Tuesday, April 26, 2011

Islamabad in memory


Hm, mulanya saya dah taip entri ni macam nak buat karangan journey saya di sana.. sampai perenggan ke tiga, terus delete semula sebab TAK SAMPAI HATI nak cerita....

Apa pun kesimpulannya, Islamabad ni full of memory with my love one. Sedih sangat bila hari tu balik untuk packing barang2 balik semula ke Malaysia. Nasib baik ada Kak ida (sepupu encik suami) yang temankan saya ke sana. Seminggu kat sana, seminggu jugakla menahan sebak. Kak Ida lah yang banyak bantu dari segi support moral dan tenaga kerja kemas2 umah.

Tak nangis ke sampai sana hari tu? tipu sgt kalau saya kata tak nangis kan!! meraung jugakla.. pastu kak ida marah.. hahaaa... terus kawal diri balik.. Lepas tu tengok kak ida nangis, tak pe pulak! hahaha.. kak ida, kak ida... apa pun nur sangat2 berterima kasih kat kak ida sebab sanggup temankan saya dan amik cuti bekerja untuk tolong saya uruskan hal2 kat sana.Moga Allah sajalah membalas jasa kamu.( if u read this entry, i wanted to say how much i appreciate your help. )

Tak lupa juga untuk keluarga Erick&Esther, thank you sooo much for letting me and my kids to stay at your house dan semua urusan perpindahan.. Erick and Esther, budi baik kalian amatlah saya hargai dan takkan saya lupa sampai bila2..

Untuk keluarga Malaysia yang lain, pun saya ucapkan ribuan terima kasih.... Anda semua memang best! i love u all.. and miss u all... Especially Datin Norzelah, ambassodar's wife yang banyakkkkk bagi moral support kat family sy sebelum arwah meninggal lagi.

To all Pakistani yang kenal arwah pun saya amat2 terharu dengan anda semua yang mendoakan encik suami saya. Satu perkara yang menarik tentang Pakistani ni, apabila mereka datang mengucapkan takziah , mereka akan mengambil masa lebih kurang beberapa minit menadah tangan dan berdoa bersama2. Itulah budaya mereka yang patut kita contohi. Memang amat menyenangkan.

Pendek kata, alhamdulillah, urusan saya di sana berjalan dengan lancar dengan bantuan semua orang.. tak kira siapa, dari pembantu rumah, pemandu, staff, malaysian, other diplomats dan orang besar di parlimen Islamabad sendiri turun untuk membantu kami sekeluarga.. Hanya Allah dapat membalas budi kalian..




5 comments:

  1. Alhamdulillah semua urusan 'Mawar' dah settle di sana.
    Teringat kat Ibu akak masa arwah abah meninggal kat KL dia tak menangis sangat. Seminggu pas tu bila balik umah di JB, dia meraung, meraung sungguh2. Banyak kenangan kan..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. selesai urusan akak di sana.. Akak teruskan menulis yer.At least, meneruskan perjuangan arwah..

    ReplyDelete
  3. yup,Alhamdulillah akhirnye urusan dsana semua dh settle kan...smoga Nur akn terus tabah dlm mengharungi liku2 kehidupan yg masih panjang bersama 2 puteri 'Embun & Kekwa 'sbgai peneman & penghibur yg setia dkala sunyi,ketika berduka mahupun gembira..k

    ReplyDelete
  4. Mawar, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat memadu kaseh sayang. Akan tetapi, jangan hidup dalam kenangan kerana ia bisa merosakkan sebaliknya jadikan ia kenangan dalam hidup yg paling manis.

    ps : Pakistan juga punya impak dalam diri sy. :)

    ReplyDelete
  5. Aslkum mawar...syukur alhamdulillah Allah permudahkan urusan2 mawar yg tggl....en erick tu adlh kawan sy juga...sama jabatan di sbh... :) dlm seminggu pasti sy akan melawat blog mawar...sy ternanti2 tulisan mawar ttg perkembangan diri n anak2...dri kejauhan nie, sy sentiasa mendoakan kebahagiaan hidup mawar n anak2...InsyaAllah....memetik kata2 arwah... ' Sabar Itu Indah ' ... Salam perkenalan dri sy.....

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023