Monday, July 12, 2010

Botol susu

Sekarang Embun sudah ada 5 batang gigi. pertumbuhan gigi dia agak lambat jika hendak dibandingkan dengan sepupu2nya yang lahir pada tahun yang sama. Sekarang nak tumbuh lagi satu, bermakna akan ada enam batang gigi..

Sejak ada gigi ni memang senang nak menyuap dia makan. Dia akan makan apa sahaja yang disuap, bila dia tak suka rasa makanan tu, dia akan buang semula. Jadi agak mudah untuk travel bersama si kecik ni sekarang kerana aku tak perlu lagi menyiapkan bubur untuk dia. Nasi pun dia dah makan sekarang.

Cuma yang merisaukan aku sekarang, bila menyusu badan, kadang kala dia akan menggigit!!! ouch!!! sakitnye Tuhan aja yang tahu. Sampai kadang aku boleh naik meradang dan merajuk dengan si kecik ni. hahaha.. memang menguji kesabaran bila jadi seorang ibu, tambahan pula 24jam melayan karenah si dia. Mujurlah aku sendiri yang mengasuhnya dari kecil. Tak dapat aku bayangkan jika pengasuh yang menjaganya. Sabarkah pengasuh itu? takut dia mengapa-apakan si kecik bila dia ligat bermain dan sangat nakal.

Pernah juga aku memberi si Embun minum susu botol, dia cuma akan minum paling byk pun 3oz sahaja. lepas tu dia akan bermain dengan botol susu dan menumpahkan susu di atas karpet dan bantal. huhu... Em, bagaimana lah agaknya cara terbaik nak ajar budak kecik ni minum susu botol pula ye? ...

Cik Embun suka minum jus.. jika diberi dalam botol susu atau botol yang ada straw tu, pasti dia akan habiskan. Tapi bila aku beri susu tepung yang kadangkala aku campurkan dengan madu pun dia susah sangat nak habiskan. Memanglah susu ibu yang terbaik, cuma sekarang aku rasa sudah sampai waktunya si kecik ini belajar untuk tidur sendiri tanpa minum susu badan. Nanti nak ada adik pula macam mana la ek...

3 comments:

  1. anas dr dulu smpai skrg mmg minum susu plg byk pun 3oz je... still direk bf... baby bf mmg minum sket2 je...

    ReplyDelete
  2. yelah nnt dh ade adik cmne ye embun..tak kan berebut ngan adik bby...huhuk..xpe baya slow2 train embun minum dr botol..maybe sbb susu tepung kot die xsuka.cuba pump susu baya sdr msk dlm botol die nak x?

    ReplyDelete
  3. mawar, enbun guba botol brand pe? try botol MAM. elok botol tu. tp mahal skit la. puting dia pon mahal skit. xpe la.. ayah embun kan kaya hehe.. try la beli satu botol dulu yg kecik.
    -yue

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023