Cot Cet Cot Cet Si Mawar

Kenapa aku menulis blog kali ni? sebab tahap bosan yang terlampau dah ni. Embun sedang enak tido dengan bunyi2 dia.. "oh eh.. on eh.." dia menggeliat sambil tido. Cute je dia. hehe, anak aku mestilah kiut macam aku kan! hah,lepas ni budak kecik tu mesti menangis dan bangun samada nak menyusu atau nak tukar lampin la tu. Sementara menunggu isyarat baby, aku pun mengambil kesempatan main internet ni.

Setelah aku bosan bermain Facebook, tgk emel, googling, tetiba terasa nak menulis blog plak. tapinya aku takde idea pun nak tulis pasal apa. cuma nak berleter2 je kat sini. Bosan punya pasal la katakan...

Apa aku nak buat kat dalam hotel ni ye? tiap hari keje aku, main dgn Embun si comei tu, duk mandikan dia, tukar lampin dia, menyusukan dia, main2 dgn dia..(oh ye, Embun skg dah pandai senyum bila kita main2 ngan dia.. besh2!!)tapi kekadang dia buat muka blur n pelik je bila kita duk main2 dgn dia. haha.. kiut sungguh budak kecik tu. Subahanallah, mmg sempurna kejadian Allah.

Selain main2 dengan si comei tu, aku duk ngadap internet ni la. kadang buka tv, tgk tv... kadang baca buku. oh ye, cakap pasal buku, kat Pakistan ni banyak sangat kedai buku dan buku dia murah2. memang teruja sangat tengok kedai buku dia yang murah2. Hari tu kami borong banyak jugakla buku yang tak mampu nak beli kat Malaysia, tapi dapat beli kat sini. Bestnye! (walaupun tak baca habis pun semua..)hehe..

Skang ni musim panas, jadi nak keluar jalan2 pun tak best. lagi plak, kesian budak comei tu sorang. Baby tak elok kena matahari direct sgt. Jadinya kami selalu keluar waktu lepas asar tu kurang skit panas dia. Kalau jalan2 kat sini, kebanyakan orang sini pelik je tgk aku sbb aku selalu keluar pakai baju kurung. hihi. Pakaian pun dah nampak lain, mestilah jadi bahan kena tengok. hoho. Tapi yang tak bestnya kat sini, terlalu ramai org minta sedekah. Aggresive plak tu. Tengah2 naik kereta tetiba ada orang ketuk pintu minta sedekah, terkejut aku dibuatnya. Kesian juga bila tengok. tapi, tak boleh nak ajar orang sini bagi duit, nanti bila bagi sorang, tiba datang sekumpulan yang lain pula yang meminta.huhu.. Lagi pula, pernah suatu ketika, zaman Rasulullah, ada seorang peminta sedekah meminta sedekah, lalu baginda memberikan tali dan kapak kepada peminta sedekah itu untuk dia berusaha mendapatkan rezeki.

Kalau diorang tengok aku pelik berbaju kurung, aku lagi pelik tengok orang diorang duduk lepak atas rumput dekat tepi2 jalan raya. alahai, kalau kat negara kita, tepi2 jalan org buat landscape tu la. Org dekat sini siap berkhelah, guling2 atas rumput tepi jalan tu tau!. Siap dengan family pun ada. Heh, nampak aneh sangat, tapi itula routine mereka di waktu petang. Dan kat sini terlalu banyak taman yang khas dibuat untuk famili beriadah dan berkhelah. Baru aku tahu kenapa citer Hindustan tu suka dok guling2 masa nyanyi. Rupanya memang culture diorang la duk atas rumput, pegi atas bukit semua tu. hehe..

Aku blum berkesempatan lagi nak tengok Muree mountain yang orang kata cantik. dan satu lagi tempat adalah Faisal Mosque. mungkin nanti bila aku dah ke sana, aku akan update gambar banyak2 ye. OK, sampai sini dulu la.. Lain kali plak cot cet!
Daaaa

Comments

  1. seronok baca pengalaman pengembara di tanah asing..

    teruskan.walaupun untuk mawar maybe tak best nak diblogkan,tapi its still an eye opening for the rest of us here :)

    nada memang comel :)

    ReplyDelete
  2. nak tgk rupa nadaa yg terkini...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

Ceritera Mawar :Busy umi, busy year, Hello 2017.. its already April!