tentu hala,lebih baik memujuk sendiri hati kita. Bukankah Allah sedang menilainya?
"Bukanlah hati namanya jika imanmu tidak turun dan naik.maka janganlah sedetik pun engkau berasa selesa dengan imanmu.perhatikanlah selalu."
The end.. khatam sudah the book.. alhamdulillah.. sangat bermanfaat bg yg benar benar ingin mengerti...
Gambar di bawah ni, kenangan berjumpa dengan penulis bonda nor di PBAKL, 2 Mei 2014
Saya pun dah baca buku ni. Nukilan Bonda Nor memang sangat meninggalkan kesan. Alhamdulillah buku ni telah menjadi asbab untuk saya perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih baik.
ReplyDelete