Friday, May 13, 2011

Sudut Pandang sekarang

Selepas kejadian malam itu... aku sangat2 terkejut.. masih terbayang2 keadaan malam itu setiap kali aku nak lelapkan mata.. aku masih teringat2 keadaan dia.. bagaimana aku cuba mengeluarkan dia.. dia tersepit.. aku tak dapat nak bantu... anak2 menangis.. oh, Tuhan saja yang tahu.. aku terlalu panik... aku tak tahu apa yang harus aku lakukan... semuanya KehendakNya.. apa yang aku lakukan malam itu.. tindakan tiba2 aku membuka pintu kereta, mengeluarkan anak2.. mencuba untuk menolong dia... memanggil orang untuk membantu.. semuanya di luar kawalanku.. semuanya berlaku tiba2... sekelip mata... semua atas Kuasa Yang Maha Esa...

Belum lagi air mata ini habis mengalir, aku harus terus cekalkan hati aku... aku ada anak kecil yang masih menyusu badan, aku harus makan.. aku tidak boleh mengikut perasaan ku, aku memang tak pernah tinggal makan walaupun hati aku tak selera.. aku ingat, aku seorang ibu, anak aku mahukan susu ibu.. aku akan berusaha menyusukannya selagi air susu ibu ini masih ada... inshaAllah Kekwa...

Tidak pernah terlintas dalam hati aku benda ini akan berlaku pada keluarga kecil kami.. Alhamdulillah,sepanjang perkahwinan aku dan dia, aku dicurahkan kasih sayang.. aku bersyukur, walaupun sekejap, tapi aku amat bahagia dengan dia.. Terima Kasih Allah.. memberi aku bahagia.. Sekarang aku hidup dengan kenangan dia yang membahagiakan...

Aku tak terfikir, rupanya lepas kematian, banyak rupanya urusan harus dilakukan.. tak sempat untuk aku termenung memikirkan nasib, kerana banyak lagi urusan yang harus aku fikirkan.. kami tidak menetap di Malaysia.. aku harus fikirkan barang2 peribadi kami di Islamabad... Segala dokumen2 penting ada di Islamabad, tempat yang sepatutnya kami tinggal selama 3 tahun.. namun, dengan izinNya, kami menetap di sana hanya 2 tahun...

Aku kembali ke sana (islamabad) sebulan selepas kematiannya.. Seminggu aku di sana, menguruskan barang2 untuk dibawa pulang ke Malaysia.. pakaian, perabot,peralatan rumah dan kereta milik arwah dibawa pulang melalui kapal. Dokumen2 penting, aku bawa bersama aku.Minggu lepas barang2 itu alhamdulillah telah selamat sampai di rumah apartment yang kami beli di Kajang. InshaAllah, hujung minggu aku dan keluarga akan ke sana untuk berehat. Buat masa sekarang, aku menetap di rumah ibu ku di Shah Alam. Mungkin sampai Embun dan Kekwa besar, dah sekolah, kami akan berpindah sendiri di Kajang.

Aku masih ingat lagi, tiga hari selepas kejadian itu, aku disuruh membuat report di IPD berdekatan. Terasa berat sungguh mulut untuk bercerita keadaan sebenar, namum bagi memudahkan urusan yang lain, aku kuatkan juga semangatku untuk bercerita dan memaklumkan kejadian itu pada pihak polis. Kereta myvi itu kami memang tidak mahu apa2 ganti rugi dan baiki lagi. Kami berhasrat membuat 'total-loss'..InshaAllah, urusan itu akan selesai tak lama lagi.tak sanggup rasanya melihat myvi itu. Berderau darahku bila melihat kereta myvi, masih terketar2 lutut bila aku menaiki kereta jenis myvi.

Apa pula jadi kepada pemilik kuda itu??

oh, dia tidak langsung meminta maaf apa lagi datang berjumpa kami sekeluarga. Semoga Tuhan memberi dia petunjuk supaya bertaubat dan tidak lagi mensia2 kuda peliharaan atau apa2 saja binatang peliharaannya. Adalah amat tidak patut dibiarkan haiwan peliharaan berkeliaran di tempat awam tanpa pemilik, apa lagi di waktu malam. Ya, mungkin sudah tiba masa suami saya pergi dengan cara begitu, namun tidaklah boleh pemilik kuda itu mengabaikan tanggungjawab dia terhadap peliharaannya itu.

Sejujurnya aku rasa seolah2 separuh daripada semangatku telah hilang setelah kehilangannya. Separuh lagi semangatku ada pada Embun dan Kekwa. Merekalah semangatku yang tinggal sekarang. Apa yang akan aku lakukan seterusnya dalam hidup aku, hanya kerana Embun dan Kekwa. Dan aku juga tidak lupa, aku masih punya keluarga yang lain. Alhamdulillah,. aku masih punya mama dan papa. Aku juga punya Che' dan Ayah. InshaAllah, selagi aku masih hidup, aku akan terus berjuang untuk mereka.

Segala urusan bank, pencen, epf, insuran, loan2 telah diuruskan.. alhamdulillah.. terima kasih pada pihak yang telah membantu secara langsung dan juga tidak langsung. Sekarang cuma tinggal urusan kereta import daripada islamabad sahaja. Mudah2an segalanya berjalan dengan lancar. Dan setelah selesai semuanya, barulah lega untuk aku memulakan langkah yang seterusnya.. Aku harus mencari rezeki buat anak2 ku.. Sebelum itu, aku harus belajar memandu dahulu. InshaAllah, minggu depan aku akan mula mendaftarkan diri untuk belajar memandu.. dan sambil itu akan aku cuba mencari kerja.

Moga2 Allah mempermudahkan dan murahkan rezeki kami sekeluarga..
Sesungguhnya hidup ini adalah pinjaman dari Mu..

"separuh dari hatiku tinggal di kuburan itu, dan aku hidup di dunia ini dengan hati yang separuh lagi"- meminjam kata2 hamka.

21 comments:

  1. 'Tiada balasan kecuali syurga bagi seseorang hambaKU yg telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripadaKU (dgn bersabar)' < R.Bukhari ... bukan mudah tetapi semoga sentiasa dikurniakan kecekalan dan ketabahan hati dalam menghadapi hari2 yg akan datang...amen

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah permudahkan segala urusan Puan Mawar. Pasti ada sinar harapan yg bakal menerangi hidup kalian bertiga. Jangan terlalu bersedih Mawar kerana ia bisa merosakkan, belajarlah untuk menjadi ibu sekaligus ayah kepada kedua permata kamu, Embun dan Kekwa.

    Niat yg murni pasti akan mendapat ganjaran yg baik di sisi Allah.

    ReplyDelete
  3. angel eyes- inshaAllah.. sy akan cuba bertahan dan terus bersabar

    eriyza- terlalu bersedih? ... :)
    masa akan mengubati saya.. inshaAllah..

    ReplyDelete
  4. mawar sayang... saya doakan kamu sentiasa diberi kekuatan olehNya... kamu seorang yang sabar dan tabah dlm meneruskan kehidupan yang sementara ini utk dibawa bekalan ke akhirat nnt... ketahuilah mawar ramai orang2 disekelilingmu yang menyayangi kamu sekeluarga... semoga Allah sentiasa memberkati hidupmu dan m'permudahkan segala urusan...Amin! ~umi solehah~

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,sgala urusan sudah selesai..tingal lagi..urusan2 yang seterusnya, moga dipermudahkan olehNya & dengan berbekalkan hati yang tggl separuh lg itu Nur bisa berdiri teguh demi anak2..InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Mawar,

    I started reading Nafastari's blog two months ago.I read almost all of his posts line by line,heart by heart and I found solace in his writings and his anecdotes about Pakistan were really entertaining and inspiring.

    From his writings, I can say roughly that he's not only a dedicated husband, but also someone who has vision and it's not an overstatement if I say that he's a model of today's Malay man that I should emulate.
    Of course, you know him better though.

    I've been waiting for his latest entry since his last entry 'Bersalam dengan bukan mahram' ever since I started reading his blog and I've been wondering why he haven't updated his blog.

    Only today I checked again his blog and with Allah's willing I read comments that his readers had wrote.

    I was taken by surprise that Nafastari had passed away a while ago.What a great loss!

    Whatever it is, I know Allah loves him better than you and his family do.

    Kak Mawar, I hope you will find strength to endure these turbulent days of your life. May Allah protects you,Embun and the little one. And may arwah rest in peace.

    Tasnim Jamal.Nafastari's avid reader.

    ReplyDelete
  7. terima kasih kerana masih lagi sudi berkongsi perjalanan hidup kamu sekeluarga rasa seronok dan syukur bila kamu bgtau nk amik lesen memandu n nk cari kerja semoga Allah permudahkan segala urusan kamu kalau nafastari boleh buktikan seorang anak kampung yg hidup susah boleh jadi PTD yg hebat kamu jg boleh jadi ibu yg hebat InsyaAllah mana tau kalau ada rezeki kamu boleh memandu pada hari raya nnt kamu harus semangat ya

    ReplyDelete
  8. Chaiyokkk Baya..I knew you can do it! awal2 memandu memang kekok dan takut sikit, lame2 akan ok..insyaallah, semua urusanmu akn dipermudahkan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Anda nampak lebih kuat kali ini.

    Dalam kuliyah maghrib semalam, penceramah ada sebut, kalau kita dalam kesusahan, ditimpa musibah, jangan cuba fikir sorang2.

    Berkongsilah dengan seseorang yang boleh memberi nasihat atau kaunseling. Yang terbaik tentulah ahli keluarga sendiri. Bukan semua orang pandai mendengar dan memberi nasihat. Bukan semua ustaz/ustazah ada skil beri kaunseling.

    Mungkin anda ada kawan2 yang jadi kaunselor. Moga anda terus tabah. Percayalah, Allah bersama-sama anda.

    ReplyDelete
  10. hugs...andainya akk dekat,akk cuma akan peluk kmu erat2...agar kite sm2 diberi kekuatan

    ReplyDelete
  11. Ya, teruskan bercerita.. luahkan apa yang tinggal.. jika itu membuatmu kuat.. kami sedia menjadi pendengar setiamu..

    ReplyDelete
  12. Salam Mawar,

    Alhamdulillah ada byk kekuatan dlm diri mawar sekarang. Tertunggu N3 yg ini, terima kasih kerna sudi bercerita.

    Pemilik kuda itu sepatutnya tidak begitu paling kurang mereka harus meminta maaf dan memberi sedikit ganjaran atas apa yg berlaku... Banyakkan bersabar, Janji Allah pasti diakhir nanti...

    kak nora

    ReplyDelete
  13. all the best baya.. life needs to goes on..think maturely as u r law graduates right?... ur kids will proud of you then.. lots of love for you & alfatihah for ur late hubby...

    ReplyDelete
  14. Salam, mawar, Suami mu memang yang terbaik Allah kurniakan kepadamu...Syukur kan mawar dah lalui yang terbaik bersamanya dan anak-anaknya...selain Allah dan suami mu, ramai lagi di luar sana yang menyayangimu dan menyokong mu. Teruskan perjuangan ya dik...Allah jua tempat mengadu dan menaruh harapan kan dik...salam sayang dan ukhwah..

    ReplyDelete
  15. Betul!! dapatkan kerja Mawar...

    Kami semua walau tidak mengenali mawar secara dekat, tetap merasai apa yang mawar rasakan, dan kami sentiasa berdoa moga Mawar kuat menghadapinya. Saya cuba bayangkan saya di tempat Mawar,mmg sangat2 sukar menghadapinya...

    Tabahlah mawar..

    -Suria-

    ReplyDelete
  16. Insya'Allah segalanya akan dipermudahkan olehNya. Baya jangan risau, memandu pada awalnya agak gementar sikit tapi selama masa latihan, Baya akan dapat membiasakan diri.Sejarah belajar memandu Baya tu lupakan ye (teringat masa Baya cerita masa kat matrik dulu...hehehe)Azma doakan Baya berjaya. Amiin!

    ReplyDelete
  17. Semoga urusan Mawar dipermudahkan Allah. Semoga Mawar tetap tabah dan masa dapat mengubati 'kesakitan' akibat kehilangan suami tercinta. Ameen.

    ReplyDelete
  18. semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan mawar di dunia & akhirat serta dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya buat mawar & anak-anak..

    ReplyDelete
  19. Kasih isteri seteguh gunung..
    Klu bukan krn ank² pasti si ibu x sekuat ini..
    b'sabarlh Mawar.. B'doa moga keluarga kamu kembali di satukn disana nanti..
    pasti Suami mu menunggu mu di sana ♥

    ReplyDelete
  20. Allah bersama orang yg sabar seperti Mawar...
    Time will heal the pain...& kekuatan itu ada dalam diri Mawar..

    ReplyDelete
  21. mengalir air mata saya baca post2 mawar. tabahkan hati :)

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023