Sekadar nak share sedikit ilmu yang ada, sekadar nak peringat diri sendiri dan sekadar nak kongsi pandangan, kali ni aku nak citer skit lah pasal wuduk.
Wuduk atau dengan nama lain mengambil air sembahyang.. Satu kewajipan sebelum nak menunaikan solat. Kalau takde wuduk tak sah la solat kite. Betul tak kawan2? Hehee
Point aku yang sebenarnya adalah cara kita berwuduk tu.. Bagi aku, mestilah dengan hati yang kusyuk! Bukan sahaja solat kena kusyuk, tapi dengan berwuduk pun hati kena kusyuk. Sebab tu ada yang mengatakan adab berwuduk, kita tidak boleh bercakap2 smbil mengambil wuduk. Kerana dikhuatiri mengganggu kekusyukkan kita dalam berwuduk.
Em macam mana nak kusyuk wuduk ni?
Pertamanya, niat dengan hati yang ikhlas..
Bila membasuh muka, niatkan ke dalam hati bahawa ,
Semoga kita menjadi orang yg soleh yang terpancar di mukanya..
Beristighfar atas segala kesalahan yang dilakukan oleh anggota muka seperti mata,hidung, dan mulut.
Mata- adakah kita telah melihat sesuatu yang berdosa? Istighfarlah
Hidung- adakah kita meninggi diri? Tunduklah.
Mulut- adakah kita bercakap bohong, mengumpat dan segala yg mungkar? Bertaubatlah.
Apabila kita membasuh sebelah tangan yang kanan, niatkan dalam hati supaya,
Mengambil rezeki yang halal
Membuat kerja yang baik dan di redhai
Rajin membantu orang lain
Seblah kiri pula, menyesalilah apa yang kita lakukan dengan tangan kita,
Mengambil benda yang haram atau shubahah?
Tidak ringan tulang membantu yang lemah
Segala maksiat tangan yg pernah dilakukan
Apabila membasuh kepala pula, tabamkan dalam hati untuk menjadi orang yang cerdik dan solihin, sentiasa rajin mengadap Tuhan yang Esa, sentiasa tunduk dan tidak bongkak dalam kehidupan seharian..
Terakhir sekali membasuh kaki.. Niatkan ke dalam hati,
Untuk melangkah ke dalam syurga satu hari nanti
Mengawal diri dari melakukan perkara2 yang terlarang
Menginsafi segala yang telah dilakukan oleh kaki .. Moga di alam barzakh kaki itu menjawab yg baik2 utk kita..
Wallahua'lam....
Feel free to share your thoughts!!
We love Islam!
:)
No comments:
Post a Comment