Tuesday, January 5, 2010

Rohtas Fort

> Here is the map....

Cuti Krismas yang lepas, kami sekeluarga dan seorang kawan malaysia bercuti ke Lahore.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Islamabad ke Lahore. Dalam perjalanan ke Lahore, kami singgah di Rohtas Fort. Kota lama yang dibina pada zaman British dahulu. Tempat itu lebih kepada kubu pertahanan orang zaman dulu. Bangunan yang dibina masih kukuh dan meninggalkan sejarah yang amat dibanggakan oleh rakyat Pakistan.

Di sana juga terdapat pemujaan kubur. Mereka di sini ada yang percaya bahawa jika berdoa di kubur wali dan kemudian mengikat kain di atas pokok berdekatan kubur wali, doa mereka akan dimakbulkan. Wallahua'alam.. Apa pun,saya amat terpegun melihat keunikkan seni bina dan pemandangan yang cantik di sana. Subahanallah.. memang rasa seperti berada di zaman silam.Di bawah ada beberapa gambar untuk tatapan pembaca.. selamat mengembara ke kota Rohtas... :)


lubang ini adalah lubang dimana orang zaman dulu kena potong kepala. Tempat ini sangat tinggi dan saya terduduk seketika bila memandang ke bawah.. Gayat!!!!!!!!!!!!....
Ada gaya video klip hindustan tak? ;p


pintu gerbang Muzium Rohtas...dalam muzium tu takde apa sangat, cuma pedang2 je..

Pakcik Local Guide dan Niaz Ali, pemandu kami.. berjasa sungguh mereka ni..

such a beautiful fort isn't it?

Ok, itu saja pengembaraan saya di Kota Rohtas... Kita mengembara lagi ke tempat lain nanti ye....
------{@
mawaradventure






No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Raya 2023