Wednesday, February 24, 2010

Puan Azma Zulkharnain




Bulan depan genaplah setahun usia perkahwinan sahabat baik aku ni.. Happy becoming anniversarry Azma&Aim. Maafkan aku sebab tak dapat hadir hari bersejarah kamu tahun lepas. Waktu itu aku ditahan di hospital Kuala Terengganu.
Alhamdulillah, kamu sudah bergelar "Puan"dan inshaAllah akan aku doakan untuk kamu supaya bergelar "ibu" kelak..

Kami mula rapat di matrikulasi uia pj... Di biliknya aku selalu lepak dan makan masakan nasi goreng yang dimasak olehnya mengguna "rice cooker".. hehe.. sebenarnya, illegal utk kami membawa barangan elektrik seperti itu di asrama dahulu. Puan Azma sememangnya orang yang berani! =)

Dan kami sama2 belajar dalam jurusan ekonomi di matrik, bila di Uiam Gombak pula, aku mengambil jurusan akaun dan azma ambil jurusan bisnes admin. Namun, persahabatan kami masih kekal dan tetap rapat. Pernah sekali aku bergurau dengannya sebelum aku masuk ke uiam gombak,
"bila tahun pertama di gombak nanti, pasti kita akan jumpa the right one for me dan mungkin kita yang akan kahwin dulu daripada azma"

Tak sangka mulutku masin pula.. hehee.. memang aku yang kahwin dahulu, dan aku berjumpa encik suami di tahun pertama seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini.

Sekarang alhamdulillah, kawan aku ini sudah berkerjaya. Dia juga mempunyai bisnessnya yang tersendiri. tahniah! Kawan2 uia mesti nak tahu apa bisness nya kan??

Sila click ini --> arazklik dan aimclick

Semoga success selalu ye Puan Azma!
always pray for the best for u n all my friends..

No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Raya 2023