Sunday, July 19, 2009

Cerita Sebelum, Selepas dan Sekarang

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni, tapi asyik tergendala je sbb ianya memerlukan mood dan masa yang agak sesuai untuk aku tulis pasal ni. Em pasal apa ye? jen jen jeng... sapa boleh teka? aku nak cerita pasal apa? For the intro, aku flash back skit cerita dulu2,

waktu tu aku di tahun 3 semester kedua kat universiti. Sebelum aku bertunang, seorang kawan aku- 'makcu' bertanya kat aku;

makcu : er, ko dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab nanti? ko pasti nak kawin?
aku : yep, pasti! (dengan yakinnya.. hehe)
makcu : ko dah ready nak jadi seorang ibu? melahirkan anak??...
aku : inshaAllah, semua org kahwin pasti nak anak kan? :)

dan.. yess, alhamdulillah, makcu, i made it!
now i am a mother!
dan... skarang aku nak share pengalaman aku menjadi ibu. :)

SEBELUM

Sebelum bersalin, atau lebih tepat aku bole kata, masa mengandung lah, macam2 alahan aku kena dan telah pun aku tulis kat blog ni kat entri yang dulu2. Kena plak duduk hospital masa aku mengandung 7 bulan sbb placenta previa.Hampir 2 bulan lamanya memang satu penyiksaan buat aku. Lagi kesian kat laki aku, dah la baru kitorang nak duduk bersama, tetiba aku kena duk hospital plak. waktu melawat plak limited. Bila teringat rasa nak menangis je sbb pengorbanan yang dia dah buat kat aku. ulang alik hospital 2 kali sehari selama hampir 2 bulan tu. Aku pula kadang2 terlebih sensitif, stress je duduk hospital.. tapi masa tu aku cuma berharap kami(aku dan anak) selamat. Jadi aku kuatkan jugak la semangat aku untuk bersabar duduk di hospital..

Doktor pula dah set tarikh pembedahan untuk aku pada 12 April 2009. Kiranya masa tu doktor kata dah takde harapan dah placenta nak naik balik. Alhamdulillah, Dia Maha Berkuasa, Allah yang menentukan segalanya. Seminggu sebelum tarikh bedah, doktor scan dan tgk2 placenta dah kembali normal. Syukur sgt! maknanya aku boleh bersalin normal dan aku boleh pulang ke rumah. Tak sampai beberapa hari kat rumah, air ketuban aku bocor skit2, trus pegi hospital balik. Masa tu dah rasa excited dah sbb petanda baby nak keluar dah ada!

Tapi kena plak tunggu sehari pastu, doktor kata aku kena induce(masuk ubat) sbb nak elak jangkitan kuman kat bayi. Air ketuban dah bocor, jadinya takut kuman masuk pelan2 kat tempat baby. Aku cuma berserah, yang mana terbaik buat aku dan baby, aku terima aja. Beberapa jam lepas kena masuk ubat tu, tiba2 air ketuban aku bocor dengan banyaknya. Waktu tu aku baru habis solat zohor. Bila nak bangun lipat telekung je, tiba2 aku rasa macam aku terkencing dengan banyaknya. Air meleleh banyak sangat. Terkejut aku dibuatnya sbb air tu bukan putih jernih macam orang selalu kata yang air ketuban ni jernih je. Tapi air aku bercampur darah. Huhu.. seriau aku dibuatnya. Tapi sbnarnya tak sakit pun masa keluar air tu.

Lepas pada tu, aku kena check ngan doktor. Nak tengok bukaan jalan baby nak keluar. Tapi disebabkan aku ni penakut sgt, doktor tak dapat pun check berapa cm dah terbuka. Huhu, kemudian aku disuruh rehat kat katil. Lepas pada tu, sakit pinggang yang amat sangat datang menyerang. Setiap 5 saat kot sakit tu datang. Sakit dia tak boleh nak citer la. Aku pegang baju akak aku kuat2 macam nak terkoyak dah baju dia. Mama aku dan laki aku urut pinggang aku pun tak jadi apa sangat, sakit dia Subahanallah, Allah je yang tahu.

Dan yang paling best, tengah2 sakit tu, tiba rasa nak terberak plak. Pastu tengah sakit2 tu trun katil aku gi jalan ke tandas juga. Yang pelik nya dah sampai toilet, tak leh berak plak. Sembelit ke apa aku ni? hm.. then aku pegi balik katil semula. Tahan sakit pinggang lagi.. Bila sampai waktu maghrib plak, aku kena buat CTG( check jantung baby) selama lebih setngh jam. Aku disuruh baring dan nurse akan ikat perut aku ngan tali+ alat untuk dengar jantung baby serta contraction.Bila ngah buat tu, sekali lagi rasa nak terberak. Sakit pinggang masih menyerang. Huhu.. tak reti nak cakap macam mana sakit dia. Aku tak boleh duduk diam masa dia ikat perut aku time CTG tu. Jadinya mereka susahlah nak baca baby punya jantung. Kemudian aku disuruh rehat ke katil dan datang semula lepas isya'.

Dalam pukul 9 malam camtu, aku disuruh baring semula kat katil buat CTG. Tak sampai berapa minit baring, aku nak terberak lagi. Kemudian aku turun dari katil dan merangkak ke toilet. Tiba ada nurse yang perasan dan trus suruh aku naik ke katil semula. Dia kata, "Eh, kenapa awak merangkak ni? awak ni ntah2 nak bersalin dah kot?" kemudian saya jawab,"saya nak berak, bagi saya berak dulu".. dan nurse trus pegang saya dan angkat saya ke katil untuk check bukaan. Ada dlm 5 org nurse kot yang kerumun saya waktu nak check bukaan. Tiba2, nurse tu kata,"eh, dah 8cm dah ni.. cepat hantar labor room!, awak ni nak beranak dah, jangan teran lagi.."

Aku blur sangat waktu tu, yang aku tahu aku nak terberak dan sakit pinggang masih belum sembuh. Buat yang tak tahu, kalau bukaan dah sampai 10cm, maknanya dah boleh keluar baby. Aku terus kena hantar ke labor room. Seingat aku, waktu tu jam pukul 10.30 malam.Sampai je labor room, Aku kena duk atas katil bersalin dan sekali lagi, aku nak berak! Doktor pun datang, dan terus suruh aku teran. Aku kata dengan doktor, "bagilah saya berak dulu.." doktor kata,"takpe, awak berak kat sini je".. aku pun jawab "malula saya doktor, nanti berbau.." huhu doktor pun kata "takpe, awak nak beranak dah ni"..


Doktor trus suruh saya teran, tapi saya takde kekuatan. Pastu nurse panggil laki aku masuk, dan terus semangat itu datang. Aku teran mcm org kena sembelit,(walaupun masa tu kena marah2 dengan doktor). Aku malas nak citer yang tak best kat sini. Senario waktu aku bersalin boleh dibaca disini.Masa tu tak ingat apa dah, cuma baca ayat "laillahaillah anta subhanaka inni kuntuminazolimin" dan pelan2, baby pun keluar.. Alhamdulillah..tepat pukul 11.22 pm aku selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel dan beratnya 2.4kg. Laki aku amik dan iqamatkan dia.

~ To be continued ~




11 comments:

  1. yang...best gile bace cite u!!! tergelak kuat lak tu...dh lah pg dh ni...sume tdo tp kite gelak soang...tang yg doc suh berak atas katil tu tak tahan...klakar ko ni...kire nk berak tu is tande nk kuar baby eh? sakit gile kan.... aduh tak dpt bayang...tp lega bile tgk baby lah

    ReplyDelete
  2. Shereen, mmg kelakar bila ingat balik. rupanya kalau dah masa baby nak keluar tu kite akan rasa macam nak terberak. Sebenarnya bukan berak pun aku masa tu, tapi beranak!! hehe...

    ReplyDelete
  3. Baya, seriau dengar pengalaman awak nie....Takuuuuuuttt!

    Kakak saya pernah cter gakss...Dia pun ckp tatau nk ckp sakit yg mcm mn..Yg penting ia adalah kesakitan yg tak pernah dia rasakan sblm nie...

    Nway, awk mmg KUAT!!!
    Tahniah for having Nadaa with you now.

    ReplyDelete
  4. aaa....makin takut nk beranak...
    mawar, klu awk bg rating sakit beranak ni nk bg berapa out of 10?

    ReplyDelete
  5. Huhuu.. tak boleh cakap la.. mungkin 11/10... bole tak? ;p

    its ok areej,setiap penyakit tu ada penyembuhnya.. sakit kejap je, bila dah keluar baby, trus lupa sakit tu... :)

    ReplyDelete
  6. Kelakarnye cerita awk....mcm saya mula2 nk bersalin camtu jgk. he...he...

    ReplyDelete
  7. hahahhahahahaa..
    yg ptaam2 aku cukup tharu NAMAAAAKU...ek ingatla ko yeee
    AKU JAA YG TAK SEDIA2 hahahhahha


    ko nak berak...
    euwwww.. kalo aku jadik doktor, aku suh jaa ko berak kat situ hahahahhahaa
    comellll gilee..


    sheen: ko tak sabau nak berak kan kann

    ReplyDelete
  8. macam mana la pengalaman ku nanti???
    tak sabarnya..tapi takut gak..

    ReplyDelete
  9. hehe lucu baca citer mawar.. Tapi hanie lak rasa seriau ni.. Nak dekat dah bulan 10 ni..

    ReplyDelete
  10. aaaaarrghh....11/10?????!!! tu la, br2 ni tny biras sy yg br beranak tu...dia ckp 15/10...haiiyaa...takuttnyeerr...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum mawar,
    Untuk pengetahuan mawar, akak ni dapat alamat blog ni dari ipar mawar. Akak adalah pesakit buah pinggang hospital serdang.(Tentu mawar boleh agak siapa ipar mawar tu.)
    Akak cukup terhibur membaca blog mawar dan blog suami mawar. Bila akak baca pengalaman mawar bersalin, bahagian 'rasa nak berak tu' paling lucu. Agaknya begitulah juga kaum-kaum ibu yang melahirkan anak secara normal berasa macam nak berak. Akak semasa rasa nak berak, siap ajak suami balik...nak berak kat rumah...biar rasa selesa lagi...siap malu dengan doktor yang menyambut bayi, takut-takut betul-betul keluar .....(ek ek). Tapi pernah akak ceritakan pada seorang kawan yang lebih senior pengalaman akak ketika melahirkan anak, sikit saja jawapannya tapi cukup berkesan..."Allah nak bagi kita rasa nikmat bersalin... lihatlah orang yang tak mampu melahirkan anak....". Untuk mawar, tahniah kerana telah berjaya menjadi seorang ibu......

    Akak
    Serdang

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023