Sunday, April 24, 2011

Bawa baby pegi umrah




Saya tujukan entri ni khas buat Kak Yatt, (senior sekolah menengah) dan untuk family yang teringin buat umrah&ziarah sambil nak bawak baby pegi skali.

Melalui pengalaman saya dulu, Mac 2010, saya dan arwah tanpa rasa ragu2 membawa Embun pergi umrah bersama2 kami. Cerita Embun pergi umrah, boleh click di SINI
Kami ke sana dari Islamabad, jadi mana mungkin kami tinggalkan si kecil Embun di Islamabad. Lagi plak bila fikir2 pun, orang kat negara Arab tu selamba je bawak anak2 pegi, takde apa pun.. dan bukankah environment di masjid itu adalah baik untuk anak2?.. :)
oleh itu, beberapa persiapan telah kami buat sebelum menunaikan umrah buat si kecil, antaranya:

  • solat berjemaah - biasakan baby tu tengok kita solat berjemaah di rumah, jadi mereka akan biasa dengan suasana jemaah semasa membuat umrah nanti.
  • baby carier - untuk memudahkan membawa baby di dalam keadaan yang sesak dan ramai orang
  • baby stroller- amat berguna bila baby nak tido, kita pula nak solat jemaah
  • botol air minuman serta makanan bayi (cth: yogurt atau buah - mudah didapati di sana)
  • mainan - kasi dia ralit main
  • ubat2 - stand by kalau demam ke apa
  • cream - utk dry skin.. memang akan dry punya.. kesian baby..
  • vaseline - utk bibir
semasa umrah&ziarah pula,

  • di Madinah - bawa stroller, boleh masuk dalam kawasan masjid, ambil port paling tepi atau paling depan supaya mudah keluar dan parking stroller. letak stroller baby tepi or depan kita semasa solat jemaah. untuk alih perhatian baby or bagi baby duduk diam, mungkin boleh beri dia snack atau mainan. Kalau anak tido lagi senang! bagi dia makan kenyang2, pastu tido je dalam stroller..
  • kalau teringin nak masuk Raudhah,bergilir lah dengan suami, sorang masuk dulu, sorang tolong jaga anak. Raudhah tempatnya selalunya sesak. Tak sesuai bawa anak walaupun guna carrier. Lagi pun tempat melawat raudhah untuk lelaki dan perempuan berbeza waktunya.
  • di Makkah - semasa melakukan umrah, lebih baik gunakan carrier. Mudah nak lakukan tawaf dan saie. Untuk solat jemaah di Makkah, tak boleh masuk stroller dalam masjid, jadi kena lah pandai2 cari tempat yang paling tepi supaya mudah nak keluar jika anak meragam.
Paling penting.
  • doa dengan Allah supaya segalanya dipermudahkan.. :)

**Apa pun, latih dulu kat rumah solat berjemaah, dan selalulah ke masjid untuk membiasakan anak2 dengan keadaan jemaah. Jika anak meragam atau tak duduk diam, tu biasalah... mungkin boleh guna kaedah gilir2 buat umrah dengan pasangan.

** atau boleh guna kaedah ini juga

9 comments:

  1. My dear, tq for the tips..especially part yg dry tu..never had that thought before yg skin will be dry..thanks sgt2..kirenye x payah la kan nk pakaikan tali tu..sbb ade yg suggested mcm tu but akak rase mcm kejam..this is the best way yg baya suggested..

    ReplyDelete
  2. paling suka gambar no 3....embun sangat comel...sebijik arwah ayah...Semoga nur terus tabah...akak suka tgk blog nur dan slalu tunggu kalo ada entry baru....semoga nur n anak2 sentiasa di lindungi olehNya...:)

    ReplyDelete
  3. salam kenal, pertama kali tinggal jejak.. terima kasih atas tip, akak sedang berangan nak pergi bawa baby..

    ReplyDelete
  4. salam...juga utk dikongsi bersama...sang suami saya sll membawa anak2 (5thn+ 3thn) ke masjid terutama ketika solat jumaat(ketika masjid penuh sesak) jika dahulu saya pernah melarang bimbang sia anak itu akan menganggu jemaah lain (sementelah anak2 sy agak sedikit aktif)NAMUN, apa yg berlaku, sang suami berkata, anak2 diam ketika di masjid, melihat dgn kusyuk apa yg dilakukan jemaah lain, ALHAMDULILLAH, dr melarang kini sy galakkan anak2 ke masjid dan kadnag2 bersolat dgn kami supya mereka terlatih dgn apa yang mereka lihat...

    Salam buat aini dab anak2

    ReplyDelete
  5. salam.. video yang dipaparkan terdapat pekara yang kesilapan.. memang boleh dukung anak semasa solat... tapi tidak boleh:-
    1) dada berpaling dari kiblat (ini membatalkan solat!)
    2) pergerakkan yang berurut-turut lebih drp 3 kali..
    3) melintas dihadapan orang yang solat.. (apatah lagi amik air)

    ReplyDelete
  6. betul! dada xblh berpaling dr kiblat.. harap cik perbetulkan takut org lain pun mengikut.. wallahualam

    ReplyDelete
  7. Pergi umrah, baby kena ambil vaksin tak?

    ReplyDelete
  8. Terima kasih..entry yg membntu utk persediaan umrah dgn bawa anak

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023