Monday, April 18, 2011

dunia di bawah dagu, akhirat depan mata

aku masih rindukan dia.. smp bila2 pun aku akan tetap rindukan dia..
dia lelaki yang paling baik pernah aku kenal, dan paling rapat denganku..
(mestilah kan, laki aku! hihi...)

kadang2 aku akan mengingati saat2 manis kami untuk aku tersenyum kembali...

oh, segalanya terlalu indah.. smpkan aku terlupa..
lupa dunia ini sementara...

Allah, terima kasih menyedarkan aku tentang kelalaian dan kealpaan aku bahawa bahagia dunia ini sementara...

benar2 sementara..

**usia tidak membawa apa2 erti jika amalan kita tidak sebanyak usia kita..



8 comments:

  1. salam kak baya.. tiada prkataan yg dpt sy susun utk mghiburkan hati akak, sy tahu, semua org pun cuma mmpu brkata 'tabahlah wahai nur'.. apa yg sy ingin katakan, sy cuma brharap akak mmpu berjalan kmbali, walaupun prjalanan itu tidak akan sesekali sama dgn prjalanan sewaktu hadirnya arwah dlm hidup akak.. arwah meninggalkan 2 org cahaya mata utk akak, darah dan dagingnya berasal drpd arwah.. pegang dan peluklah mereka dikala akak merindukan arwah.. semoga arwah di tmptkan di klgn org2 yg beriman.. insyaallah.. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  2. Salam buat Nurbaya...
    Akak mengenali blog Arwah suami Baya melalui saudara kembarnya WA Lutfi. Pernah berhubung melalui blog (Secara memberi komen)dengan Baya dan Arwah.
    Baya,
    tiada apa-apa yang mampu akak tulis bagi meredakan kesedihan dan keperitan Baya kehilangan seorang yang begitu baik hanya setelah Baya menyedari semua ini adalah sementara barulah akak berani menyapa Baya.
    Alhamdulillah...(setelah kita menyedari) memang hidup kita ini sementara sahaja. Dan Baya masih berpeluang untuk bertemu Arwah 'disana'...Insya'Allah.

    ReplyDelete
  3. selamat kembali berblogging...lupakan kesdihan itu pandang ke depan..jadikan segala bersama dia sbg sepanjang jln kenangan...Allah itu maha adill.DIa memilih hambaNya yg tabah untuk menempuhi dugaanNYA...Bkn senang utk jadi ibu tunggal dgn 2 anak kecil.didiklah anakmu spt mana panduan dan cara arwah suamimu.

    La tahzan,hapuskan air matamu kerana air matamu itu akn membuatkan kamu berduka dan lebih terkenangkan dia..mmg benar usia bkn jaminan kp kita selagi kerna kita tertakluk pada kun faya kun.

    Ingat kata nafastari,sabar itu cantik...

    ReplyDelete
  4. Salam Mawar...

    Betul tu usia tidak menjamin kita tika berada disana. Suamimu juga sentiasa mendoakan kamu didunia ini.

    Rindu nak tau kisah embun dan kekwa...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum Mawar,

    semoga Mawar tabah dan teruskan kehidupan ini bersama embun dan kekwa

    mereka berdua amat mengharapkan belaian dan kasih sayang Mawar

    ReplyDelete
  6. Hai Baya,

    Salam Perkenalan...
    Saya Ain, saya mengenali baya melalui blog baya, saja2 tengok dan tiba-tiba saya rasa macam nak mengenali baya..saya juga seorang ibu dengan 2 puteri, sama seperti baya...

    Saya doakan semoga baya tabah menghadapi semua dugaan ini...doa keluarga dan kawan2 akan buat baya lebih kuat..percayalah...

    Take care sis...

    ReplyDelete
  7. Salam Nurbaya..

    Saya baru hari ni singgah kat blog Nurbaya...Dan saya tak tahu kisahnya...Saya baru lagi dalam berblog ni...Follow lah Isteri@ Ibu Cute...

    http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/

    ReplyDelete
  8. Mawar, jadikan segala kenangan pahit dan manis bersama suami sebagai kekuatan dan semangat utk Mawar terus melangkah dalam hidup yang sementara ini...ingatlah dia menanti Mawar disana..al-fatihah utk nafastari

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023