Sedangkan lidah lagi tergigit,ni pula suami isteri...
bertikam lidah dan salah faham tidak boleh lari dari dunia perkahwinan...
membaca semula emel lama... yang dikirim oleh si dia...
buat hati ini berbunga2... rindu yang tak pernah hilang...
sukarnya diceritakan... yang merasakan saja dapat memahaminya...
Tahun pertama perkahwinan... aku masih lagi belajar di tahun akhir di UIAM..
dan dia bekerja di Kuala Terengganu... perhubungan jarak jauh sentiasa saja menimbulkan salah faham dan tetap ada kemanisannya...
dan kami pernah salah faham...ternyata si dia memujuk dengan emel ini...
antara isi emel nya:
"Sungguh hamba pun rasa terkilan mendengar luahan hati tuanku permaisuri, tetapi percayalah bukan hamba memaksudkan bahawa hamba lansung tidak mencintai tuan permaisuri. Hamba tersangat mencintai tuan permasuri terutamanya keperibadian mulia yang hamba junjung tinggi. Hamba tidak pernah katakan bahawa hamba tidak cinta tuan permaisuri, cuma hamba kata, kadang-kadang hamba keliru dengan cinta itu. Tapi percayalah, bukan bermaksud hamba mempunyai cinta yang lain selain daripada tuan permaisuri.
Hamba kira tuan puteri sudah faham penjelasan hamba tempoh hari. Jika kita tidak suka tentang perkara ini kita tidak usahlah berbicara mengenainya lagi di masa hadapan. Cukuplah kiranya kalau tuanku permaisuri dapat menganggap bahawa hanya tuan permaisuri sahajalah yang pernah bertakhta, berkuasa dan menakluk di hati hamba pacar yang lemah lagi hina ini. Kerana belumpun pernah hati hamba dimiliki sepenuhnya sebelum ini, mereka sekadar bertenggek dan terus terbang pergi. Percayalah pada kata-kata hamba ini, hamba tiada siapa lagi selain tuanku permaisuri.
Oh ya, tuan permaisuri nak tahu, dua purnama hamba tidak melihat bayang tuan permaisuri ibarat sedekad lamanya hamba rasakan. Datanglah kemari di purnama hadapan, biarpun purnama di sini malap tidak mengambang seperti di tempat tuan permaisuri. Hamba selalu merindui tuan permaisuri, janganlah biarkan hamba mati terseksa begini."
Wan Ahmad Fadzil
K.Terengganu
***Kini hamba yang hidup tersiksa merindui tuan hamba.............
Al-fatihah..buat si dia di sana...Buat Nur...semoga terubat rindu dengan mengulit kenangan2 lama..x salah mengirai kembali kisah2 lama..sekadar mengubat rindu di hati..biarlah rindu itu sentiasa terpahat di hati..kerana empunya badan lebih memahami segalanya..tabahlah hati ..wahai adikku...
ReplyDeletesemoga akak terus tabah menghadapi hari2 mendatang..tak semua orang ade pengalaman macam akak..sesungguhnya akak bertuah kerana akak insan terpilih :)
ReplyDeleteyup..memang taksalah nur merindui dia..moga dia terus tenang di sana..
ReplyDeleteme doakan nur terus tabah...dan semoga sukses dlm career nur wpun 'dia' yg nur rindui berada di alam lain...
ReplyDeleteteruskan merinduinya nur..dia juga disana...InsyaAllah=)
ReplyDeleteBiarkan rasa rindu tu datang...rindu itu akan membuatkan airmata tumpah..tapi adakala senyumanmu jua akan terukir...
ReplyDeletebagaimanalah hati tidak berbunga2 jika dipujuk dengan ayat yang sebegitu. saya pun jadi nak gelak...
ReplyDeletedia sangat pandai mengambil hati....
ReplyDeletekuatkan hati nur...
Assalamualaikum dik,
ReplyDeleteSemoga Allah terus titipkan kesabaran, kekuatan dan ketaatan kepadaNya sepanjang waktu. Akak Doakan Embun dan Kekwa terus membesar menjadi anak solehah tanpa sebarang masalah.. Amin.
kuatkan hati nur ya...
ReplyDeletesemoga si dia tenang di sana dan semoga tuan permaisuri terus kuat hendaknya..
ReplyDeleteromantiknya si dia...
ReplyDeletesungguh indah dan penuh puitis...walaupun saya mempunyai suami yg romantik tetapi ayat2 cinta yg awak terima penuh dramatik..
ReplyDeleteromantiknya!
ReplyDeletetak pe nur, ahmad menunggu kamu di sana :)
indahnya kenangan yang ditinggalkan. Moga ianya terus hidup subur di dalam diri Nur.
ReplyDelete