Pindah

Sudah agak lama saya tidak menulis blog... busy with my newborn daughter la katakan.. hehe..dan busy dengan persiapan kena pindah.


Al kisahnya, masa empat hari selepas Nadaa dilahirkan, encik amad mendapat surat yang mengatakan dia kena bertugas di luar negara pada 1 Mei 2009. Waktu itu pula Nadaa dimasukkan ke wad sebab jaundice teruk. Jadinya kami menerima berita itu bersahaja aje la.. nak happy pun tak, nak sedih pun tidak.. perasaan neutral dan kami lebih focus memikirkan kesihatan Nadaa.

Alhamdulillah, Nadaa kembali pulih dan dibenarkan pulang selepas 6hari di hospital. Sedih bila mengenangkan anak yang baru lahir kena tahan dekat hospital. Soal pindah, kami tolak tepi dahulu. Bila keadaan Nadaa sudah pulih, kami baru mula memikirkan soal pindah. Encik amad minta penangguhan hingga ke 1 jun 2009 kerana masih terlalu awal untuk kami pindah dengan Nadaa yang baru berusia beberapa hari.

Nadaa skang ni sudah berusia 48hari.. Kesian pula si kecik Nadaa terpaksa pula meninggalkan tempat kelahirannya yang belum sempat dia kenal. Dan kesian juga saya yang di dalam pantang terpaksa melanggar pantang seperti terpaksa keluar untuk membeli stok makanan dan segala kelengkapan sebelum bertolak ke negeri orang. Tapi takpela, yang penting orang kata makan kena jaga waktu dalam pantang.. so, saya bab makan mmg jaga skit la..

Mungkin yang membaca blog ni tertanya2 ke mana kami berpindah.. Kami (mawar, nafastari dan cik embun) ke ibu negara Islamic Republic of Pakistan iaitu Islamabad. Nanti saya akan bercerita tentang kehidupan di sini ye.. Tunggu...

Comments

  1. mawar..bila bertolak??semoga selamat semuanya..ala tak sempat ummi jah tgk nadaa sekali lagi...

    ReplyDelete
  2. ok...jgn lupe smbung cite ye baya :)

    -nadianaser-

    ReplyDelete
  3. semoga selamat dalam perjalanan.khabarkan keadaan di sana.teringin sangat ke sana
    comel nadaa

    ReplyDelete
  4. nor, macam mana keadaan kat sana? ok tak? jaga nadaa elok2 ye..klu ada apa2 cite msg la kat friendster kak ti.

    ReplyDelete
  5. Eh da panai senyum plak dia.Cubit kang... ader juga iras2 aeh maser aeh kecik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!