Friday, April 22, 2011

Rahsia masa lalu

Alhamdulillah, ramai yang datang menziarah dan memberi kata2 semangat buat saya dan keluarga selepas pemergiannya.. terima kasih yang tak terhingga buat semua yang peduli, yang mengambil berat dan mendoakan...kerana doa kalian semua, saya masih bertahan dan terus berjuang demi anak2.. Terima kasih Allah kerana mengabulkan doa semua buat saya dan keluarga.. mudah2an doa mereka buat arwah juga dimakbulkan olehMu..


Sahabat2 arwah, sahabat2 saya, kaum keluarga ramai yang datang menziarah.. tidak putus2 kunjungan tetamu di rumah mertua serta di rumah ibubapa saya. Terima kasih kerana sudi menjenguk kami.. Kepada yang pernah datang berkunjung, janganlah serik berkunjung lagi. :)
Hati dan emosi saya ketika ini tidaklah sestabil dulu, mungkin masa akan mengubat semuanya, InshaAllah. tapi saya bersyukur kerana masih diberikan akal fikiran yang waras untuk meneruskan hidup. Namun, saya juga manusia biasa, yang mudah terguris dan tercalar hatinya apabila sesetengah yang berkunjung itu menceritakan kisah lama arwah yang tak pernah saya tahu.


Beberapa orang yang datang menziarah memnceritakan bahawa dahulunya arwah pernah mahu berkahwin dengannya. Betapa hancur dan luluhnya hati saya mendengarnya. Dalam hati saya berasa amat pelik sekali mengapa ada orang yang sanggup meluahkan@menceritakan masa lalunya di saat pemergiannya?.. tidakkah dia memikirkan perasaan saya?
Arwah tidak pernah sekali membuka rahsia lamanya. Setelah kami berkahwin, segalanya diceritakan kepada saya. Kadangkala saya pernah bertanyakan masa lalunya, lalu dia berkata,"tak penting"..


Tindakan arwah merahsiakan masa lalunya adalah amat tepat sekali. Kerana, untuk sesebuah perkahwinan itu, haruslah pandang ke depan dan melupakan segala masa lalu demi menjaga hati pasangan. Setelah diijab qabulkan, tiada lagi yang harus kita ingat selain suami kita. Tumpuan dan hati itu haruslah pada suami yang sah. Begitu juga dengan suami. Hati dan perasaan isteri haruslah dijaga sebaiknya.


Bagi saya, seseorang yang pernah meminati atau diminati,haruslah simpan perasaan itu sendiri. Tidak haruslah dia menceritakan hal itu kepada orang lain kerana biarlah itu menjadi rahsia diri anda. Saya amat tertarik dengan kata2 seorang blogger yang menyinggah di laman nafastari,


"Walaupun aku seakan-akan Ahmad Fathi(Ayat2 cinta), tidak sesekali aku menceritakan perihal sang gadis-gadis yang meminatiku
.
Sesekali tidak! Aku menjaga aibnya.


dan aku menjaga perasaan isteriku"





18 comments:

  1. Adalah amat tdk patut menceritakan perihal masa lalu yg melibatkan hati & perasaan kpd sang isteri yg lebih2 lg masih berduka di ats pemergian arwah...apkh motif d sblk itu,adakah ingin di lihat hebat seperti mn AINI NURBAYA..krn pernah menjadi pilihan...walaupun arwah akhirnya ttp menjadi suami Nur yg sah...tdk malukah kpda yg empunya cerita lama itu...dan tdk terfikirkah olehnye bahwa sdikit sebanyak sang isteri mesti akn memikirkan sesuatu yg buruk ttg suami yg sepatutnye ianya tdk harus terjadi...mungkin jg tuan empunye cerita terlalu leka bercerita & turut merase sedih di ats permergian arwah shggakan tdk sedar ceritenye telah melukakn hati sang isteri TANPA SEDAR..semoga Nur sentiasa tabah k..

    ReplyDelete
  2. Sangat tak patut. Orang yg berfikiran tak mungkin akan bercerita begitu.. anggap ajalah org itu tertinggal fikirannya di rumah. Kita tidak tahu motif mengapa dia bercerita begitu. Mungkin cemburu dengan kebahagiaan yg pernah di kecapi oleh 'Mawar', mungkin menyesal.."kenapalah dulu aku tak pilih dia". Atau berbagai kemungkinan lain..Maafkan sahaja org yg sebegitu. Setiap org punya sejarah masa silam. Yang penting Mawar tahu setelah menikah, mawar adalah satu-satunya wanita yang dicintai arwah.

    ReplyDelete
  3. Memang amat tidak patut sekali tindakan 'orang itu'. Sebenarnya saya rasa dia sangat mencemburui kamu yang sangat utuh di hati arwah. Sangat mencemburui kasih sayang arwah yang hanya khas buatmu. Bertabahlah Nur. Hanya kamu tahu bagaimana tulusnya kasih arwah terhadapmu, bagaimana agungnya cinta arwah terhadapmu. Kisah-kisah silam itu semua tidak penting lagi setelah kamu bergelar isterinya yang sah. Kamu hak mutlak dia dan moga kamu dipertemukan dengannya di syurga kelak..

    ReplyDelete
  4. selama ni jadi silent reader je. Harap awak bersabarlah ye. Tak patut sungguh 'org tu' cakap macam tu tambah-tambah hati tengah sedih begini.

    ReplyDelete
  5. be strong sis!! Allah sntiase bersamamu..

    ReplyDelete
  6. sabar mawar...kuatkan semangat mawar....

    ReplyDelete
  7. mg tdk patut, tp arwah telah menjd milik mawar hingga akhir hayatnya dan mawar beruntung kerana arwah meninggalkan tanda cinta , 2 puteri yg cantik.

    ReplyDelete
  8. Semoga ALLAH mengampunkan dosa orang yang sedemikian ya Mawar...kasihan mereka, apa masalah mereka sebenarnya pun tak tahulah. Jika Allahyarham mahu bercerita, banyak lagi karyanya tentang manusia akan tertulis di blog sedemikian. Mungkin juga peningkatan abiliti Mawar untuk terus cekal mengharungi ujian. Mawar Nafastari, tetap segar mewangi meskipun ada ranjau yang menanti..amin!

    ReplyDelete
  9. setuju dgn pndgn zie, ann & hanie...org tu agaknya dah 'sakit jiwa'...(kan dah kena laser)....Mawar...kamu insan terpilih..di pilih suami sbg yg terbaik utk menjadi permaisuri hatinya, ibu kpd anak2nya dan dipilih Allah utk di uji..

    ReplyDelete
  10. sabar ya.. jangan pedulikan cakap2 orang.. kerana kata2 itu akan memusnah dan menghancurkan perasaan u sendiri... teruskan hidup anda yg ceria bersama anak2 tersayang... akak doakan segala yg terbaik utk u, Mawar.

    ReplyDelete
  11. Mawar, tersenyum sendirian sy membaca luahan hati kamu. Bukan bermakna sy tidak menghormati perasaan sedih kamu ttg 'si dia' yg pernah hadir dlm hidup Nafastari sebelum kamu.

    Sy mengerti perasaan terkilan kamu malah sy turut merasakannya tetapi Mawar kamu telah lama menewaskannya dengan memiliki sekeping hati Nafastari dlm erti kata yg sebenar.

    Senyumlah wahai Mawar krn kamulah tulang rusuk kiri Nafastari yg hilang.

    ReplyDelete
  12. beberapa orang?? sungguh kejam mereka..untuk apa menceritakan masa lalu itu kalau mengguris hati si isteri arwah..tak bleh pikir ke?..hmm manusia..manusia...masuk telinga kanan kuar telinga kiri je baya..yang penting kamu adalah isteri wan ahmad fadzil yang sah..

    ReplyDelete
  13. Setelah membaca entry Mawar kakak merasa terkilan dengan sikap orang yang menambahkan luka di hati Mawar tatkala kehilangan. Entahlah sama ada dia sengaja atau tidak tapi Mawar beruntung sebab Mawarlah pemenang hati Nafastari tanpa perlu bersaing kerana Mawar sendiri pilihan Nafastari. Mawar jodoh yang sememangnya Allah ciptakan untuk Nafastari kerana saat lintasan hati Mawar mengingati dia, dia juga teringatkan Mawar. Itulah jodoh namanya. Kakak rasa perempuan tu cuma cemburu tapi meluahkan cemburu tanpa sedar. Ingatlah kata-kata keramat yang Nafastari titipkan untukmu "Sabar itu cantik" dan dia benar-benar maksudkan kata-katanya lebih-lebih lagi sebagai bekalan menghadapi kehilangannya. Antara Mac hingga saat April ini masih terlalu awal lagi kehilangannya. Masih terlalu banyak masa yang diperlukan untuk merawat lukamu Mawar dan mengumpul kekuatan. Tabahkan hatimu Mawar. Mengingatinya tak salah, di situ juga terselit punca kekuatanmu Mawar untuk bertahan. Mawar yang cantik dilindungi duri. Duri memang menyakitkan tapi tetap memberi perlindungan. Begitu juga halangan dan dugaan tetapi mematangkan dan memberi kekuatan pada insan yang terpilih untuk didugaNya. Allah ingin mengangkat martabatmu Mawar disebalik dugaanNya..

    ReplyDelete
  14. salam,
    sabarlah mawar..anggapkan saja mereka yang bercerita itu kurang pengetahuannya.semuga mawar dan anak2 sentiasa di dalam peliharaanNya.

    ReplyDelete
  15. salam. setelah beberapa menjadi silent reader blog mawar dan arwah, rasa terpanggil nak mengomen utk entry ini.

    mawar memang kuat dan tabah. Dia tahu mawar kuat.

    saya kagum dengan mawar dan annoyed dgn insan yg cerita die pernah diminati arwah. mmg tak patut. kena masuk kelas common sense org mcm tu. (sedikit emo, maaf ya).

    abaikan orang2 mcm tu mawar. mereka itu kire mcm gangguan gangguan kecil dlm hidup spjg kita merentas laluan ini. saya doakan mawar baik2 aje bersama anak2 dan keluarga. dan mudah2an Tuhan mudahkan urusan arwah suami mawar di sana. bakal bersatu di syurga mungkin kamu berdua,siapa tahu. jika itu ketentuanNya, saya doakan dmudahkan urusannya. Amin



    saya hanyalah stranger dan saya pohon maaf jika ada tersilap kata. pernah ada sorg ckp kat saya, sometimes, the best way to react when u dont know what to do is silence. so sy takut saya tersilap kata. apa2 pun, keep on writing. enjoy writing ur blog :)

    ReplyDelete
  16. sgt2 setuju nur-mcmn nur rs,mcm tu jugak sy rasakan....terfikir,adakah merekia smua ni tidak fikirkan perasaanorg seperti kita ini???

    ReplyDelete
  17. bertuah nya nur mempunyai suami yang baik. tak seperti saya semua nya dia cerita sehingga saya sedih sorang2.

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023