Mencari hikmah disebalik musibah

Kadang puas kita menangis, merintih dan mengenang segalanya yang berlaku..
Amat pahit untuk ditelan, diterima dan dilalui..
 
Namun MASA lah ubat segala duka dan keperitan yang dilalui oleh kita…
 
Kelmarin mama kemalangan…
Hampir gugur nyawa saya mendengar seseorang berkata, "mak awak kena langgar"
Saya terus berlari dan mencari mama,
Dan, akhirnya saya mendengar suara mama membebel2.. "mati aku, mati aku, ya Allah… orang tu tak nampak mama ke?"…
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana masih pinjamkan mama buatku… sungguh hati ini sangat tak keruan bila mendengar ayat "kena langgar" itu..
Saya bawa mama ke hospital berdekatan dan mujur mama tiada apa yang patah, mujur dia selamat, Cuma kasihan sungguh melihat luka di tangan dan kakinya itu.
Tangan mama bengkak , begitu juga bahagian kaki dan perutnya..
 
Kereta Pajero lah sebab mama kena langgar..
Pemandu itu mahu 'reverse' katanya.. reverse kali pertama, mama terjatuh,
Dan kali kedua dia reverse lagi, terkena bahagian lengan mama.
Sungguh pedih melihat kesan luka yang dihempap tayar pajero itu..
Kalian lihatlah sendiri gambar itu…
 
Ini Cuma peringatan kecil buat diriku..
Mama lah kekuatan saya, saya doakan mama terus panjang umur, sama2 dengan saya untuk besarkan puteri2 saya..
Apa akan jadi kalau mama takde?
Kuatkah saya ? mama seperti tongkat saya, dialah yang memapah saya untuk terus bangun sebagai ibu tunggal..
Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya.
 
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Comments

  1. Salam,


    auntie follower blog ini dan selalunya silent reader, tapi kali ini terpanggil untuk tinggalkan jejak..

    Syafakallah buat mama, terus tabah yea..

    ReplyDelete
  2. Semoga mama cepat sembuh dan semoga mawar sekeluarga sentiada dilindungi olehNya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

32 weeks 3 days