Salah Sangka

Khamis lepas kami dijemput untuk makan malam di rumah En Mohd. En Mohd sudah hampir 5 tahun bekerja di Pakistan. Selepas ini En Mohd akan ke Dublin pula. Jadinya sebab itu dia adakan majlis makan malam dirumahnya. oh ya, En Mohd ni pun orang Malaysia juga. Jadi merasa jugaklah kami nak makan nasi berlaukkan Melayu. Selama ni makan nasi juga, tapi berlaukkan Pakistan. hehee..

Ramai juga yang datang pada malam itu. Jadi kami berpeluang berkenalan dengan orang Malaysia yang lain juga. Disebabkan kami masih baru di Pakistan, orang pasti akan bertanyakan siapa kami. Dan malam itu, seorang warga Brunei bertanyakan kepada tuan rumah,
"ini siapa? anak kak siti ke?"..

dan saya hanya tersenyum simpul sambil menjawab "bukan, saya orang baru disini. baru sampai 2 minggu yang lepas"..

Dia membalas, "oh,yang baby tu adik ke?"

Saya hampir tergelak bila dia mengatakan Embun adik saya. Dengan pantas saya menjawab, "eh,takla,itu anak saya"

"tapi, awak nampak muda, maafla, akak tak tahu.."

Saya membalas, " saya memang muda lagi, baru nak masuk 24tahun, tapi kawin awal"

"oh, maafla, akak ingatkan kamu ni belasan tahun lagi, dalam 16, 17tahun.. nampak macam budak sekolah.."





Comments

  1. harkk tuihhhh..
    jwpn itu pon aku dpat thn ni..ok!!!
    hahhahaha..menci2 ummi nadaa umo 17 thn tak sesuaiiii:P

    ReplyDelete
  2. ooo...i like...

    young mum eh :D

    -nadianaser-

    ReplyDelete
  3. wah3... mudanya cik mawar..hehee..

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahahahaha tak sesuai lngsng!!! kami yg solo single mingle ni yg nmpk 17 tau

    ReplyDelete
  5. makcu : hang jangan jeles naaaa...hehee

    nadia: yeah, i loike too!

    firjah : memang muda apa.. hihi

    shereen: i tau u jeles kan,kan,kan! yesssss

    ReplyDelete
  6. hahahaa...best bestt 16..17 tahun tuh...nak tanye sikt, ada x tips yg boleh dikongsi? kita pn nak nampak muda gak :D

    ReplyDelete
  7. areej, awak pun nmpk muda gak ape.. kite tade rahsia, senyum je ! :)

    ReplyDelete
  8. same la dua-dua pun, muka sekolah menengah hahahaha

    -joe-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!