Impianku terkubur untuk bekerja di pejabat bertingkat 80+ itu... kenapa? sebab aku tidak layak ke stage 3... selepas interview kali ke 2, aku sendiri dapat rasakan aku tidak layak untuk stage seterusnya...dan semalam aku dapat emel mengatakan aku tidak layak. hmmm... tak mengapalah, bukan rezeki aku dan bukan level aku kot... its not ends of the world yet! ...inshaAllah aku tak akan pernah putus asa mencari kerja untuk menyara keluargaku...
setakat ni aku dapat 4 interview kerja di tempat yang berbeza... dua daripadanya aku terpaksa tolak atas sebab masalah transport dan kos. huhu.... sayang juga sebenarnya bila difikirkan...tp nak buat camana kan...lesen takde lagi, bawak kereta pun tak mahir lagi, susah nak ke tempat kerja tu yang takde public transport. satu tu tak layak(yang aku citer kat atas tadi la)... haha... dan satu lagi aku tak tahu lagi camana, sebab baru nak pergi interview kejap lagi ni.. hihi... pengalaman aku di interview tak banyak,dan pengalaman kerja pun kurang.. atau mungkin orang kata, masih fresh graduate walaupun dah hampir 2 tahun lebih dah grad.. jadi aku pun masih tak tahu nak market diri aku as a worker..tapi aku percaya, Allah dah tentukan rezeki untuk setiap hambaNya.. aku cuma perlu lebih berusaha mencari dan tawakal. inshaAllah...
ya, mungkin aku perlu lebih sabar, tenang dan yakin...
sabar ye kak mawar :)
ReplyDeleteinsyaAllah Allah akn beri yg terbaik utk akk :)
good luck kak mawar..insyaALLAH, pintu rezeki kekwa dan embun sentiasa terbuka
ReplyDeletegood luck, kami doakan terbaik :) chaiyok2
ReplyDeleteall the best mawar n selamat hari raya!!
ReplyDeletemaybe mawar boleh jugak isi borang spa online. mana tahu ada rezeki dapat jadi penjawat awam.
ReplyDeletesalam mawar,
ReplyDeletegood luck interview.
semua telah ada dalam aturan ILAHI. so chaiyook!!!!
Salam...
ReplyDeletesmoga berjaya mawar..
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah berserah kepada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Sesungguhnya Dialah perangcang terbaik dan maha mengetahui. Usaha Doa & Tawakal, insyallah...semua akn jd lebih mudah..
saya doakan...amin.. :-)
Mawar, berusaha lagi ye.. semoga mendapat kerja yang diberkati oleh Allah, Amin..
ReplyDeleteapa kata bukak taman asuhan kanak-kanak (taska)yang sah..kena kursus dengan jabatan kerajaan yang keluarkan sijil..boleh jaga anak sendiri dan anak pelanggan dalam masa yang sama..sangat berdaya maju..letak murah sedikit berbanding taska lain..comfirm ramai ibu bapa hantar anak mereka..sekadar cadangan
ReplyDelete