Kesian kulit aku...

air di sini tidak sebersih di malaysia, air dekat paip rumah nmpak pada luarannya macam ok je, macam jernih, bersih.. tapi bila dibiarkan di dalam baldi, kita akan nmpak kesan minyak macam terapung skit dan ada pasir di bawah baldi (walaupun baldi itu sebelumnya takde pasir) tersangatlah geli dan rasa kotor bila tgk air macam tu. tapi nak buat macam mana. itu aja sumber air yang kami ada. itu pun setelah ditapis, masih ada kotoran juga. kami di sini terpksa membeli air mineral untuk masak air, atau masak apa2 makanan. tak boleh guna air paip la nak masak air.. sbb nanti confirm kena malaria. Di sini mereka menganggap malaria itu satu penyakit yang normal. kalau kat negara kita, malaria tu dah kira kronik juga la.. huhu.. pakistan oh pakistan..

air paip kat sini juga ikot musim.. bila panas, air yang mengalir pun jadik panas.. tapi bila dibiarkan buka lama2, akan jadi suhu normal semula. huhu.. masa ni la baru nak menghargai air. bila di negara sendiri tak pernah sedar kepentingan air yang bersih tu.

Disebabkan sekarang musim panas, kulit aku hbis jadik kering dan gatal2. makanya sekarang ni aku pun dah rajinla meletak krim dan losyen kat badan. wahaha.. menjaga kulit punya pasal la kan. kalau tak letak, memang semakin worse la kulit ni, dah rupa ikan bersisik. kalau dulu, nk letak krim punyalah malas..Hm,En amad pula lagilah kesian, sampai kulit tangan dan kaki dia jadi macam menggelupas. Sekarang ni dia terpaksa makan meggunakan sudu dan garfu sbb kalau kena kuah yang pedas rasa pedih la.. kesian... jadi orang puteh la dia skg ni. ;p

Comments

  1. alamak.. keciannya... dugaan tu..
    xpe pengalaman... moga kalian sihat2 & berbahagia selalu di sana ya..
    di sini sibuk dgn H1N1.. cepat btul merebak... nauzubillah... mohon lindungan dariNya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!