Sayang, sudah 60 hari kamu meninggalkan kami.... Sejujurnya Nur masih rasa seperti ianya satu mimpi... bagaikan semalam kejadian itu berlaku.. bagaikan semalam kita bersama2 di dalam kereta putih itu...
Nur masih tidak percaya kejadian itu berlaku.. hanya dengan sekelip mata kamu pergi meninggalkan kami.. Ayat terakhir yang Nur dengar dari mulut kamu adalah "ALLAH".. Alhamdulillah sayang, kamu sempat menyebut nama Tuhan sebelum kamu pergi buat selama2nya..
Ahmad, tahukah kamu Embun dan Kekwa baik2 saja, Embun semakin bijak, dia sudah mulai ikut Nur solat. Setiap kali azan berkumandang, Embun akan berkata, "ummi, wash., nak olat." maksudnya, ummi jom pergi amik wuduk, nak solat.. Sejuknya hati bila memandang wajah comel Embun mengajak Nur solat... Kalaulah sayang ada, tentu saja perkataan "MashaAllah anak ayah!" akan keluar dari mulut kamu...
Kekwa semakin cantik sayangku.. dan semakin comel... Rupanya lebih menyerupai nur. Dia lebih lembut dan manja berbanding Embun. Mulutnya yang comel dan suaranya yang manja membuatkan Nur rasa bahagia sekali. Lebih bahagia dapat melahirkan anak kamu sayang...Merekalah tanda kasih sayang kita. Nur sentiasa berdoa agar mereka membesar jadi anak yang solehah. Yang sentiasa mendoakan kamu sayang..
Sayang, jauh di sudut hati Nur amat takut sekali untuk membesarkan mereka berdua.. amat berat tanggungjawab ini, Apatah lagi di zaman sekarang yang terlalu banyak pendedahan. Nur takut sekali, tiap kali rasa takut itu hadir, tiap kali itulah Nur doakan agar mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam. Agar mereka memahami al-Quran dan hadith. Agar mereka mengamalkannya juga.. Allah.. Allah sajalah Yang Maha Mengetahui hati ini... Semoga Allah terus melindungi kami bertiga...dan memberi petunjuk pada Nur untuk mendidik anak2 kita menjadi anak yang solehah dan berguna. Semoga Allah jadikan mereka pejuang2 Islam di zaman ini.
Kadang pernah juga terfikir, kenapa kami tidak ikut sekali kamu 'pergi'?... Namun Allah jua lah Yang Maha Mengetahui.. Dahulu Nur pernah berkata yang Nur sangat cemburu dengan orang yang meninggal cepat kerana dia tidak perlu lagi melalui hidup yang penuh tipu daya ini.
"Ya Allah,jika mati itu baik untukku, maka matikanlah aku, jika hidup itu baik untukku, maka hidupkanlah aku"...
Sayang, tiap malam pasti sukar untuk nur tidur.. walau seletih mana pun nur, tidur tetap tak boleh lena. Nur rindukan ahmad, rindu sangat... Rindu berborak2 dan berbalas pantun sebelum tidur dengan kamu..
Tiap kali terjaga tengah malam, pasti hati ini sayu, dan terus saja berdoa agar kamu di sana tidak apa-apa. Tidak henti2 nur memikirkan bagaimana kamu di sana..
" Ya Allah, tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman, Kau selamatkanlah dia dari siksaan kubur, jadikanlah kuburnya antara taman2 syurga, Kau lapangkanlah kuburnya dan terangilah kuburnya...dan Kau satukanlah kembali keluarga kami di akhirat nanti, sungguh dengan izin-Mu aku hanya ingin menjadi isterinya dunia akhirat...."
amin
ReplyDeletecried reading this..
ReplyDeleteAllah saja yg tahu perasaan kamu..
Mudahan Allah mengampuni dan merahmati kita semua..amiinn..
Al fatihah buat arwah...
ReplyDeletesedih entry nur...sayu sangat membayang kan nur dan anak2...
tp di luar sana pasti ramai mendoakan nur dan anak2....
semoga Allah sentiasa melindungi dan membrikan kekuatan utk nur...:)
al fatihah buat arwah...
ReplyDeletemoga mawarterus tabah..Allah maha mengetahui himah diseblaik semua yang berlaku ini..
moga Allah terus memberikan kekuatan dan permudahkan segala urusan hidup kalian....
Ya Allah sedeynya..semoga apa yang didoa Pn. Mawar dimakbulkan oleh Allah..Amin....
ReplyDeletesedihnya Nur...InsyaAllah Nur akan menjadi ketua bidadari Ahmad bila kita semua 'berjumpa' nanti...InsyaAllah
ReplyDeletealfatihah...sya akak mula mengikuti blog nafastari selepas dia meninggal..tu pun melalui blog aishah jamal iaitu ipar kepada nafastari...
ReplyDeleteharap nur tabah.akak amat memahami perasaan nur kerana akak juga telah kehilangan adik pada 27 ramadhan tahun lalu dan meninggalkan istri serta bayi lelaki berusia 5 bulan ketika itu..
stiap kali akak lihat wajah adik ipar dan anaknya...hati diragut pilu dan sayu...beratnya dugaan yang ditanggung...
smoga kalian tabah yer
akak juga ade panjangkan blog nur pada adik ipar...semoga dia bertemu kekuatan bila bertemu dengan blog insan2 yang senasib dengan dirinya...aminnnn
...bila nur dah menulis insyallah maknanya nur mmg wanita yang tabah
ReplyDeletesalam wbt.buat kak mawar&anak2,moga terus kuat dan tabah hadapi dugaan hidup.akak kuat!walaupun sy belum berumah tangga dan masih baru mengikuti blog akak,sy terus hiba membaca penulisan akak.teruskan menulis.Allah ada di sisimu.moga embun dan kekwa mmbesar&jadi anak solehah.sabar itu indah kak mawar(^^,)
ReplyDeleteassalamualaikum Nur,
ReplyDeleteAllah telah ada perancanganNya yang tersendiri untuk anak2 yatim yang ditinggalkan, Nur jangan khuatir, teruskan mendidik mereka supaya menjadi insan yang terbaik. Sentiasalah berdoa kerana Allah itu maha mendengar..
Semoga Mawar diberi kekuatan tuk terus bertahan demi menyempurnakan amanah yang dtinggalkan.
ReplyDeletesalam nur..
ReplyDeletesesungguhnya dugaan yg Allah beriksn padamu amat berat..berat mata memandang,berat lg bahu nur yg "memikul"..tapi ingatlah,setiap ujian yg Alllah berikan itu amat setimpal dgn "ketabahan" dan "kekuatan" hambanya..Allah menguji nur sedemikian krn Dia lebih tahu kelebihan yg nur miliki..
dan bersyukur lah kpdNya krn nur masih diberi kesempatan utk bersama anak2 yg dikasihi.. sedangkan ada insan lain diluar sana yg ujiannya jauh lebih besar dan dahsyat dr Nur..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...semoga nur terus tabah, bersyukur dan bersabar, kerana SABAR ITU CANTIK sayang...
Al-Fatihah...
-Kak Pah-
Yeee,,jika tiada sabar dalam diri manusia,,,lagi2 kte as mukmin...tak tahu,,,tp akak percaya,,nur ada kesabaran luar biasa...ALLah sentiasa disampingmu dan anak2mu...
ReplyDeleteSemoga terus tabah,pohonlah kekuatan itu dr Nya.segala ujian y datang itu Allah bg utk hambaNya y mampu sahaja.,brdoa dan terus brdoa..amalkn lah mathurat 2kali sehari krn ia mampu memberikamu kekuatan ntk mghadapi hari dgn penuh ketenangan..
ReplyDelete"Ya Allah,jika mati itu baik untukku, maka matikanlah aku, jika hidup itu baik untukku, maka hidupkanlah aku"...
ReplyDeleteHidup itu adalah lebih baik buat Nur, Embun dan Kekwa... Moga Ahmad bahagia melihat Nur dr sana, melihat ketabahan Nur membesarkan anak2 sebagaimana dia mahukan... Insyaallah, kekuatan untuk meneruskan hidup itu ada, cuma kekadang ia perlukan pujukan untuk menyerlah...
salam.. mawar.. hanya Allah sahaja yg tahu kekuatan & kemampuanmu sayang.. teruskan hidup bersama keekuatan yg ada demi anak2 mu hasil kasih & sayang mawar & arwah suami..didiklah anak2 mu dgn sepenuhnya kasih sayangmu w/pun itu sukar utk mawar lakukan..pasti mereka berbangga dgn mawar satu hari nanti & begitu juga arwah suamimu.. alfatihah buat encik ahmad & semoga rohnya disemadikan bersama2 org yg beriman & dikasihi Allah.. Aamin..
ReplyDeletemawar,
ReplyDeletebacalah 2 entry di sini: www.periuktanah.blogspot.com
kakak ini baru kehilangan anaknya yg sentiasa bersamanya 24/7..mgkin berbeza sedikit, tetapi mmg hiba hati bile terkenang..
mawar kuat ye dik..
mawar... kamu seorang yang kuat..
ReplyDeletejangan pernah menyerah!
mawar..
ReplyDeletetakziah di atasa kehilangan cinta hati..kuatkan semangat mu demi embun dan kekwa..mata yang memandang tidak sama dengan diri yg memikul..semoga dirimu tabah dalam mendidik puter1-puteri cinta hati kamu berdua..al-fatihah buat arwah..
mawar, sedih saya membaca kisah ini...
ReplyDeleteKamu seorang yg kuat, kerana itu Allah menguji mu...
Moga terus tabah ye? demi anak2
harap Nur akan sentiasa dilindungi Allah begitu juga anak-anak semoga membesar menjadi insan yang berguna.
ReplyDeleteAllah..Nur.besarnya dugaan kamu.tabahnya kamu.Saya baru menemui catatan kamu dan sudah saya khatamkan semuanya..entry ini paling menghiba hati..saya doakan Allah makbulkan doa2 kamu dan nafastari..supaya anak2 tanda kasih sayang kamu dan dia itu, menjadi anak2 yg solehah...saham utk akhirat kamu berdua..kamu dan natasfari insan yg terpilih...yg paling Allah sayang..ujian itu lah tanda sayangnya.InsyaAllah nur..jalanmu di dunia akan dipermudahkan,dilindungi Allah selalu..dan semoga kamu sekeluarga akan bertemu semula di syurga Ilahi.
ReplyDelete