Monday, July 13, 2009

Basikal

Seingat aku, aku mulai ada basikal masa umur aku 4 tahun. Masa tu mama aku belikan basikal warna pink, ada bakul kat depan dan ada dua roda kat belakang. Disebabkan aku terlalu nakal masa kecik, aku cepat2 nak cabut roda kat belakang tu. konon2 dah terer naik basikal roda dua je. hehe..

Insiden jatuh basikal terlalu banyak kali sampai aku tak ingat dah berapa kali. Tapi yang paling aku ingat, aku naik basikal dengan jiran aku nama dia 'uda'.. (dia sebaya dengan abang aku). aku duduk dekat belakang, dia bawak pastu tetiba jatuh. Habis betis aku kena rantai basikal tu dan kaki aku tersangkut dekat roda belakang. Sampai sekarang parut jatuh basikal masih ada. :)

Kat sini aku nak citer betapa berjasanya basikal kepada aku. Waktu tu aku darjah 6, masa tu jadual harian aku sangat penuh. Pagi pegi skolah kebangsaan, petang sekolah agama, lepas balik sekolah agama, aku kena pergi kelas mengaji, then aku ke pusat tuisyen. Haha.. masa kecik2 dulu, hari minggu je aku dapat main. (walhal, kat kelas mengaji dan tuisyen main2 jugak!).
Aku ke kelas mengaji naik basikal dan ke kelas tuisyen, abang aku yang kedua (Aeh) akan hantar dan ambil aku dengan basikal dia. Seronok sangat bila teringat zaman kanak2. Berani dan aktif! Tak macam sekarang, nak keluar sendiri pun aku dah takut. kenapa la makin beso makin penakut aku ni ye? ;p

Bila dah sekolah menengah pula, ada aktiviti kokurikulum pada waktu petang, aku akan kayuh basikal ke sekolah. naik basikal mungkin dalam 15 minit baru sampai sekolah. Rumah aku nak ke sekolah tu berbukit2 jalan dia. biasanya aku akan tolak je basikal bila naik bukit. Basikal tu ada gear, tapi jarang sekali aku menggunakannya. Sekolah aku pula bukitnya curam, jadi aku selalu akan 'parking' basikal aku dekat rumah kawan aku cik hazimah. Rumah dia dekat sangat dengan sekolah. The best part bila balik, aku akan turun bukit. Masa ni la baru seronok bawak beskal. Tak perlu kayuh2, naik je, pastu basikal pun jalan.. pheww... best!!!!

Tiba2 sekarang ni aku duduk kat negara org, aku rindu dengan basikal aku.. Basikal yang aku kayuh pegi sekolah menengah dulu mama aku dah kasi kat orang. Marahnya aku, sebab aku terlalu sayangkan basikal tu. Tapi mama aku kata, buat apa nak simpan besi buruk, baik bagi orang.. huhu.. Sedihnya.. my basikal sudah takde, tapi kenangan basikal tetap ada dalam hati aku.

Missing u my basikal...
='(

1 comment:

  1. Suka lagu 'Basikal Tua' Arwah Sudirman tu...hahaha...

    Saya kecik-kecik dulu tada basikal sendiri pun. Nak kata ramai kakak & abang. Dapat lebih-lebih diorg jer lah...huhuhu

    Tapi saya tatau skrg saya reti naik basikal lg ker tak..Berkuru tak naik basikal dah...ha3

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023