Tuesday, May 17, 2011

Kita Esok

macam mana la keadaan kita esok bila kita mati ek.. mampu ke kita jawab soalan2 malaikat nanti dalam kubur?...

sejak dia meninggal.. aku banyak memikirkan tentang kematian... sangat...rasanya setiap hari .. pasti terfikir, mcm mana la dia kat dalam sana... apa yg akan berlaku kalau kita pun sama kat dalam tu.. banyakkah amalan kita di dunia ni?.. hmm..

dulu, arwah sepupu aku meninggal semasa dia 17 tahun.. belum sempat pun ambil spm.. dia perempuan, setahun lebih muda daripada aku.. mula2 dengar dia sakit telinga je.. lepas tu dia masuk hospital, katanya sakit tu berjangkit ke otak pula.. tak lama lepas tu dia meninggal... masa tu aku rasa mcm tak percaya, dia terlalu muda untuk pergi.. dia pula seorang yang pendiam.. tak ramai kawan, tapi seorang anak yg baik. Sejak tu aku dah mula terima hakikat yang kita ni bila2 masa je Tuhan akan ambil nyawa.. tak kira usia, tua atau muda, bila dah sampai masa, kita akan dijemputNya.

berbalik kepada cerita aku duk memikirkan bagaimana alam kubur itu, aku pun baca buku tajuk "alam barzakh".. bila baca, mesti mengalir air mata, teringatkan keadaan dia.. teringatkan keadaan aku nanti.. teringatkan keadaan saudara mara yang telah pergi...

Semasa aku belajar di uiam, pernah lecturer aku berkata, "bila solat, cuba kita bayangkan kita sedang memakai pakaian kain kafan, serba putih, dan bayangkan kita sudah mati, kita sedang berhadapan dengan Tuhan dan bacaan di dalam solat itu hendaklah kita memahami maksudnya"

Benar, jika kita berbuat demikian, akan timbul rasa takut, rasa penuh pengharapan pada Tuhan supaya kita tergolong dalam golongan orang yang beriman. Bayangkanlah, setiap solat itu mungkin solat kita yang terakhir... bayangkanlah bacaan di dalam solat itu adalah pahala amalan kita.. setiap bacaan di dalam solat itu adalah penyelamat kita di alam barzakh itu..

Mudah-mudahan bacaan fatihah daripada ku, keluarga dan sahabat semua untuk arwah menjadi penyelamat dia di alam sana...

Wallahua'lam...

7 comments:

  1. dgn m'baca blog awak & arwah makin m'buatkn saya memikirkn alam akhirat. tentang amalan, ajal & maut, tentang ilmu akhirat, tentang bekalan utk kesana..
    sy sgt kagum b'cara blog arwah sepanjang dia di Islamabad. Dia penuh yakin m'bidas & menegakkan agamanya. menunjukkan kejahilan masyarakat islam di sana. betapa beruntungnya kita dilahirkan di Malaysia. betapa dia x mahu kekwa terus menjadi ank islamabad walau dia dilahirkan di sana.
    Dlm blognya juga dia b'harap 1 hr nanti bila ank² dh bsr.. dia akn bw mereka kembali ke sna utk melihat tmpt kekwa dilahirkan.. rumah yg pernah mereka duduki.. kawasan permainan mereka..
    Dan sy percaya, mawar juga pasti ingin kembali ke sna 1 hari nanti.. terlalu banyak memori keluarga anda di sna. Semoga mawar dpt m'harungi hari mendatang dgn tabah & sabar. bangun semula dgn sedikit semangat & keyakinan yg ada demi Embun & Kekwa.

    ReplyDelete
  2. kuatkan semangat awak..berat mata saya memandang, berat lagi jiwa awak yang merasai kehilangan yang tersayang...
    moga kita semua mendapat nikmat kubur dan balasan syurga, insyaAllah

    ReplyDelete
  3. kite ni manusia alpa yg seringkali terbuai2 n cepat terpesona dgn keindahan dunia yg sementara, moge Allah bgi kite hidayah & kekuatan tuk mengharungi segala

    ReplyDelete
  4. bagus baca buku tentang kematian, boleh meningkatkan tahap keimanan dan kerendahan hati..

    ReplyDelete
  5. entry yg sgt menginsafkan. thank you.

    ReplyDelete
  6. alfatihah buat arwah... setiap yg hidup, akan kembali...

    ReplyDelete
  7. buat Mawar,

    semoga tabah selalu. Gembira melihat perkembangan Mawar yang positif.

    Moga Mawar dapat mendidik anak2 menjadi insan yang solehah, kerana hanya doa anak2 soleh dan amalan mereka sahaja yang dapat sampai kepada ibu bapa yang telah pergi...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023