Aidilfitri kali ni benar-benar buat aku sayu, sebak dan sedih... walau pada zahirnya nampak aku seperti biasa, batin aku menjerit mahukan dia terus bersama-sama aku dan anak-anak..Tahun ini aku beraya di rumah mertua di kg bari besar, setiu di Terengganu. Memang sudah hajatnya mahu kami beraya di sana tahun ni dan aku juga mahu ke kuburannya di sana. Pagi raya kami sekeluarga ke kuburnya.. dan hati aku terlalu sebak semasa menziarahi pusaranya.. terasa sakit sungguh dada ini, tersekat2 kerongkong menahan sebak, air mata mengalir laju tak boleh ditahan-tahan. Embun dan Kekwa tidak mengerti apa-apa, mereka hanya memerhati dan bermain pasir putih itu...
Embun dan pokji (adik ipar)di pusara kekasihku |
Kami beraya seperti biasa, menziarahi saudara-mara yang lain, makan2, suka-suka, cuma bezanya, tanpa dia di sisi. Terasa kosong, sakit, perit, hilang... melihat telatah Embun dan Kekwa di hari raya, buat aku tersenyum gembira, namun melihat keluarga lain yang lengkap ada ibu, ayah dan anak-anak, buat aku rasa cemburu dan mahukan dia terus bersama aku seperti orang lain.
Aku merasa sebak bila melihat pasangan suami isteri yang sama-sama menjaga anak kecil mereka, bergilir-gilir mendukung anak mereka. Aku terlalu rindukan saat itu bersamanya. Aku menjadi cemburu melihat pasangan suami isteri yang sama-sama tua, sedangkan aku tidak akan pernah merasa tua bersama kekasih hati aku. Aku sebak melihat anak gadis yang mesra bersama ayahnya, mengenangkan Embun dan Kekwa dewasa nanti, apakah yang akan mereka rasa nanti?.. Allah.. sakit sungguh perasaan ini.. berat menanggungnya, namun Kau juga yang Maha Mengawal hati ini... Moga Allah terus tetapkan hati aku untuk dia dan aku terlalu ingin menjadi bidadari syurga buatnya.
Salam Aidilfitri buat semua... Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap...
Mawar akan terus tersenyum buat kamu berdua anakandaku Embun dan Kekwa... |
kak,
ReplyDeletesudah ketentuan Allah perginya arwah dalam keadaan kasih sayang kalian masih tertaut kuat. Ada hikmahnya kak. Bertabahlah. Redhalah.
By the way, anak-anak akak sungguh kiut. Jaga mereka elok-elok.
Salam lebaran. Maaf Zahir BAtin.
Selamat hari raya mawar...
ReplyDeleteBeen following ur blog for a while... But tak disangka a friend of mind just lost her husband...
I know its hard for all mothers yang melalui apa yang mawar lalui...
My friend tu, hubby excident on 25 ramadhan n koma. Tak silap, 27 si isteri melahirkan anak mereka n 28 or 29th si suami meninggal...
Insya Allah sya doakan kamu tabah...
Sya penah merasakan kehilangan anak itu besar... But i know what u have been thru is harder...
Wassalam~
Bersabarlah Mawar,
ReplyDeleteSesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik utk kita. Sy juga beraya dgn 3 ank2 tanpa suami. Pd hari terakhir Ramadhan suami menyatakan dia ingin menceraikan sy.
Kita beruntung Mawar sbb kita ada keluarga, saudara mara dan kawan2 yg menyayangi kita dan menerima kita tanpa terma dan syarat.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Salam mawar,
ReplyDeletebersabar ya,,,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
salam kak mawar...
ReplyDeletesedih sy baca entry kali ni...apa pun harap akak sbr ye!!!pluk cium unt 2 puteri comei tue...
selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin
Dear Mawar,
ReplyDeleteSaya tahu kamu amat tabah...saya sentiasa doakan kamu agar sentiasa tenang dan tabah...demi embun dan kekwa......
selamat hari raya ...maaf zahir dab batin
salam akak..sedih n sayu sgt saya bace entry akak ni..akak sabar byk2 ye!! sy sntiasa doakan akak sentiasa kuat untuk embun dan kekwa!!
ReplyDeletetake care,
slmt hr raye, maaf zahir batin :)
Salam mawar.
ReplyDeleteSalam Idulfitri juga utk mawar dan anakanda tercinta..sayu dan sebak akk pabila membacakan entri ini..airmata akk x tertahan2 lagi..akk x boleh bayangkan kalau akk berada di tempat mawar..kehilangan org yg paling disayangi di saat kita sgt2 memerlukannya...segala2 bergantung kepadanya..Ya Allah..Kau suntikkan lah semangat dan ketabahan buat MAWAR..semoga dia boleh berdiri kuat demi membesarkan zuriat2 hasil cinta terindah yg sementara itu..semoga MAWAr dan NAFASTARI bertemu di sana..aminn Ya Rabbal Alamin...
Mawar..tabahlah kamu..ALLAH akan sentiasa bersamamu..
selamat hari raya gak..cantik nur berbaju blue black di aidilfitri..sabar yeaa mmg sukar kan nk kawal perasaan..harap nur selalu kuat dan tabah
ReplyDeletesalam mawar.
ReplyDeletesmlm ms bw, terjumpa dgn blog mawar. dlu sy penah terbaca blog nafastari. kini ditemukan pula dengan blog mawar nafastari.
sebak sy bila mengenangkan nasib embun & kekwa. namun syukur mereka ada ummi yg tabah utk bersama mereka.
doa sy semoga allah terus memberi kekuatan buat mawar dlm mengharungi kehidupan ini.
selamat hari raya. salam sayang buat kedua anak yg comel tu..
selamat hari raya mawar..comel sungguh puteri berdua berbaju kurung.apa yang mawar lalui memang tak tertanggung rasanya. semoga Allah sentiasa beri kesabaran dan ketabahan utk mawar.
ReplyDeleteSelamat hari raya mawar. Semoga mawar terus istiqamah dgn ketabahan ini, ameen.
ReplyDeleteselamat hari raya MAwar..semoga sentiasa dilimpahi Rahmat dariNYA~~
ReplyDeletesalam mawar, menanti entri terbaru mawar nie. Ya Allah, Kau lindunglah mawar, embun dan kekwa. Kau jadikanlah mawar bidadari syurga buat nafastari.
ReplyDeletemawar, selamat hari raya. semoga Allah permudahkan urusan mawar membesarkan puteri2 tercinta mawar dan nafastari.
semoga kebahagiaan abadi menjadi milik mawar dan anak-anak. seperti kata suami mawar, "sabar itu cantik,Mawar".
ReplyDeleteassalam
ReplyDeleteSesungguhnya ujian dariNya itu adalah tanda diri disayangiNya ..
Moga tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup ini.
semoga mawar sentiasa sabar yer
ReplyDeletesetiapa kali baca blog ni,
menitis air mata
tak tertanggung rasanya
walaupun bukan saya yang merasakannya
Salam,
ReplyDeleteSR je selama ni, baru ari ni nak drop komen sbb nak berkongsi rasa 'cemburu' tu.
Yer. Saya juga ada perasaan camtu Mawar, terutama tgk saudara mara, sepupu sepapat,yg mengendong anak kecil, ada yg membawa perut, tp saya, da 3 kali beraya, masih berdua dgn suami. Mmg sayu sgt, rasa mcm taknak keluar beraya. Takut org bertanya 'bila..bila'. Sgt tak indah.
Tp, apa pun terjadi kita kena redha. Harus ada hikmahnya kan (walo berat nak tulis word hikmah tu). sabar dan terus bersabar.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDear Mawar,
ReplyDeleteperit rasanya membaca penulisan Mawar sempena raya kali ni..
tak tertanggung rasanya..
tp Percayalah..
Dia tak memberi ujian-Nya jika hamba-Nya tak berkemampuan..
kuatkan semangat yaa..
Sabar dik, kuatkan jiwa ragamu. Dia sentiasa akan memayung mu dengan Rahmat dan Kasih SayangNya, pohonlah redhaNya, pedulikan kata orang. Kuatlah, kuatlah, kuatlah.... akak cuma mampu mendoakan ikhlas, tulus dan tak tergambar bagaimana kamu begitu kuat mengharungi semua ini. Akak masih ada 'kekasih' namun kehilangan dua putera. Pusara mereka pun akak tak mampu jejak sebab akak tak kuat. Tapi kamu, kuatnya kamu dik... membawa dua puteri pulang ke pusara ayahanda mereka... Syabas, Tahniah... allahuakbar
ReplyDeleteSalam Mawar...
ReplyDeleteSelepas sy baca blog mawar...hari2 sy menunggu update dari mawar...kisah hidup mawar really inspire me....membuatkan sy berfikir sejenak...membuatkan sy jadi wanita yg bersyukur dengan apa yg ada...hanya perkataan tabah yang dpt sy berikan kepada mawar...walaupun hanya Allah n mawar sendiri sahaja yg tahu betapa beratnya ujian ini...semoga mawar terus sabar ....embun n kekwa lah pengubat segala2nya..
Cikdee
salam mawar,
ReplyDeletehu3.. sedey jugakkkkkk... sabar itu sangat indah untuk kita sebatikan menjadi amalan yang hasilnya sangat bahagia. insyaallah...
i'm sad when u always write abt sad things..
ReplyDeletebut i'll be more so if you don't have any place to share your emotional burden with others..
if blogging abt it will ease the pain, then we are happy to share it with you just by reading it.
[ermm... tp i am more than happy to read abt ur progress, and the 2 cuties too! so do write abt it more yee! hehe]
salam kak mawar,
ReplyDeletesabarlah kak, Allah bersama org2 yang sabar. Saya doakan kak mawar akan bertemu kekasih kak mawar di syurga nanti.. Amin.
Hai Mawar..
ReplyDeleteSalam lebaran.. :) Moga Embun dan Kekwa menjadi anak solehah.. Mawar jaga diri elok2 ye..
salam aidilfitri buat mawar dan anak2
ReplyDeletewalau sy terlewat membaca entry ni, tp ianya cukup membuatkan air mata sy bertakung :(
Salam Mawar,
ReplyDeleteDah lama tak baca blog mawar then terus baca masuk pulak entry ni, sayunya. Anyway keep writing at least the lil' one ada memories about their father later on.