قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ
(صحيح البخاري)“Wahai Allah, jadikan kami mencintai Madinah, seperti kami mencintai Makkah atau lebih dari mencintai Makkah.” ( Shahih Al Bukhari)
Baru jumpa hadith ni..
Dulu, sewaktu arwah pulang dari mengerjakan umrah dan ziarah pada tahun 2009, dia berkata,
"saya sukakan Madinah berbanding Makkah.. Makkah suka juga, tapi entahlah, di Madinah lebih tenang, mungkin kerana tak banyak construction.."
"nanti kita pergi ya nur.. i nak bawa u pergi umrah nanti"
syukur, alhamdulillah, Tahun 2010 yang lepas, kami sekeluarga sempat melakukan umrah dan ziarah bersama2..
dan memang benar dan fahamlah saya kenapa dia menyukai Madinah.. kerana saya pun begitu.. sukar untuk diceritakan mengapa, tapi siapa yang pernah ke sana, mungkin mereka sependapat dengan kami, mungkin juga tidak..
tapi, Madinah itu memang sungguh menyenangkan!
** jom!, ziarahlah ke tempat Rasulullah.. dan buatlah umrah di Makkah dengan sepenuh hati (bukan byk kali) ;p
Assalamualaikum Mawar,
ReplyDeleteTQ for sharing..insyallah kami sekeluarga akan mengerjakan umrah Isnin depan..
when i read this, i feel more confident...insyallah..
ziarahlah ke tempat Rasulullah, dan buatlah umrah di Makkah sepenuh hati (bukan byk kali)
i love this quote.
terima kasih kerana mengingatkan :D
Bertuahnya Nafastari kerana berpeluang menjadi tetamu Allah sebelum dijemput pulang.
ReplyDeleteMudah²an sy juga ada kesempatan untuk menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti. InsyaAllah.
betul mawar, saya pun lbh sukakan madinah mungkin kerana adanya Raudhah dan makam Rasulullah..ramai org kite bile gi sana berlumba nak buat umrah banyak kali sedangkan Rasulullah pun tak buat mcm tu.Yang pentingnya adalah kualiti, bukan kuantiti..;)
ReplyDeletePada pendapat saya, Madinah lebih sejuk,kurang berabuk, dan bangunannya lebih cantik dan lebih teratur..
ReplyDeleteCumanya lebih ganjaran bila bersolat di Masjidilharam di Makkah berbanding di Masjid Nabawi di Madinah..
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
benar mawar,
ReplyDeleteMadinah lebih tenang dan mendamaikan, mungkin kerana jasad nabi s.a.w ada di sana. Masih terbayang2 kenangan kami di Madinah 6 tahun yg lalu...rasa macam baru je berada di sana.....