Kunjungan ke Faisal Mosque

Faisal Mosque sangat berdekatan dengan rumah kami rupanya.. tak sampai 5 minit naik kereta boleh sampai ke sana. Selepas en amad solat maghrib di masjid berdekatan kawasan kejiranan kami, dia pun mengajak aku dan Embun ke Masjid Faisal. Dia teringin nak solat isya' kat sana dan aku pula teringin juga berjemaah di sana. tapi aku terlupa yang sekarang kami dah ada anak kecil. jadi, hasrat untuk berjemaah sekali tak jadila..

Di masjid tu ramai sangat pengunjung. bole ke aku panggil pengunjung? sebenarnya lebih banyak orang jalan2 melihat masjid dari berjemaah bersama. sebab itu aku kira mereka tu macam pengunjung je. Dah habit orang Pakistan berkhelah dan melepak di atas rumput, makanya tidak peliklah jika kami sampai, kami lihat ramai yang duduk berkhelah dan melepak di atas rumput berhampiran masjid tu. Kebanyakkan orang yang datang ke masjid tu biasanya orang yang luar dari Islamabad. Mereka juga bangsa Pakistan cuma berlainan daerah. Jarang pelancong asing datang ke sana.

Malam itu, aku hanya menunggu en amad solat berjemaah. Aku dan Embun menunggu di atas tangga di depan ruang solat. Sementara menunggu, aku seolah2 jadi macam artis pula. Ramai yang memandang aku dengan gaya yang tak pernah tgk orang. Yang lucunya, mereka pandang bukan dari jauh, tapi mungkin dalam 2 langkah berdekatan dengan aku. Seolah2, aku ni objek aneh yang mereka tak pernah tengok. Huhu.. Seram sejuk aku dibuatnya malam itu. Ada juga yang menegur aku. Mereka ingatkan aku ni orang Cina dan berkahwin dengan orang Muslim. Heh..

Mungkin muka aku ni ada a bit chinese dan mungkin juga kerana pakaian aku agak berlainan dari mereka. Kebanyakkan orang mereka, atau boleh dikira majoriti orang perempuan di sini akan memakai pakaian rasmi mereka seperti 'salwar khameez' (baju punjab, seluar dan selendang). Malam itu aku hanya memakai kemeja dan skirt labuh dan semestinya bertudung!. :) Tapinya, aku masih kelihatan aneh bagi mereka agaknya. Ada yang mendekati aku semasa aku duduk tunggu en amad selesai solat dan memandang aku tanpa berkelip. Hm, hanya Tuhan saja yang tahu betapa tidak selesanya aku. Mungkin juga selepas ni aku pun kena berpakaian seperti mereka untuk tidak menjadi perhatian lagi atau mungkin aku harus berjubah dan berpurdah saja????? :)

Comments

  1. Kita sebaya la, tapi saya kena bahasakan Puan Mawar. Hehe menjadi perkara biasa apabila kita berada di tempat asing kita dipandang asing juga. Buat bodo je tapi jangan lokek senyuman. huhu kalau nak amek hati mereka, belajarlah bahasa mereka :)

    ReplyDelete
  2. Pakai purdah je! I don't mind, really. ;-)

    ReplyDelete
  3. haha.. kelakar btull... boleh bayang mcmna gaya org tengk kita dari dekat..
    abis tu mawar tentang mata tak dgn diaorg.. yang tgk2 tu L ke P?
    a'a en amad dah bagi lampu hijau tu..pakaila..hihi

    ReplyDelete
  4. mmm bab pakai purdah ni subjektif

    ReplyDelete
  5. Nurlulu, inshaAllah kami akan mengikuti kelas belajar bahasa urdu tak lama lagi. oh ye, saya lupa nak citer kat entri yang sebenarnya bila mereka pandang saya, saya hanya senyum kepada mereka. InshaAllah, semoga saya tidak akan pernah lokek dengan senyuman :)

    Nafastari, hohoho!

    Firjah, saya hanya senyum kepada mereka yang memandang saya. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!