Perlu ke?

em.. pejam celik dah 18hari aku di Islamabad. Kami sekeluarga masih menetap di hotel. Rumah tak dapat2 lagi. Macam2 masalah.. dengan landlord la, tak menepati taste kami la, kawasan perumahan tak sesuai la.. macam2.. end up, kami tak dapat lagi menetap di rumah sendiri. hu.. entah bila la urusan rumah ni akan habis.

aku dah berkenan sangat sebuah rumah ni. Tapinya sangat berdekatan dengan rumah Malaysia. ada org kata, bagus untuk dekat, ada juga org kata, tak bagus. Entahla.. tak tahu nak dengar ke tak opinion org2 itu. yang pastinya, rumah itu sangatlah best walaupun tak la besar mana.

buat apa nak rumah besar2 sgt kan? payah pula la aku nak mengemas nanti. em, hire org gaji? haha.. tak mungkin lah. aku tak suka kerja rumah dibuat oleh org lain. lagi plak org gaji kat sini hanya org lelaki. kan masalah untuk aku nanti. ye la, soal adab dgn bukan muhrim kena jugak jaga kan! kalau husband aku gi kje, tibe tinggal aku, Embun n org gaji lelaki? isk, tak boleh2...

em, cakap pasal hotel yang kami menginap sekarang ni, ada org kata, hotel ni adalah salah satu target puak taliban nak bom. huhu.. scary kan dengar citer macam ni. ye la, hotel2 ternama lain di Islamabad dah kena bom. cuma hotel yang kami duduk sekarang ni je blum kena lagi. memang target la kot. tambahan pula, ramai mat salleh duk hotel ni. huhu.. tiap hari bila husband pegi keje, mesti rasa berdebar je tinggal berdua dgn Embun. kalau jadi apa2, macam mana ek? hoho..

tapi apa pun, aku sekarang aku yakin yang ajal maut di tangan Tuhan. Kalau nak ditakdirkan aku mati kena bom, apa nak kata kan? huhu.. mesti yang baca ni seram je dengarkan? haha.. aku pun takut juga sebenarnya. tapi bila difikirkan balik, kenapa harus takut, bila2 pun akan sampai waktu kita juga.. bila, di mana, macam mana, kita tak tahu. yang aku pegang sekarang, Semoga Allah melindungi kami sekeluarga kat sini. Jika kami pergi awal kepadaNya, itu adalah kehendakNya. (sob sob.. macam sedih je bunyinya.. huwaaaa...)

semalam ada seorang staff malaysia ajak kami duduk rumah dia. katanya, bahaya untuk kami duduk di hotel. kalau apa2 berlaku kan susah! em, betul juga kata dia.. baik mengelak dari berlakunya apa2. tapi, masalahnya, bagi aku untuk duduk rumah org itu sangatlah payah. tambahan pula, staff itu bujang dan dia duduk dengan driver sorang tu, lelaki juga. kalau aku duk rumah dia, maknanya, ada 2 org lelaki bukan muhrim. isk, agak payah untuk aku bergerak bebas. lagi plak aku menyusukan Embun, bila nak breastfeed nanti kan payah, takkan all the time nak masuk bilik? pastu,bila nak lepak2, mesti ada dia, aduhla. payah2 untuk aku... nak duduk bukan kejap, paling kurang 2 atau 3 minggu jugak.

em, apa pendapat wahai pembaca sekalian ek?
perlu ke aku duk rumah org tu?
or stay je kat hotel ni?...

Comments

  1. Mawar...

    Kenapa tak boleh pilih rumah yang dekat rumah Malaysia tu ya?

    Pada pandangan saya la kan... susah sebenarnya duduk dengan orang... tambahan lagi kalau lelaki bujang, tak kisahlah jumlahnya berapa. Daripada satu faktor susah di hotel, dibimbangi bertambah beberapa faktor susah pula di rumah orang...

    Kalau ada pilihan duduk dengan orang tapi yang berkeluarga, itu lebih baik.

    Apapun, kalau boleh buat istikharah, lagi bagus.

    Saya dan sahabat-sahabat mendoakan agar urusan Mawar dan en. Ahmad sekeluarga dipermudahkan... Amiin...

    ReplyDelete
  2. Stay! Nanti ami belanje Satay!

    ReplyDelete
  3. salam.... memang sukar untuk buat keputusan... papepun istikharah itu lebih penting.. dan perbanyakkan baca AYAT PENGGERAK(N3 Uw; Beramallah Dgn DOa ini) terutama dlm membuat kputusan.

    kongsi pengalaman; UW di sini pun kongsi umah ngan kwn (fmily) coz umah Arab ni pintunyer byk so tak mengganggu privasi laa. Kami ditingkat atas dan kawan di tingkat bwh. Semoga Allah sentiasa bersama mawar sekeluarga. InsyaAllah kemanisannya pasti tiba suatu hari nanti

    ReplyDelete
  4. dok hotel..
    aku rasa ko lebih tau n lebih yakin gan jwpn ko..

    ReplyDelete
  5. duk hotel jgak or not duk kt malaysian hall tu baya..tp pkir lek lok...take care dear

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

Ceritera Mawar :Busy umi, busy year, Hello 2017.. its already April!