Rumah Terbuka

Alhamdulillah, berjaya jugak buat majlis kat rumah.. Raya ketiga yang lepas, 23hb September, rumah kami buat rumah terbuka. Mula2, aku agak teragak2 jugak nak masak untuk lebih 50 org. Maklumla, baru setahun jagung dalam dunia masakan, tetiba nak kasik org ramai makan pula. Tapi atas desakan kawan2 kat sini asyik duk tanya, "bila nak buat majlis kat rumah?" membuatkan aku rasa cam 'em, tak bestla pula ni, org dah tanya, lagi plak dah hampir 4 bulan lebih duk pakistan ni, takde lagi buat house warming panggil kaum kerabat malaya di sini..'

Jadinya, aku memberanikan diri jugaklah meng'offer' diri nak masak sendiri untuk majlis open house rumah aku tu. Huhu.. berdebar sangat, ntah sedap ke tak la masakan aku tu. 5 hari sebelum majlis tu aku dah mula buat preparation sikit2. Maklumla, 1st time nak handle majlis, nak masak sendri plus ada anak kecil. Adventure jugak bila ada baby, sambil tu nak kena masak. Sekejap bila Embun menangis, kena berhenti buat keje, nyanyi2 sikit lullaby kat dia, menyusu, bila dia dah diam, sambung plak buat keje.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan smooth.. Menu pada hari tu, Nasi Ayam, Bihun goreng, Keropok, Nasi Impit, Kuah Kacang, Serunding, Air oren, Air teh dan Jus Epal nectar( ready made). Memang pengalaman yang tak boleh dilupakan lah.. :) Macam tak percaya pula aku berjaya masak semua tu. Wahaha.. Pada hari majlis tu, kami upah pembantu tolong basuh2 pinggan mangkuk dan gelas. So, tak la kalut sangat time nak layan tetamu tu. Syukur semua orang pun gembira.. :)



inilah dia hasilnya... :)


Niyaz Ali(drebar), menolong kami menggoreng ayam


Ayah dan anak pun tolong goreng..


Proses pembikinan sup ayam



Potong daun bawang sikit..


Nasi impit nona segera..


:)

Comments

  1. Tahniah untuk anda, Mawar..

    Mengagumkan. Sepanjang hari raya, saya memasak setiap hari untuk tetamu kalau-kalau ada yang sudi bertandang. Walaupun tengah sarat, digagahkan juga untuk memasak. Terasa sangat kepuasannya apabila semua lauk yang dimasak habis dimakan..

    Selamat Hari Raya untuk Mawar sekeluarga dan Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  2. Tahniah Baya....Caya lah....Dah boleh jadi 'supermom' dah nie....

    Slmt hr raya

    ReplyDelete
  3. Cayalaaaahhhhhhhh... terrer pun cik mawar ni... saja tak tunuk skill jer.. hehe
    anyway .. TAHNIAH!!!

    ReplyDelete
  4. Nanti blk m'sia wat la open house gtu kt umh mertua awak pulak...

    ReplyDelete
  5. pewwwwwwit lps ni buleh wat kat msia pulak...
    aku tggu taww .. whoahhh siap si ali gorengkan ayammm.. ayamm pakistan tuu

    ReplyDelete
  6. pergh..gila lah ko baya..tabik spring aku ko bleh masak seperiuk hentak camtuh..kalo takat nak goreng bihun satu kuali besar tuh gagah lah jugak aku tapi tgk periuk sup ko pon aku dah gerun..hehehe well done

    ReplyDelete
  7. wwooww dasyat nyer baya!!! congrats...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!