- tak dapat makan makanan raya yang mama aku buat :(
- tak merasa kuih raya yang pelbagai
- tak dapat nak berkumpul bersama2 famili yang ramai
- tak rasa suasana raya di sini.. lagu ape ntah dorg pasang kat pusat membeli belah, aku pun tak paham. mungkin lagu raya mereka, tapi tak feel la! ;p
- tak beriya2 pun nak raya.. wpun first raya with my cute little baby Embun..
- Embun belum ada baju kurung.
- Tak de buat cookies tahun ni..
- takde anak buah yang riuh rendah..paling rindu sama kakak nurah!
(dulu2 aku berangan nak konvo bawak anak, dan pakaikan topi tu kat dia)
Selamat Hari Raya buat semua.. Maaf Zahir dan Batin.
Kalau sudi, posla kuih raya kat sini.. huahua
mawar dan keluarga,
ReplyDelete-salam aidilfitri buat kalian yg jauh di perantauan. biar jarak membezakan, kita tetap berpijak di bumi yang sama dan berbumbungkan lagit yang serupa. maafkan segala salah dan dosa. selamat hr raya
alamak ssedihnya...
ReplyDeletesabar yer ummu embun..
nak balik ker???
wow mesti tak sabar..
moga selamat semuanya ya...
selamat hari raya!!!
Salam mawar,
ReplyDeleteselamat kembali pulang bercuti di tanahair.
akak. serdang.
Embun,
ReplyDeleteSaya juga sama seperti anda. Oleh kerana tidak pulang ke kampung, tiada langsung mood untuk beraya. Saya berada di rumah sepanjang hari semasa hari raya pertama dan paginya telah memasak nasi minyak dengan banyak tetapi tiada sesiapa datang bertandang. Saya dan suamilah yang menghabiskan semua lauk-lauk itu. Yang ada hanyalah budak-budak yang ingin mengutip duit raya dan itupun tidak masuk ke rumah. Setakat di luar pagar sahaja.
Hanie..