Sunday, November 23, 2008

Tok Bidan

Sabtu lepas aku ke kampung suamiku di chalok, terengganu. Kami mengunjungi rumah nenek saudaranya yang di panggil 'Tok Su Mek Cik'... Semasa aku sampai di rumah Tok Su, ibu mertuaku memberitahu Tok Su bahawa perut aku merah2 dan gatal... kemudian Tok Su melihat perutku. Waktu it aku tidak tahu pula yang Tok Su itu adalah Tok Bidan... Tok Su menyuruh ayah mertuaku mencari limau nipis utk dibuat ubat. Aku sangat terkejut dan takut waktu itu. Maklumla, bagi aku Tok Bidan hanya wujud di televisyen dan mungkin hanya orang dulu-dulu kala aje yang berjumpa tok bidan. huhu...

Tok Su menyapu minyak ke atas perutku dan kemudian aku disuruh mandi air limau yang dibaca ayat2.. huhu.. Semasa itu aku sangatlah segan dan takut sbb aku diurut2 dan dimandi oleh orang yang aku tak berapa kenal. Terasa nak tergelak pun ya juga kerana aku tidak percaya yang aku berjumpa dengan tok bidan! bagiku ianya sangat janggal dan aneh. Aku dibesarkan di bandar, tidak pula ku tahu wujudnya tok bidan pada zaman sekarang ni.

Apa pun aku amat berterima kasih kepada Tok Su kerana bersusah payah mengubati alahan di perutku, namun kami terlupa memberi duit pengeras untuk Tok Su. Sebenarnya aku sendiri tidak pernah tahu kena beri duit untuk orang yang mengubat kita kerana aku sangkakan tok su cuma ahli keluarga suamiku yang belum aku jumpa.

2 comments:

  1. Mawar,
    Sememangnya apabila di kampung, bagi ibu-ibu mengandung, mereka akan merujuk kepada bidan-bidan kampung apabila menghadapi masalah dengan kandungan dan nampaknya itu pengalaman baru buatmu Mawar dan sememangnya kamu amat bertuah kerana dapat merasai semua itu sedangkan Hanie masih setia menanti..

    ReplyDelete
  2. salam mawar,
    -kamu juga sudah jadi pemblogger tegar? saya jadi kagum dgn peningkatan di lamanmu ini. tahniah

    semoga dipermudahkan segala usahamu mencari dan menanti kerjaya

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023