Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku semasa berjalan2 kat ibunegara Pakistan ni..
Em, ada satu hari minggu tu, kami sekeluarga nak pegi melawat tempat yang menarik kat Islamabad ni.Kami ditemani jiran kami- Bilal. Nama tempat tu Daman-e-Koh dan Pir Sohawa. En amad pernah tulis dalam entrinya sebelum ini pasal tempat tu, jadi aku nak mengulas panjang pasal tempat ni pun rasanya tak perlu kot. Pembaca sekalian bolehla baca di sini. Cuma, aku nak citer al kisah aku sepanjang perjalanan kami ke sana.
Tempat tu memang menarik, cumanya tempat solat untuk perempuan tidak disediakan. Kebanyakkan tempat surau atau masjid di Pakistan ni tak menyediakan tempat untuk perempuan bersolat. Bagi mereka, perempuan tidak perlu ke masjid dan harus solat di rumah sahaja. Memang betul la perempuan tak diwajibkan ke masjid, tapi macam mana pula kalau kita tengah jalan2 pastu dah masuk waktu, tak boleh solat dalam masjid yang disediakan?.. hanya lelaki sahaja yang dibenarkan.
Kebetulan waktu kami ke tempat tu dah petang, pastu maghrib dah masuk, jadinya kami nak solat maghrib la dulu sebelum balik. Aku dah ready dengan wuduk dari rumah, jadinya hanya perlu cari tempat untuk solat. Bila nampak tanda masjid kat papan tanda, aku dah lega, boleh la aku singgah nak solat. Sedang aku nak turun dari kereta untuk ke masjid tu, tiba2, Bilal bagitau yang masjid di sini hanya untuk lelaki, dan selalunya ibunya hanya solat dalam kereta jika mereka berjalan jauh.
Aku takde pilihan lain dah waktu tu. Masa tu kami di Pir Sohawa, tempat di situ sangat sempit dan tiada tanah lapang untuk aku solat sendirian. Akhirnya aku ambil keputusan untuk solat dalam kereta aje la... huhu.. Kalau tak solat, nanti aku akan terlepas pula solat maghrib.
Sama halnya bila aku keluar berjalan2 dengan kawan2 perempuan (malaysian). Waktu tu kami tengah shopping sakan beli kain. Kami keluar rumah pukul 5.30pm. Asar di sini pukul 6.15pm. Tengah syok jalan2, masa berlalu dengan cepatnya,waktu Asar dah nak habis, dah hampir masuk maghrib. Aku masih di luar, nak cari tempat solat untuk perempuan takde juga, dan sekali lagi, aku solat Asar di dalam kereta!

sampai mcm tu sekali...
ReplyDeletesabarlah ye..mmg budaya masjid lain,ikut masyarakat disana..maknanya aini solat duduk dalam keta lah ye?
yep, saya solat duduk di dalam kereta je. Sesuatu yang tak pernah saya jangka untuk buat. memang satu pengalaman yang baru buat saya. Banyak lagi yang saya perlu belajar tentang budaya org sini.
ReplyDeleteDulu selalu solat dalam keretapi..Dari Tanah Merah, Kelantan pukul 7.17ptg. Sampai N9 pukul 3 pagi...Solat maghrib dan isya' dalam keretapi..Kkdg solat kat surau, kkdg solat kat seat...pening kepala dan sgt susah nk amik wudhu..(toilet share & sgt kotor)..
ReplyDeleteApapun solat tiang agama...Smg Allah kuatkan hatiku utk solat walau dalam apa keadaan macam mana pun..Amin