warna biru muda.... tengah pregnantkan embun 3 bulan.... |
Tahun 2009 pertama kali beraya bersama Embun, dan raya di perantauan..
Raya tahun 2009 , takde tema colour, baju pun tak tempah sebab tak sempat, takde tailor pandai jahit baju kurung.. first time Embun beraya, and first time us as parent.. :) |
Sungguh kebetulan yang tak disangka... berbaju hitam ... dan gambar "kuda" di belakang..... dan gambar ini sentiasa menjadi gambar favourite saya dan dia.. |
Dan tahun ini..dah plan nak beraya kat Malaysia.. dah 2 tahun tak balik raya, jadi nafastari sempat membelikan kain untuk dibuat baju raya untuk kami berempat.. kami beli material di Faisalabad, Pakistan januari lepas.. saya yang memilih warna tema keluarga kami tahun ini... dan warnanya.."blue black"... asalnya saya mahukan kelainan, kononnya mahu nampak elegant and simple dengan warna blue black.. rupanya ianya warna kami berkabung tahun ini... huwaaaaa.....
Raya dah tak best.... huhuhuhu... tahun ni pertama kali embun menyambut raya di malaysia... dan pertama kali juga bagi kekwa... tapi pertama kali juga untuk kita menyambut tanpa ayah... nanti kita jumpa ayah kat kubur ya... ummi harap ummi dapat control emosi ummi bila ziarah kubur ayah nanti... ya Allah.. rindunya......
Selamat hari raya Nur dan anak-anak, kirimkan salam saya satu keluarga pada arwah bila Nur menziarahinya nanti. Semoga keluarga Nur dan arwah dirahmatiNya, amin :)
ReplyDeleteSelamat hari raya mawar. Maaf zahir batin.
ReplyDeletesemoga selamat dalam perjalanan.
ReplyDeletetabahkan hati kuatkan semangat
byknya pertama kali kan....ya Allah sayunyaaa terasaaaa...sabar yeaaaa.
ReplyDeleteselamat hari raya untuk Nur dan anak2... kuatkan hati Nur untuk anak2 ye dik.. akak doakan yang terbaik buat Nur sekeluarga..
ReplyDeleteAllah bagi dugaan sesuai dengan keimanan seseorang... kuatkan semangat.. takpe menangis jika itu boleh melegakan.. kerana kadangkala menangis boleh memberi kita keinsafan terindah..
rindu memang tak akan pernah padam Nur.. semoga roh arwah tenang di sana..amin..
Selamat hari raya Nur..untuk anak2 juga Nur juga.. Semoga Nur menjadi wanita yang tabah setiap hari.
ReplyDeleteKenangan bersama arwah memang susah untuk dilupakan sebab setiap darinya indah belaka dari penceritaan Nur.
Nur wanita yang kuat..!!!
SELAmat HAri RAYa untuk nur sekeluarga.....
ReplyDeletedear sis, meremang sy bce entry akak kali ni, sgt sayu n sedih..akak sabar byk2 ye..berat mata yg memandang, berat lg bahu yg memikul, slmt hr raye akak, kuatkan semangat..sy doakan yg terbaek utk akak..takecare, smile :)
ReplyDeleteYa Allah, Engkau angkatlah darjat hamba Mu Aini Nurbaya.. Engkau utuhkanlah lagi kesabaran dan ketabahan dlm hatinya demi puteri2nya... Amin
ReplyDeleteSungguh, berat mata yg memandang, hanya bahu yg memikul merasa betapa berat dan saratnya...
InshaAllah, time will heal Nur...
assalammuaalaikum
ReplyDeletekak...kuat ya akak.:-)
adik sayang akak.."hugs"
kak mawar selamat hari raya..tabahkan hati k..semua org take care pd akak k..aisha
ReplyDeleteSelamat Hari Raya ye Mawar..semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan diberikan kekuatan dalam meneruskan kehidupan bersama anak2..Amin3
ReplyDeletetak boleh nak bayangkan betapa sedihnya mawar berhari raya tahun ini. semoga Allah bagi ketabahan untuk mawar.
ReplyDeletesalam adik mawar,
ReplyDeletesepanjang membaca luahan adik, tak terkira berapa kali akak menyeka air mata. kuatnya adik, tabahnya adik, Allahu Akbar. sungguh Allah pilih adik kerana adik mampu menempuh dugaan hebat ini walaupun adik sama-sekali tidak menyedarinya.
akak juga baru mengalami kehilangan. teman istimewa akak meninggal dunia pd 11 mac 2011. 10 tahun kami berkawan, ada kenangan suka duka dan impian, tapi tak kesampaian. selepas 2 bulan dia pergi, ayah akak pula menurutinya. hidup terasa kosong dan hilang arah. ada masa akak rasa terlalu lemah, tak mampu utk berdiri pun, apatah lagi utk melangkah.
utk mengubat hati, akak banyak membaca dan belajar tentang hakikat hidup dan kematian, tentang dugaan dan hikmah, tentang manusia dan Tuhan. dalam suhaibwebb (salah satu web kegemaran akak), penulis bertanya, apa yg akan kita lakukan bila melihat anak kita terlalu leka bermain? tentu kita akan ambil permainannya untuk mengalihkan fokusnya kpd kita. begitulah yg Allah sedang lakukan pada kita, dik. Allah mahu kita bergantung penuh padaNya, Allah mahu kita sentiasa berbicara denganNya. Allah gunakan pelbagai cara untuk tunjukkan kasih sayangNya pada kita, dik. dan sekarang Allah sedang menunjukkan kasih sayang pada adik. percayalah.
moga adik terus kuat, terus tabah dan teruslah berbicara dgn Allah. tiada siapa yg dapat memujuk hati kita dan tiada apa yg akan dapat mengubat kesedihan dan rindu kita pada yg dah pergi, melainkan kebergantungan kita pada Allah.
moga Allah tidak putus memberikan kekuatan. untuk akak juga.
wassalam.
Slmt hari raya Aidilfitri buat Mawar.moga Allah memberikan kekuatan buat Mawar utk terus tabah demi masa depan anak-anak.semoga keletah dan senyum gurau Embun dan Kekwa mampu menceriakan Mawar ...
ReplyDeleteslmt hari raya... jgn sedih2 sgt k.. hari raya kan utk rasa gembira dan ceria.. insyaAllah, arwah berbahagia di sana...
ReplyDeleteSelamat Beraya...Semoga tabah menghadapi segala kemungkinan....
ReplyDeleteBaya masukan banyak2 gambar embun dan kekwa berbaju raya ek.. mesti comel sangat!! Selamat hari raya untuk baya anak2 serta keluarga. Tabah dan sabar dear..
ReplyDeleteSemoga Mawar sentiasa tabah.
ReplyDeletebe strong kak mawar,semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmatNya.Selamat hari raya, maaf zahir dan batin :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteselamat hari raya..
*folo ur blog
selamat hari raya nur..... semoga nur x bersedih di hari raya nnti yer....pastinya ragam embun n kekwa akak mengubat kesedihan hati nur....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya
ReplyDeleteSemoga tabah menghadapi hari mendatang.
Jangan terlalu mengenang, serahkan segalanya kepadaNYA, simpan rapat2 dalam hati. Lepaskan yang telah pergi, kirimkan doa sentiasa. Semoga yang tingal dan yang pergi tenang dan berbahagia.
Maaf zahir batin.
Tp kali bce blog ni, airmata lju je nitik. Al-Fatihah utk arwah.. Smg akak & anak2 drahmatiNya..Aminn Ya Rabal Alaminn
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat mawar...
ReplyDeleteAkak doakan semoga mawar sentiasa tabah dan kuat semangat dan al-fatihah untuk arwah.
go baya, baya boleh!
ReplyDelete