Wednesday, April 27, 2011

Embun & Baju ayah

Orang tua2 selalu kata, kalau si ayah meninggal, selimutkan anak2 dengan kain pelikat atau baju yang belum dibasuh milik arwah ayahnya..Begitulah yang dibuat oleh saya.. Sebenarnya, mungkin saya yang lebih selimut daripada si anak.. hehe..

Baunya masih melekat, setiap hari saya tidur beralaskan baju kemeja yang dipakainya sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia. Rasa rindu yang sukar diungkapkan, hanya linangan air mata yang mengubati rindu itu..

Suatu hari, Embun terlihat baju kemeja itu lalu terus sahaja dia menyebut, "ayah!" .. bijaknya kamu Embun, kamu masih kenal itu baju ayah.. Ummi sangat terharu dan sebak bila kamu menyebut Ayah sambil mencium baju itu.. Mungkinkah kamu mengerti ayah kamu sudah pergi Embun ? Siapa tahu hati dan fikiran anak kecil bernama Embun ini.. dia menyaksikan kejadian itu, dia juga menyaksikan ayahnya berlumuran darah, dikafankan dan dikebumikan.. Mungkinkah dia sudah mengerti? Lagi pula, selepas kematian ayahnya, Embun tidak pula demam rindu.

Embun dapat membezakan antara ayah dan kembar. Semasa kembar mengambil Embun merasa selesa, namun tidaklah dia seriang sepertimana dia dengan ayahnya. Dan dia langsung tidak menyebut ayah bila melihat kembar.

Saya selalu memberi Embun melihat gambar ayahnya.. saya meletak gambar kahwin saya di atas meja bersebelahan katil kami tidur. Setiap pagi, bila embun terlihat gambar itu, pasti dia akan menyebut "ayah!"...

Embun.... ummi tahu kamu seorang yang kuat...
Kita semua rindukan ayah...
Membesarlah menjadi anak yang solehah..
yang selalu mendoakan ayah..

Amin...


28 comments:

  1. sem0ga tabah ye akak.. kim slm embun n kekwa.. rndu nak tgok gmbr tbaru embun.. =)

    ReplyDelete
  2. saya menangis baca entry ni.. :'(

    ReplyDelete
  3. baya....tiap hari mesti bukak blog baya nak tau ape perkembangan baya, embun dan kekwa.....n tiap kali baca entry baya, mesti pk, cemanela keadaan akak if jd cam baya...adakah akak sekuat baya? baya jgn benti menulis, ye....akak slalu jadikan baya guru akak...spy akak xterlebih2 if bergaduh or merajuk ngan husband....kita le jd kwn, kan?

    ReplyDelete
  4. salam mawar

    nanti saya mahu tuliskan sesuatu buat embun. harap kamu izinkan untuk diposkan di laman saya

    jaga diri dan anak2

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Mawar,

    Tanpa kita sedari sebenarnya embun sudah menjadi seorang yang sangat matang dan memahami akan kepedihan dan kerinduan ibunya terhadap ayahnya...agak pelik untuk embun tidak demam merindukan ayahnya, namun allah yang telah menetapkan jalanNya..Bukan tiada kerinduan seorang anak terhadap ayahnya tetapi apa yang terjadi adalah untuk membantu sang ibu dalam merawat hatinya...

    Kuatlah mawar!! Embun sentiasa dibelakangmu, sentiasa memerlukan pelukan dan senyumanmu...andainya Embun seorang anak yang tabah, kamu HARUS menjadi seorang ibu yang lagi tabah...

    Kamu insan terpilih MAWAR!!! Allah memilihmu diantara jutaan hambaNya..Akan ada kemanisan dan kebahagiaan untukmu kelak..

    Percayalah....

    ReplyDelete
  6. Salam Mawar,

    Sekali lagi airmata ini mengalir membaca luahan hatimu, setiap hari singgah sini.

    Rasa tak jemu membaca n3 yg lama jua, siannya pd embun dan kekwa yg belum ngerti. Semoga anak2 tabah mcm umminya. Teringin nak tgk kekwa mesti makin comel dan tembankan.... qiut mcm ummi dia.

    ReplyDelete
  7. Nur>>

    Ya..saya pon dapat melihat Embun amat mengenali ayahnya. Dia kelihatan selesa bila bersama si kembar ayahnya..namun dia tidak riang..dia hanya suka mungkin kerana wajah si kembar seakan2 wajah ayahnya sahaja..namun perangai mereka amat berbeza bila bersama Embun, cara percakapan, layanan etc. Mungkin sebab itu Embun dapat mengenali ayahnya.

    Permatasoffhas

    ReplyDelete
  8. Itu adalah kuasa Allah...jangan kita ingat budak kecik tidak tahu apa2 sebenarnya mereka lebih mengerti dari kita....ceritakan perkara sebenar...InsyaAllah dia mengerti...Embun tahu ayahnya menunggunya disyurga...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah, tiada kata-kata mampu saya ungkapkan kerana sebagai kawan pun air mata ini sering sahaja menitis, inikan pula Nur.. Saya tak mampu untuk menyuruh kamu bertabah dan menjadi kuat kerana sememangnya kamu lebih kuat dan tabah dari apa yang saya jangkakan.

    Hanie masih ingat di saat Fuji telefon hanie bgtahu tentang kemalangan yang menimpa arwah dan arwah akan dikebumikan sekejap lagi, berkali-kali Hanie tanya Fuji, bagaimana dengan Nur? Nur ok ker? Dengar sahaja Fuji cakap "Alhamdulillah Kak Nur ok. Dia tgh diinterview oleh wartawan". Hanie mengucapkan syukur yang teramat pada Allah dan tak sangka Nur memang tabah.

    ReplyDelete
  10. Hanie yakin, Embun mewarisi ketabahan dan kekuatan yang ada pada Umminya.. Anak kecil itu sangat beruntung kerana dia disayangi oleh semua orang walaupun tidak pernah berjumpa tetapi sesiapa sahaja akan menyayangi Embun dan Marwa..

    ReplyDelete
  11. salam mawar....mnitis air mata sy mmbc entri ini...btapa tabahnya mawar dlm mgharungi hdup ini tnpa insan trsyg..sy x mgenali mawar, tp setelah mmbca blog mawar & arwah, trus sy jd minat utk trus mngetahui kdaan mawar & ank2 tiap2 hari...tramat sedih ble mmikirkan ank kecil si embun & kekwa mgharungi hri2 tnpa ayah....tp sy brharap agr mawar kuat kn smngat, ttp tabah, sabar dlm mneruskn hidup ini...igat lah Allah sentese bersama kte...Sabar itu cantik, Mawar....

    ReplyDelete
  12. bersabarlah dalam maledeni rindu yang tak berpenghujung...semoga anak-anak akan menjadi kekuatan mu

    ReplyDelete
  13. Mawar...

    x tahu nk ckp apa...
    air mata jer yang kuar...
    sedih....:(

    kuatkan semangat...demi puteri2 mu

    ReplyDelete
  14. Mawar,

    Terjawab sudah persoalan saya mengapa Nafastari tak memberi khabar sama ada telah terima naskhah Hamka yang saya kirimkan ke alamat kedutaan. Takziah dan tabahlah.

    ReplyDelete
  15. artozy,

    ya saya masih igt dia dapat buku tu. terima kasih, dia sangat gembira bila dapat buku tu .. tp dia tidak sempat membacanya..

    ReplyDelete
  16. Carilah saya untuk apa juga hal yang kau perlukan kelak, dik. Semoga Allah memelihara kamu dan anak-anak.

    ReplyDelete
  17. setiap kali ada entry terbaru mawar, saya akan berkunjung ke sini...
    biarpun entry yang ringkas...tapi sarat dengan kerinduan..
    seperti kebiasaannya...air mata saya mengalir lagi......

    ReplyDelete
  18. sedey...bijaknye Embun dpt membezakan kembar dan arwah....mungkin juge kerana Embun sudah dibiasakan bersama 2 kembar yang mempunyai wajah seiras ini..sehinggakan Embun dapat membezakan yg mana ayahnya & yg mana satu pakciknya,cukup terpukul membaca n3 ini..membayangkan Embun bersemuka dgn kembar yg mempunyai wajah seiras ayahnya namun hakikat sebenar jasad yg ada skrg bknlh ayahnye.....kembar adalah bakal wali kepada Embun kelak...

    ReplyDelete
  19. 'kembar & adik beradik lelakinye yang lain bakal wali kepada Embun & Kekwa kelak...sambungan ceriter di atas.

    ReplyDelete
  20. Peliharalah mereka bertiga, semoga sentiasa dalam lindunganMu ya Allah.

    ReplyDelete
  21. begitu sabar dan tabah awak.. mawar..
    bila baca entry ni, saya membayangkan kesukaran menjaga si anak tanpa suami di sisi, memang terasa payahnya (walaupun en. suami sekadar outstation)

    ReplyDelete
  22. Embun dan Kekwa, membesarlah sebagai anak yang bertakwa. Bahagiakan ibumu, Mawar yang tidak pernah berhenti menyayangi kalian.

    ReplyDelete
  23. mawar,
    hiba rasa hati akak baca entri ini...terasa berat!! akak doakan semoga arwah sentiasa berada di dlm doa kita semua seperti indahnya kasih syg kalian berdua. semoga nadaa n marwa juga selalu mewangi di hati kamu....

    ReplyDelete
  24. akak, terus tabah ye kak.. sya kerap menangis kerana rindu kan seesorang, kami terpisah krna halangan keluarga.. apabila mmbaca blog ini sya seolah2 mndpt kekuatan. trima kasih kak..

    ReplyDelete
  25. salam mawar,..tabah ya syg sesungguhnya suamimu adalah pinjaman dr Allah utk mawar bidadari pilihanNYA..untuk menguji keimanan mawar..akak tidak sgup baca N3 mawar ygnie..sayu dan sebak hati akak ..semoga Embun dan Kekwa membesar menjadi ank2 yg solehah bijak pandai utk mawar..insyaAllah..ameen..

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023