Mencari hikmah disebalik musibah

Kadang puas kita menangis, merintih dan mengenang segalanya yang berlaku..
Amat pahit untuk ditelan, diterima dan dilalui..
 
Namun MASA lah ubat segala duka dan keperitan yang dilalui oleh kita…
 
Kelmarin mama kemalangan…
Hampir gugur nyawa saya mendengar seseorang berkata, "mak awak kena langgar"
Saya terus berlari dan mencari mama,
Dan, akhirnya saya mendengar suara mama membebel2.. "mati aku, mati aku, ya Allah… orang tu tak nampak mama ke?"…
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana masih pinjamkan mama buatku… sungguh hati ini sangat tak keruan bila mendengar ayat "kena langgar" itu..
Saya bawa mama ke hospital berdekatan dan mujur mama tiada apa yang patah, mujur dia selamat, Cuma kasihan sungguh melihat luka di tangan dan kakinya itu.
Tangan mama bengkak , begitu juga bahagian kaki dan perutnya..
 
Kereta Pajero lah sebab mama kena langgar..
Pemandu itu mahu 'reverse' katanya.. reverse kali pertama, mama terjatuh,
Dan kali kedua dia reverse lagi, terkena bahagian lengan mama.
Sungguh pedih melihat kesan luka yang dihempap tayar pajero itu..
Kalian lihatlah sendiri gambar itu…
 
Ini Cuma peringatan kecil buat diriku..
Mama lah kekuatan saya, saya doakan mama terus panjang umur, sama2 dengan saya untuk besarkan puteri2 saya..
Apa akan jadi kalau mama takde?
Kuatkah saya ? mama seperti tongkat saya, dialah yang memapah saya untuk terus bangun sebagai ibu tunggal..
Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Comments

  1. Ya Allah nasib takde apa2..Tuhan Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  2. Innalillah..sabar yer kak nur, sy doakan mama akak cepat sembuh daripada luka kemalangan tu..sy pinjam tulisan Ustaz Pahrol"Dengan jentikan (ujian) itulah iman dan Islam kita dewasa. Dengan mehnah itulah kita mendapat hikmah. Dan dengan hikmah itulah kita menagih syurga!"

    ReplyDelete
  3. semoga mak nur cepat sembuh...

    sabarlah menghadapi dugaan

    ReplyDelete
  4. Ujian.. Harap Mawar bersabar ya?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah segalanya msh selamat..Sabar Mawar..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tiada apa2 yg teruk berlaku... semoga semuanya dipermudahkan Allah untuk kehidupan Nur dan kita semua ya...
    maaf saya singgah tanpa salam... hu hu...

    ReplyDelete
  7. Allah. Benar. Ada hikmahnya. Si driver mengaku atau cabot gitu sja? Jaga mama. Jaga diri nur juga. Tk cr.

    ReplyDelete
  8. semoga mama mawar segera sembuh..amiinn..

    ReplyDelete
  9. Insyaallah dgn musibah ini terhapus dosa-dosa silam kita, disamping mendapat peringatan Allah terhadap sesuatu yg mungkin kita terlalaikan. Kita kan cuma manusia biasa. Syafakillah untuk mama Nur.

    ReplyDelete
  10. semoga mama cepat sembuh & tindakan undang2 perlu disusul terhadap pemandu tersebut.

    ReplyDelete
  11. Subhanallah...sib baik tak teruk sangat tp yelah kalau org tua yg kena mesti rasa sakit2 tu

    ReplyDelete
  12. sian kat ur mum. dier ngah berjln ker masa tuh? didoakan beliau cepat sembuh..amin3

    ReplyDelete
  13. Allahhuakbar.. selamat takde yang patah.. semoge cepat sembuh aunty.. amin..

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, selamat semuanyaa....

    ReplyDelete
  15. Salam...baru dtg meneroka blog awak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

32 weeks 3 days