Monday, March 14, 2011

Jalan Pulang

Seronok sekali apabila en suami memberitahu bahawa dia akan berkursus di Malaysia pada bulan Februari. Kami tidak menjangkakan akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat kerana perancangannya kami mahu pulang berhari raya di Malaysia tahun ini.

Kami menaiki pesawat MAS kali ini, kebiasaannya kami akan pulang ke Malaysia menaiki pesawat THAI. en suami mahukan kelainan, katanya, "apa kata kita cuba naik MAS pula, nnt smp di Malaysia awal pagi.." aku turutkan sahaja kehendak dia, lagi pula, apa salahnya cuba sesuatu yg baru..

Sesampai kami di Malaysia, en suami mahu menaiki ERL dan katanya,kembar akan menunggu di stesen ERL Putrajaya. Aku hanya menurut, memang perjalanan pulang kami kali ini agak aneh, kerana sebelum ini kami akan dijemput di KLIA oleh ayahanda atau kakak ku yang tinggal di Shah Alam.

Kebiasaannya kami akan terus pulang ke Shah Alam setelah sampai di Malaysia, namun kali ini kami merancang untuk ke Melaka bagi menghadiri kenduri kahwin sahabat kami di Islamabad. Kami sekeluarga sempat bermalam ni A-Famosa resort dan menaiki beca mengelilingi bandar melaka. Terasa amat bahagia sekali dapat berjalan2 bersama en suami, embun dan kekwa di bandar yang bersejarah itu.

Selepas ke Melaka, kami ke kenduri kahwin sahabat en suami di Ampang dan kemudian barulah kami pulang ke Shah Alam. Kepulangan kami benar2 memberi kejutan kepada mama aku kerana dia tidak tahu yang kami akan pulang secepat itu.

Kami menghabiskan masa berjalan2 di IKEA, Tesco, Giant, dan beberapa rumah saudara mara kami.Kami sempat melawat ibu saudara aku yg baru kematian suami dan dia juga sekarang uzur kerana penyakit barah. En suami sempat mengucapkan rasa simpatinya kepada ibu saudara aku dan menghulurkan sedikit wang buat bekalan mereka sekeluarga.Kemudian kami menyinggah di rumah ibu saudaranya di UK Perdana, tetapi ibu saudaranya tiada di rumah, jadi kami menyinggah di rumah sepupunya@ adik beradik susuannya di UK Perdana. Kami juga sempat melawat Puan Salmah di Putrajaya yang baru kematian suaminya yang bekerja di Karachi, Pakistan. En suami selalu merasakan peritnya hidup seorang isteri yang kehilangan suami. Dia sedaya upaya mahu melawat keluarga yang kehilangan org yang tersayang.

Kami juga sempat ke rumah baru abang sulungnya di Kota Damansara. Selalunya kami akan ke rumah lama abang sulungnya di Selayang. Mungkin kepulangan en suami kali ini mahukan kelainan, mahukan jalan yang berbeza...

Pada 25-28 Februari en suami terpaksa pergi kursus di KLIA.. Selama 4 hari kami berpisah setelah sekian lama kami tidak pernah berpisah. Di Pakistan ke mana sahaja urusan luar en suami, dia pasti akan bawa kami sekali. Terasa berat untuk berpisah dengannya walaupun hanya 4 hari, anak sulung kami Embun seringkali menyebut "ayah, ayah.." bila mana dia teringatkan ayahnya.. Embun terlalu rindukan ayahnya sampai demam! Bila ayah balik dari kursus, Embun kelihatan amat gembira sekali. Aku pun rindukan dia, tapi tak sempat untuk aku memeluk dia dengan erat setelah dia pulang dari kursus kerana Kekwa menangis mahukan susu.

Keesokkan harinya kami bersiap2 untuk pulang ke kampung Bari,Setiu di negeri Terengganu. Kami bertolak awal pagi kerana mahu ke Kedutaan Pakistan di Jalan Ampang bagi membuat visa Kekwa. Setelah selesai urusan visa, kami bertolak pulang ke Terengganu..

Sepanjang perjalanan pulang, suasana dalam kereta amat tenang dan damai.. Kami berbual dalam kedamaian.. En suami memasang CD Qari Malaysia vs Arab Saudi. Alunan bacaan Quran mengiringi perjalanan kami. Sesekali en suami membaca sekali ayat2 suci Al-Quran dengan taranum dan tajwid yang amat baik sekali. Terasa sungguh merdu alunan bacaan en suami kali ini sampaikan meremang bulu roma aku seketika. Tidak pernah lagi aku dengar bacaannya begitu merdu selama ini. Embun pun turut mengaji sekali ( dengan gaya bahasa dia lah). En suami dan aku berpandangan dan ketawa kecil melihat telatah Embun yang mahu mengaji sekali. Oh, terasa indah dan bahagia sekali...

Aku tertidur sebentar, bila terjaga, en suami melalui jalanraya Jerangau-Jabor. Selalunya kami akan mengikut jalan bandar . Lalu terjadi perbalahan kecil antara kami,
aku: kenapa u ikut jalan ni? i nak makan satar...
en suami: la, u tak cakap.. kata td nak berhenti rumah mok teh je
aku: kan kita selalunya akan singgah makan satar kat kemaman.... hu.. hancur luluh hati saya...
en suami : hancur luluh ke nur? sorry sgt.. i tak tahu...

Sesampai di Kuala Terengganu, kami singgah di rumah Mok Teh. Mok Teh adalah adik ibuku. Aku sempat mandikan Embun dan Kekwa di rumah Mok Teh. Aku pun mandi dan menukar pakaian baju lusuh dan kain batik kerana aku mahu terus berehat setelah sampai di Bari nanti. Setelah selesai solat jama' Maghrib dan Isya', kami bertolak pulang ke Bari.

Sebelum bertolak, tiba2 Embun menyebut "horse".. Mok Teh bertanya kepada aku, "sapa ajar dia horse? dia tahu ada horse depan rumah mok teh tu".. Aku hanya tersenyum kecil, dalam hati pelik juga, setahu aku, aku tak pernah ajar perkataan "horse" dekat Embun..

Selepas melambai Mok Teh, aku berkata pada encik suami,
Aku : kesian Mok Teh, tinggal sorang2 je.. anak2 jauh, suami dah takde..hm..
kita nanti bila tua macam mana la ye? awak pergi dulu ke, saya pergi dulu?..
(terdetik seketika dalam hati aku berbisik bahawa "MATI ITU PASTI")
En suami : .... (dia menghulur tangannya lalu menggengam erat tangan aku..)

Perjalanan ke Bari diteruskan, dan en suami berhenti mengisi minyak di Petronas yang jarang kami singgah selalunya. Kebiasaannya dia akan menyinggah di stesen minyak Petronas berdekatan dengan chalet mewah. Aku pelik juga kenapa dia singgah di stesen minyak yang lain, tapi dalam hatiku mengira mungkin minyak sudah berkelip dan tak sempat isi di stesen yang kami biasa.

Kemudian kami singgah ke kedai keropok.. lalu aku menyuruh dia membelikan vitagen untuk Embun sekali. Selesai membeli, aku letak Embun di hadapan dan menyuruhnya minum bersama ayahnya di hadapan. Kemudian Embun tidak mahu air vitagen itu, dia mahu minum di belakang bersama2 aku. Lalu aku ambil Embun nak pangkunya di peha sebelah kiri, dan aku pangku Kekwa di sebelah kananku. Aku membuka vitagen, dan sempat aku menoleh ke arah en suami, aku melihat dia sudah tidak minum dan makan, dia hanya menumpu ke jalan raya...

Dengan bacaan "bismillah" aku menuang air ke mulut Embun... dan.... dengan sekelip mata, terasa brek yang mengejut, aku dengar encik suami menyebut "ALLAH"...

aku terjatuh di bawah, cermin mataku terpelanting dan tudungku tercabut,... aku meraba2 di dalam keadaan yang gelap... tiada lampu di bahu jalan raya itu,.... aku meraba2 mencari Kekwa.. Embun menangis ketakutan... aku ambil keduanya dan aku memaling ke arah encik suami......
"sayang, bangun sayang...."...

aku membuka pintu kereta dan melihat ada orang di tepi jalan itu lalu aku teriak "tolong amik anak saya, saya mahu keluarkan suami saya".. mereka datang menolong ambil anak saya....
aku cuba keluarkan dia... tapi tak tahu apa yang tersepit..... aku rabun.... aku cuba panggil dia... dia tidak menyahut...

aku keluar kereta mencari "mana anak saya??tolong pegang anak saya dan jangan duduk jauh2, tolong panggil ambulans cepat, cepat keluarkan suami saya, kenapa dia tersepit??"...

ambulans terlalu lambat... aku berkeras mahu keluarkan suami dan hantar dia ke hospital berdekatan.. ramai datang menolong... mereka cepat2 keluarkan barang2 berharga dalam kereta itu dan memberi kepadaku... aku masuk lagi ke dalam kereta, terjumpa tudung, terus sahaja aku memakainya kembali dan cermin mata yang telah patah tangkainya aku terus pakai..

Satu keluarga yang baik hati aku kira mereka seperti malaikat yang menolong kami sekeluarga. Dia membawa Pajero, isterinya ada anak kecil dua orang, merekalah yang menolong aku membawa en suami ke hospital. Di dalam Pajero,Embun dipegang oleh isterinya, aku memangku Kekwa, dan tanganku menyapu2 darah en suami.. aku tidak berkesempatan memeluk en suami, kerana tanganku memangku Kekwa yang kecil.. terasa sungguh panik sekali, tidak henti2 aku menyebut kalimah "la illaha illallah"... air mata ku masih belum menitik, aku sangat risau... hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku masa itu..

Sesampai di hospital, doktor terus melakukan CPR, katanya macam takde harapan..
aku masih berharap en suami masih hidup, aku menyuruh doktor mencuba sampai boleh... 10 minit kemudian, doktor masih lagi berkata takde harapan dah ni, pukul berapa kejadian?...
aku masih tidak boleh menerima hakikat.. aku tak boleh menjawab soalan doktor.. pukul berapa?? kenapa aku harus aku jawab pukul berapa? aku hanya mahukan nyawa suamiku selamat....

aku menelefon keluargaku dan berkata pada mereka bahawa encik suami koma.. walhal doktor langsung tidak pernah mengatakan dia koma.. aku berharap.. dan masih berharap...sampailah adik en suami datang memberitahuku, "kak nur, pa dah takde..."

bercucuran air mata aku mengalir, seakan2 tidak boleh berpijak di bumi yg nyata.. aku memeluk Embun sekuatnya.. Kekwa dipangku oleh ibu saudaraku... aku tidak mahu melepaskan Embun dalam dakapanku, kalau Embun ku lepas waktu itu, sudah tumbang aku dibuatnya....

Aku duduk dan menangis... dan menangis... dan aku sedekahkan al- fatihah kepadanya

" inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).

Sesungguhnya jalan pulang kali ini benar-benar membawa dia pulang kepada Yang Hak...

107 comments:

  1. salam Mawar


    hari ini seharian kak pB membaca blog blog yang menceritakan tentang kebaikan arwah ....

    kak pB doakan agar Baya kuat semangat ....

    ReplyDelete
  2. yang.... i love u so much! im so disturbed to know what happen to u but then im so damn glad to know u can realy go through this! got no words to say! i just love u so much.... hope u can be strong for nadaa n marwa

    ReplyDelete
  3. slm nur...
    akhirnye ade coretan dr nur..
    tabahlah hatimu nur..
    kamu insan2 terpilih

    ReplyDelete
  4. baya, be strong and kuat semangat.. moga arwah tenang di sana.. Al Fatihah

    ReplyDelete
  5. saya takkan suruh awak jadi kuat..sebab saya yakin..Allah itu tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu ditanggung hamba-Nya.
    jadi itu tandanya, awk memang kuat orangnya.
    kami (batch 2-2005) amat berharap awk terima kami dalam hidup awk dan anak2 awk...

    ReplyDelete
  6. saya cuba tahankan air mata membaca tulisan Baya..bergenang dan hampir jatuh..arwah insan yang istimewa dan harap Baya akan terus kuat untuk membela Embun & Kekwa. saya dan rakan2 arwah akan usahakan yang terbaik buat masa hadapan kedua2 anak arwah..

    semoga arwah tenang di sana..

    ReplyDelete
  7. al-fatihah

    Mawar...menitis air mata lin... :'(
    ya ALLAH..tabahkan la hati aini nurbaya...berikanlah kekuatan buatnya bagi mengharungi hari-hari mendatang bersama kedua-dua puteri nya...

    ReplyDelete
  8. salam nur, alfatihah dan takziah dari saya, sahabat arwah dari zaman kursus sehingga lah kalian sekeluarga posting ke Pakistan. Walaupun arwah sudah tiada, tapi kami rakan2 seperjuangan akan sentiasa ada utk Nur dan anak2. Hanya Allah yg mampu memberi Nur kekuatan, dan doa saya, semoga Nur tabah dan kuat menghadapi hari2 mendatang demi Embun dan Kekwa.

    ReplyDelete
  9. sedih sangat....ceritalah nur...kami sedi berkongsi duka itu....salam untuk marwa dan nadaa...teringin jumpa mereka...akak senior pa masa sekolah dulu....klang ngan shah alam dekat jer...kalu ada rezeki boleh jumpa nur dan anak2

    ReplyDelete
  10. Saya memang menanti-nantikan posting dari Nur tapi bila ada sahaja entry terbaru, saya membaca dengan penuh debaran di dada.. Saya takut untuk membacanya kerana tahu air mata ini pasti mengalir. Saya tidak berada di tempat Nur tp saya dapat rasakan cuma saya pasti hati Nur lebih-lebih lagi.. Di dalam doa saya, saya tidak putus-putus berdoa untuk Nur sekeluarga. Memang saya tidak rapat dengan Nur tapi saya sangat ingin menganggap Nur seperti keluarga sendiri. Nur, saya yakin Nur kuat dan tabah dan bertuahla Nur kerana memiliki sepenuh jiwa dan raga Wan Ahmad Fadzil, seorang insan yang sangat mulia hatinya.. Tidak mungkin ada pengganti sebaik arwah lagi untuk Nur.. Memang kebahagiaan yang kalian bina bersama tidak kekal kerana yang kekal di akhirat jua..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, akhirnya adek dah bersedia untuk meluahkan apa yang terjadi....

    ReplyDelete
  12. salam baya, takziah...jelly doa baya tabah utk embun dgn kekwa..kuatkan semangat..

    ReplyDelete
  13. bayaaa...akhirnye, u r willing to share..shila mmg tertunggu2 sebab nak tau keadaan baya n anak2 mase tu..

    tak tahu kata2 yg lebih indah nak diucapkan pd baya, kuatkan semangat yer, with love and big hug from Myra and me..

    ReplyDelete
  14. at last!...sbnrnye along xsmpai hati nk tanye the true story face to face,along xnk tgk nor nangis.tp along kagum sgt bile tgk nor mampu senyum n gelak.along sentiasa doakn nor spy nor kuat utk hadapi dugaan besar dr Allah s.w.t..be strong sis!

    ReplyDelete
  15. Semoga Nur terus tabah menghadapi dugaan & ujian dariNya.

    Allah swt lebih menyayangi arwah.

    ReplyDelete
  16. sayu bila membaca kisah terakhir kak baya dgn en suami.. sy doakan akak tabah dalam menghadapi hari yg mendatang.. kak bertuah, kerana Allah telah menganugerahi akak 2 org cahaya mata sbgai pgubat rindu kepada en suami..

    ReplyDelete
  17. baya, tahniah sebab menjadi insan yang kuat walaupun perit untuk di lalui..xde org yg dapat merasai apa yg ko rasa, lagi2 insan yg kita sayang dan lindungi kita telah pergi untuk selamanya...berdoalah semoga cinta antara kamu berdua akan kembali bertemu di syurga nanti..insyaAllah....

    ReplyDelete
  18. Salam..Baya, aku selalu g wall n blog ko nk tau perasaan ko, keadaan ko skrg cmne.. Walaupun kita tak rapat, tp aku sentiasa doa yg terbaik untuk ko n anak-anak..Amin...

    ReplyDelete
  19. takziah utk baya..kagum kak sab tgk ketabahan baya...moga urusan baya dan anak2 dipermudahkan...Al-Fatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah ad kekuatan pd diri Nur utk berkongsi cerita yg baru d blog ni..pertama skli thnx krn sudi app kakzie dlm fb..mmg benar Allah tdk akn memberi ujian yg tdk mampu d tnggung oleh hambaNya. terase kerdilnye diri ini berbanding Nur yg semmgnye insan terpilih,d uji,d kasihi olehNya & d beri kesmpatn brda d sisi arwah yg ssungguhnye baik budi pekerti,berilmu,beriman beramal soleh,d syngi semua..wlupun hnye utk seketika..namun Nur tdk boleh lemah,Nur harus kuat kerana masih ade ank2 yg d tglkn,d amanahkn utk Nur meneruskan tanggungjawab,smoga arwah d tmpatkan d klngan org2 yg beriman serta Nur & anak2 sentiasa tabah,kuat dlm meneruskn kehidupan yg masih bersisa..InsyaAllah kakzie akn sntiasa mengikuti blog2 family nafastari..

    ReplyDelete
  21. baya..u are a strong woman...Allah will always bless u and ur kids...I'Allah :)

    ReplyDelete
  22. ramainya yg sygkan nur n anak2.. me too =)

    -yue

    ReplyDelete
  23. Puan Mawar, sy akui sy jrg mengikuti blog anda sepertimana kekerapan sy mengunjungi blog Nafastari. Namun, melalui tintanya, sy mengenali 3 orang kekasih hatinya yg diceritakan saban waktu. Mawar, Embun dan yg terbaru Kekwa seolah² tidak asing bg sy. Kudusnya kasih arwah pada kalian bertiga dpt dirasakan melalui perasaannya yg disampaikan dlm bentuk tulisan.

    Puan Mawar, semoga anda tabah melalui hari² mendatang sambil membesarkan dan mendidik zuriat arwah dgn penuh kasih sayang.

    Sy yakin Puan Mawar dpt melakukannya dgn baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  24. mawar,
    siapa saya utk menyuruh kamu agar tabah, kerana kamu sudah terlalu tabah dgn setiap ujian-Nya

    siapa saya untuk menyuruh kamu agar bersabar, sedangkan tiada kesabaran lain yg dapat sy hitungkan selain besarnya kesabaran kamu

    siapa saya untuk menyuruh kamu tersenyum, krn dalam senyuman yg kamu ukir di bibirmu, luluh di hatimu hanya Dia saja yg tahu

    Terus lah hidup seperti yg dulu2. bersama kenangan dan semangat yg pernah diberi oleh dia

    kamu dan keluarga, sy doakan agar baik2 saja

    dan untuk dia, al-fatihah yg tidak sudah2

    ReplyDelete
  25. salam.arwah insan istimewa.kami rakan2 amat terasa kehilangannya.bak kata syukor di atas.kami akan cuba membantu stakat mampu untuk embun dan kekwa....

    ReplyDelete
  26. sabar n tabah baya..sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya..yg hidup pasti akan dikembalikan..al-fatihah

    ReplyDelete
  27. Baya,

    Thanks for sharing :) aku mungkin tak dapat bantu banyak, tapi inshaAllah sebagai sahabat yg aku dah kenal lama, doa aku sentiasa ada untuk ko dan anak2. Stay strong ok :)

    ReplyDelete
  28. http://www.youtube.com/watch?v=ZY0wZJ28GwA

    Salam Takziah..Sedih dgn lagu dimanakah abi...Kuat demi anak2 k..

    ReplyDelete
  29. baya,

    stay strong..

    ReplyDelete
  30. Bila sesorang itu bersabar, sedarlah kita bahawa Allah bersama-samanya.

    Sabar bukan seminit dua. Mungkin berhari, berminggu, bertahun atau hingga akhir hayat.

    Kalau saya yang menulis coretan ini, pasti air mata saya lebih banyak daripada ketika membacanya.

    ReplyDelete
  31. Salam Nur,
    Akhirnya dapat mendengar khabar dr Nur..akak kenal arwah sepanjang 6 bulan berkursus di INTAN, die benar2 seorang sahabat...akak teringin nak kenal dengan Nur (yg istimewa kepada arwah)sama mcm kawan-kawan yang lain dan bantu mana yang terdaya....insyaallah ye dik. salam akak buat nadaa dan kekwa.

    ReplyDelete
  32. Ketabahanmu itu sangat dikagumi oleh sesiapa sahaja..

    ReplyDelete
  33. saya tak penah kenal awak mahupun suami. tapi saya mengikuti perkembangan awak sjak kemalangan tu. demi Allah saya turut simpati dan seolah2 mahu dekat dengan awak dan bagi sokongan untuk terus kuat dan tabah demi anak2.
    tiada lain yang dapat saya bantu melainkan hanya bedoa kepada ALlah supaya dicucuri rahmat ke atas roh arwah dan diberi kekuatan buat kamu dan anak2.

    ReplyDelete
  34. kuatkan hati utk menempuh hari2 mendatang..semoga dpt mendidik anak menjadi yg terbaik =)

    ReplyDelete
  35. salam puan nur,
    saya x kenal puan nur..tapi saya mengetahui tentang tragedi yang puan alami melalui fb kawan saya dan juga blog kawan saya...menitis airmata saya bila baca blog puan...semoga puan akan tetap kuat dan tabah melalui hari-hari mendatang...hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya....semoga anak-anak puan dapat menceriakan hidup puan.....
    ~hawa~

    ReplyDelete
  36. Ya Allah, betapa kasihnya Pn. Mawar terhadap suami. Bertuahnya suami Pn. Mawar mendapat isteri solehah sepertimu. Sekiranya arwah masih ada pasti beliau kagum dengan kasih-sayang dan ketabahan Pn. Mawar sekarang. Betul kata Pn. Mawar bahawa 'MATI ITU BENAR', cuma caranya berbeza. Kita juga akan menyusurinya kelak. Saya juga yakin Pn. Mawar dapat mendidik Embun dan Kekwa menjadi insan yang terbaik sama seperti ayah mereka. Takziah sekali lagi dari saya dan isteri kepada seluruh keluarga Pn. Mawar, juga kepada Embun dan Kekwa meskipun mereka belum faham erti kehidupan yang sebenar. Al-Fatihah buat Allahyarham En. Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd (Nafastari). Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  37. setelah dikira-kira,saya dan suami hampir setiap hari membaca kisah ini di blog mawar...tiada kata diucapkan dr kami berdua setelah membaca kisah ini..hanya SUBHANALLAH...boleh dikatakan kuat sungguh kesabaran yang harus mawar lalui dgn 2 ank yg masih tidak mengerti apa2...insyaallah allah masih bersama mawar dan ank2..
    kerap kali terlintas difikiran..kalaulah terjadi kepada diriku...macam mana aku harus tempuhi? Hanya tuhan saja yang tahu...
    mawar,anda tersangatlah beruntung kerana dapat berkongsi hidup bersama insan yg sangat istimewa dimata semua yg mengenalinya.
    Saya dan family mendoakan yang terbaik untuk mawar dan ank2 yg comel itu..semoga kalian sekeluarga mendapat rahmat drpada yg mencipta.

    ReplyDelete
  38. salam mawar..
    tak tertahan air mata ni.. Takziah dari saya. sekarang mawar kat mana?
    Alfatihah.

    ReplyDelete
  39. Mawar Nafastari..

    Semoga Allah sentiasa merahmatimu bersama2 bidadari kecil Embun dan Kekwa.. Ketabahanmu memberikan inspirasi pada ramai orang.. Semoga Arwah Nafastari di sana tenang menghadap Tuhan sekalian alam...

    ReplyDelete
  40. Tabahlah, sahabatku. Doa kami sentiasa bersamamu.

    ReplyDelete
  41. Salam Mawar,

    Saya kenal arwah suami Mawar di uni dulu, kami join prog sama2. Tak berapa kenal sangat la sbb lepas tu, kinda lost contact sampai terjumpa on FB. Tp walaupun tak berapa kenal arwah, perkenalan yg sekejap saja pun sudah menunjukkan kepada saya yg arwah seorg yg istimewa. Mungkin sebab itulah Allah sangat sayangkan dia.

    Tabahkan hati, Mawar. Saya sangat kagum dengan Mawar. Sesungguhnya ujian yang Allah berikan ini sangat berat tp Dia takkan berikan kepada calang2 orang. Sesungguhnya Mawar, Embun dan Kekwa insan2 terpilih.

    Teruskan berdoa. Semoga arwah ditemani doa2 isterinya yang solehah. Dan InshaAllah satu hari nanti, kamu berdua akan bersama kembali buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum puan,

    Saya antara bekas pelajar UIAM. Walaupun tidak mengenali puan dan arwah suami secara langsung, hati saya amat tersentuh dengan kisah keluarga puan.

    Allah juga yang tahu segala-galanya dan hikmah di sebalik setiap kejadian. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, al-Fatihah.

    ReplyDelete
  43. takziah dari akak...meskipun kita hanya berselisih sewaktu konvo nur & arwah tanpa pernah mengenali, tp akak doakan nur & anak2 kuatkan semangat, sabar & tabah dengan janji Allah ini..moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman & beramal soleh..Amin...

    ReplyDelete
  44. al-fatihah...x leh tahan air mata ni.....moga di beri seribu kekuatan...arwah pasti bangga mempunyai isteri spt awak..

    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  45. salam..mawar, al-fatihah dari saya...semoga anda diberikan kekuatan dalam kehidupan dengan semangat yg dtinggalkan oleh Allahyarham.....insha'Allah..sesungguhnye Allah sayangkan anda sekeluarga walaupun kebahagiaan bersama Allahyarham hanya seketika...Take good care urself..dear...

    ReplyDelete
  46. Al Fatihah , tak mampu nak tulis apa
    sedih sangat,wlpn tidak mengenali anda tp air mata ini menitis laju.Tabahkan hati ya menghadapinya.

    ReplyDelete
  47. Al-Fatihah..
    Semoga ketabahan & kekuatan sentiasa disisi mawar..
    *hugs*

    ReplyDelete
  48. AlFatihah.. setiap yg datang pasti kembali.

    ReplyDelete
  49. Al Fatihah...takziah dr saya buat mawar sekeluarga...sy dan mawar sekeluarga tak saling mengenali..cuma sy satu batch dgn arwah swaktu di uia...jadi wajahnya familliar walaupun sy x mengenalinya.
    ..Allah yg memberi kekuatan pada setiap hambaNya..kepada Allah jua kita kembalikan segala2nya termasuk kekuatan yg kita ada...
    sentiasa tersenyum ya...kerana senyuman itu bisa menenangkan...insyaallah...

    ReplyDelete
  50. takziah...Truly understand the pain but Insyallah, Allah & anak-anak adalah sumber kekuatan Mawar selepas ini.Pasti ada rahmat di sebalik dugaan yg Allah beri ini...Semoga Allah melindungi & memberkati hidup Mawar, kekwa & Embun. Amin.
    Al-Fatihah buat arwah Nafastari

    ReplyDelete
  51. salam mawar,

    salam takziah dari saya. i understand ur feeling very well coz i'm also single parent with 2 small kids. my late husband pass away due 2 brain cancer last 2 yrs.
    if u r looking for someone to talk to, contact me at 0137210715 or ehnawawi@hotmail.com

    ernie

    ReplyDelete
  52. salam takziah..
    alfatihah untuk arwah. saya percaya arwah tenang di sana. saya yakin mawar mampu hadapi dugaan ini.insyaAllah..
    semoga mawar dan anak2 sentiasa dilindungi dan di dalam peliharaan Allah.

    ReplyDelete
  53. ooo mau menitis air mata ku membacanya semoga tabah hadapi ujian Allah...harap saya sekuat baya..

    ReplyDelete
  54. mawar, sy terlepas pandang entry yg ini... bila bc entry terbaru mawar, br sy cuba memahami entry mawar yg sebelum2 ni dan akhirnya baru terjumpa entry ini... maafkan sy yg tidak prihatin...
    sy bc berita ttg kemalangan di newspaper. arwah senior sy di UIA. tp sy tak tahu dia suami mawar, masya'Allah...
    salam takziah, dan al-fatihah buat arwah...
    semoga mawar tabah membesarkan anak2 yang masih kecil...
    Allah pilih mawar sbb Allah tahu kemampuan mawar, insya'Allah, mawar kena kuat...

    ReplyDelete
  55. mawar, sy terlepas pandang entry yg ini... bila bc entry terbaru mawar, br sy cuba memahami entry mawar yg sebelum2 ni dan akhirnya baru terjumpa entry ini... maafkan sy yg tidak prihatin...
    sy bc berita ttg kemalangan di newspaper. arwah senior sy di UIA. tp sy tak tahu dia suami mawar, masya'Allah...
    salam takziah, dan al-fatihah buat arwah...
    semoga mawar tabah membesarkan anak2 yang masih kecil...
    Allah pilih mawar sbb Allah tahu kemampuan mawar, insya'Allah, mawar kena kuat...

    ReplyDelete
  56. airmata mengalir tanpa berhenti sesudah membaca entry adik mawar

    ReplyDelete
  57. Aslmkm....
    Sy x mengenali puan tp sy tdetik utk mbc titipan ini mlalui kwn fb sy..
    Sy bharap kisah yg sy bace ini adalah rekaan semata-mata,rupenye tidak!! Wlaupon sy tidak kenal puan,sy dpt rskn pe yg puan rs,smg tabah n cekal...
    Alfatihah

    ReplyDelete
  58. Airmata tidak behenti mgalir dan xdpt lelapkn mata setelah mbc coretan puan....sungguh pedih rsnye saat kehilangn insan tsayang!!!! Bagaimana puan bole setabah ini?...sesungguhnye benarlh allah itu xkn mguji hambaNya yg xmampu mnanggungnya.....

    ReplyDelete
  59. "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 45)

    InsyaAllah.. tiap yang diuji adalah yang disayang Allah.. tapi kena sedar dirinya sedang diuji Allah.. kalau tak perasan tu,tandanya kasihnya terhadap Allah makin nipis.. nauzubillah min zalik..

    Semoga tabah..

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum Mawar.. takziah..semoga tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum Mawar,
    Sabarlah atas ujian yang diberikanNYA, moga Mawar tabah dalam menjalani kehidupan dan seterusnya membesarkan anak-anak dengan kasih sayang yang ada.. sabarlah.. Allah bersama mereka yang sabar..

    saya terbaca kisah ni dari blog di sini:
    http://syahrilkadir.wordpress.com/2011/03/23/perginya-blogger-nafastari-al-fatihah/

    ReplyDelete
  62. Allahuakbar...tak tahu akak nak komen apa...terlalu sedih rasanya...berat dugaan Mawar...tabahlah dan kuatkanlah dirimu demi Embun dan Kekwa

    ReplyDelete
  63. Ya Allah..sebaknya bila sy baca entri mawar...Sy doakan moga mawar tabah menghadapi dugaan ni...Aminnn...

    ReplyDelete
  64. slm simpati dr EE utk mawar.EE pon pernah merasa perpisahan terakhir.

    ReplyDelete
  65. Aku doakan Allah ampunkan dosa2 Arwah dan anak cucunya berjaya dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  66. sabar yer..Allah lebih sayangkan suami mawar..

    ReplyDelete
  67. la tahzan kak. Allah menguji hambaNya utk menguji seteguh mana iman hambaNya itu. =')

    ReplyDelete
  68. salam..
    semoga tabah menghadapi ujian Allah SWT ini..

    ReplyDelete
  69. assalamualaikum..ukhti...hati dan perasaan ukhti saye dpt bayangkan dan dpt rasainye..sebab sy pun br sahaja kehilangan tunang yang baik dan disenangi keluarga dan kawan2nye..Allah menjemput arwah ketika pihak keluarga kami dalam perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan..arwah meninggal sama juga mcm arwah suami nur, dijemput Allah dalam kemalangan bas pawal bln11 2010 yg lalu..ape2 pun mengadulah kepada Allah sebanyaknye..apa milik kite, bukan milik kite.. simpanlah dalam hati sedalam2nye..wlpn org lain nmpk kite boleh tersenyum dan kuat, tp lemahnye rase hati tu, serahkan pade Allah...akhir kate dr sy jom cari cinta Allah....kekal abadi,xkan hilang sedikit pun..

    ReplyDelete
  70. assalamualaikum.... sy bru je baca ur writing...but its truly menyentuh hati saya.takziah from me akak...

    semoga Allah tabahkn hati akak slalu.

    Allah pasti berikan yg terbaik untuk akak, embun, kekwa dan keluarga. He know da best....=)

    ReplyDelete
  71. takziah buat mawar..moga lebih tabah menghitung hari mendatang..sedih n hiba tp itu hak ALlah..moga arwah ditempatkan di tempat org beriman..aminn

    ReplyDelete
  72. Ya Allah..Kasihanilah hambaMu ini..Sesungguhnya hanya engkau sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik semuanya ini..Ya Allah, Kau berikanlah dia kekuatan dari segala segi, pertolongan dr segenap pelusuk dan Kau angkatkanlah kedukaannya dan anak-anaknya..Ya Allah, sesungguhnya janjiMu benar..Kau gantikanlah dengan sesuatu yg lebih baik Ya Allah..Sesungguhnya hanya Kaulah yg Maha Mengetahui..Kuatkanlah hatimu dik..

    ReplyDelete
  73. takziah awak... semoga awak tabah dalam menghadapi hari hari yang mendatang... :(

    ReplyDelete
  74. Salam, al-fatihah buat suami puan. Thank you for writing all this down, makes me appreciate my husband more and the life that i'm going thru each day. May your children makes you stronger each day.

    ReplyDelete
  75. takziah.. smga tbah utk hadapi sgala dugaan.. insyaallah ada yg akn dibalas kebaikan oleh allah ketika di dunia mahupun akhirat nnt.. bersabarlah..

    ReplyDelete
  76. AS SALAM KAK...1ST TIME DENGAR TTG BLOG AKK DARI KWAN KILA..BILA KILA BACA HARI NI..TAK HENTI2X KILA NANGIS..KAK,KILA HARAP AKK SBR YE..TABAH UTK EMBUN DAN KEKWA...

    ReplyDelete
  77. Salam Mawar Jelita,

    Takziah dan Al Fatihah...
    Hanya yang mengalami derita yang sama memahami.

    Allah menguji apa yang mampu kita tanggung.

    Sabar dan redha adalah kunci kekuatan. Dan sabar itu tidak mudah tetapi tidak mustahil

    ReplyDelete
  78. puan mawar,

    salam takziah utk puan sekeluarga.. moga Allah menempatkan arwah di kalangan golongan org2 yg berian. harap puan mawar tabah menharungi kehidupan selepas ketiadaannya...

    ReplyDelete
  79. assalamualaikum.

    saya tidak mengenali puan. saya mendapat link blog ini daripada kawan saya. takziah diucapkan. sesungguhnya, puan sungguh tabah.

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum Nur a.k.a Mawar,

    Pertama kali sebenarnyer membaca blog Mawar ini. Cuma mampu menyatakan, moga terus tabah. Kuat semangat demi Embun dan Kekwa.

    Dalam kehidupan tiada 'Jika' dan 'Kalau', yang ada cuma satu kepastian.

    Allah bersama mu.

    Jaga diri baik2 ya

    ReplyDelete
  81. salam Nur,

    Takziah diucapkan.. Moga Nur terus tabah hadapi semuanya..

    ReplyDelete
  82. salam kak aini..

    sama2 la kite sedekahkn al-fatihah kpd beliau.

    ReplyDelete
  83. salam takziah dan al-fatihah
    Allah lebih menyayanginya...moga Nur terus tabah..segala yg berlaku telh tertulis di azali, hanya kita yg tidak tahu...

    kan ada ayat quran yg menyatakan, org2 yg beriman itu tidak mati, malah sentiasa hidup di sisi Tuhan mereka...

    me paham erti kehilangan, sbb me kehilangan ayah pd june 2009..

    be strong yer dik Nur...berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..

    ReplyDelete
  84. adik mawar sungguh kuat utk mengingati kembali tragedi itu... al-fatihah utk arwah en. suami adik...

    ReplyDelete
  85. salam..

    Berat mata memandang..terlalu berat lagi bahu memikul..

    Sesungguhnya kelu untuk berkata2...semoga Allah merahmati mu dan anak2 yg comel..

    ReplyDelete
  86. Assalamualaikum Nur,

    Sejak bc blog nur dan arwah suami nur..terdetik di hati sy bhwa nur sgt kuat dan tabah orgnyer..adore at u very much..

    sy doakn mg nur dan anak2 yg comel sentiasa dirahmati dan alfatihah utk arwah suami nur..

    ReplyDelete
  87. Salam takziah.. moga terus hadapi liku2 hidup... anda adalah insan terpilih yang telah dipilih Allah utk hadapi dugaan ini...
    "Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji seseorang itu menurut kemampuannya.."

    ReplyDelete
  88. al-fatihah buat arwah ahmad fadzil
    semoga ditempatkan di kalangan
    orang2 yg beriman

    semoga adik mawar terus kuat
    bersama anak2

    ReplyDelete
  89. Al-Fatihah. Moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

    Buat yg tinggal, tabahlah menghadapi tiap yang datang.

    ReplyDelete
  90. SEMOGA ADIK TABAH MENGHADAPI DUGAAN ALLAH.

    ReplyDelete
  91. Alfatihah buat arwah..semoga nor terus tabah bersama anak2 tersayang..

    ReplyDelete
  92. Bertabahlah Mawar..
    Ahmad menantimu di sana.. :)

    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  93. salam takziah kak..semoga Arwah ditempatkan dikalangan para solihin amin...

    alfatihah

    ReplyDelete
  94. takziah dan al Fatihah untuk arwah...eka baru jumpa blog ni..

    sedih..pagi2 Jumaat ni eka menangis bacanya...

    akak pun eka tengok tabah sangat..walaupun dalam hati,rindukan arwah...

    semoga akak sentiasa baik2 saja..

    salam perkenalan..

    ReplyDelete
  95. speechless

    moga akak terus kuat dngn anak2 akak

    moga roh arwah tenang di sana

    amin

    ReplyDelete
  96. Inallillah..

    semoga akak tabah and kuat dalam mengahadapi ujian ini..
    Allah lebih sayangkan arwah. Kita sama2 berdoa semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman and tenang di sana.
    Amin..

    ReplyDelete
  97. as salam

    Innalillah..al Fatihah untuk arwah

    Ya Allah, moga kau terus berikan kekuatan kepada insan ini ..saya tak pasti, mampukah saya setabah mawar..take care mawar,embun dan kekwa

    ReplyDelete
  98. Tumpah juga air mata ini. Saya pernah kehilangan anak pada tahun yang sama tapi saya tahu hilang suami tiada galang gantinya. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  99. Baru je mengikuti kisah akak.. Sungguh kuat akak menghadapi dugaan ini.. smoge Allah terus memberikan akak kekuatan untk mnghadapi hari2 yg mendatang dan smoge arwah aman di sana...

    ReplyDelete
  100. Al-Fatihah, semoga mawar terus tabah..Amin :(.

    ReplyDelete
  101. semoga nur dan anak2 tetap berbahgie slalu...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023