Thursday, December 15, 2011

Wasiat seorang ayah

Setahun yang lepas, dia sibuk menulis sesuatu di blognya..
selesai menulis, dia akan membiarkan laptop terbuka dan terus pergi ke dapur.. kononnya mahu ambil air..tapi aku tahu itu hanya helahnya mahu aku baca posting terbarunya di blog kesayangannya itu...

Aku duduk di hadapan skrin laptop dan membaca postingnya itu..

Selesai membaca, dia duduk di sebelah aku dan tersenyum..
"Nur, bijak tak i tulis macam tu?.. bijak kan, kan??!!!"....

Aku hanya tersenyum dan berkata .. "eleh, mesti terpengaruh dengan komen syed zul semasa entri buat Embun dulu kan?...

Dan kami sama-sama ketawa...
bahagia... sangat bahagia...
Punya dua orang anak di usia muda... punya suami yang menyenangkan dan membahagiakan..
Tapi aku leka dengan hadiah Allah beri.. terlalu bahagia sampai aku lupa semua ini pinjaman dariNya...

Sampai masa, Allah nak ambil dia pulang..
Aku baru teringat, ini semua pinjaman...tiada apa yang kekal di dunia..Ini juga tanda Allah sayang pada aku dan dia.. Allah mahu aku beringat padaNya..sentiasa mengadu padaNya.. tidak alpa dengan kebahagiaan dunia...

Macam tu juga kita buat pada anak kita.. bila anak kita leka bermain sampai tak mahu makan, kita ambil mainan dia, dia menangis2..tapi kita mahukan yang terbaik buat anak kita, kita mahu dia makan dan sihat.. begitulah juga Tuhan kita, mahukan yang terbaik buat kita.. 

14 comments:

  1. nur...sy tersentuh dgn entri ni :( di saat sy sekarang ni tgh brsedih sbb bakal berjauhan dgn suami, mujur tersedar ada yg lebih hebat diduga dr sy :(

    ReplyDelete
  2. semoga embun dan kekwa akan terus membesar dengan baik dan nur dilimpahkan kesihatan dan rezeki dari Allah..moga Nafastari juga akan terus tersenyum disana..

    ReplyDelete
  3. semoga nur terus kuat, dan percayalah walaupun kita tak kenal tapi kisah nur buat saya menghargai apa yang saya ada dan terus beringat bahawa apa yang kita miliki hanyalah pinjaman sementara..

    ReplyDelete
  4. kabahagiaan itu satu pinjaman yang indah.. ianya membuatkan kita bersyukur ketika merasainya juga terus bersyukur ketika kita kehilangan kebahagiaan itu.. terima kasih ALLAH..

    ReplyDelete
  5. benar kan.. kadang2 kita selalu terleka dengan nikmat yg diberikan..

    sy lihat, orang yg baik, selalu pergi dulu.. hurm...

    ReplyDelete
  6. kenangan terindah menjadi teman setia..

    ~Suraiya~

    ReplyDelete
  7. salam nur..betul kan..saat kita bahagia bersamanya dulu..tak menyedari bahawa itu semua satu pinjaman..tak mengingati saat kematian yang bakal menjenguk bila2 masa..ermm..alhamdulillah..bila diuji begini..terasa sgt menghargai apa yg kita ada..dan sentiasa merasai bila pula tibanya saat kita..utk kembali padaNYA..

    ReplyDelete
  8. saya baca,kemudian saya teringat kat isteri,anak dengan bakal anak kedua saya~~sebak sikit~~

    ReplyDelete
  9. semoga tabah mawar.... Sebak sangat sampai tak tau nak kata apa... semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman... amin... AL-FATIHAH...

    ReplyDelete
  10. Salam Mawar, akak tau pasal blog ni dari link di blog Hanis Azla. Semoga tabah menghadapi dugaan dariNya..Al-Fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  11. salam..tersentuh dan sebak baca entri ini..

    ReplyDelete
  12. sungguh cantik susunan ayat Mawar..Bakat menulis seperti Nafastari.
    Hasil tulisan dari hati dan perasaan yang mendalam, membuat pembaca sebak membacanya...

    ReplyDelete
  13. ‎"Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika engkau mencintai-Nya. Engkau akan mencintai-Nya jika engkau mengenal-Nya. Semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan, semakin tinggi pula darjatmu dan semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri. Kerana itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah adalah orang yang paling mengenal-Nya".
    [Al-Hakim Al-Tirmidzi]

    may Allah bless u always akak :)

    ReplyDelete
  14. sabar yer kak,semoga Allah kuatkn semangat akak utk tempuhi segala dugaan...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023