Monday, August 8, 2011

Bukan senang nak jadi senang..

Tadi test jpj.. saya gagal mendapatkan lesen.. perasaan saya? entahla, kadang rasa sakit, kadang rasa macam tak apa lah, lain kali boleh cuba lagi... saya lulus bahagian bukit, parking dan 3 penjuru.. alhamdulillah... tapi jalan raya saya gagal.. kenapa saya gagal? kerana saya kurang latihan dan saya tidak mahir lagi menggunakan kereta manual mungkin?...test tadi pula guna kereta viva, rupanya agak lain sedikit viva ni ek.. dia nye clutch mcm pendek sikit, minyak kena tekan kuat skit.. kalau kancil, tekan minyak kuat2 dah meloncat2 kete... huhu.. saya bagi la apa pun seratus alasan sekalipun kenapa saya gagal, saya tetap gagal buat hari ini.. dan saya harus terima hakikat.. saya harus lebih tabah dan lebih sabar.. saya tak boleh putus asa! walaupun sbnrnye saat ini saya rasa lemah, macam nak pengsan! hahaha...

kenapa saya nak sangat lesen memandu ni?

sebenarnya, selain daripada untuk masa depan anak2, nanti senang nak hantar diorg ke sekolah, bawak jalan2 semua, saya ada sebab yang lain juga.. dan ianya lebih 'urgent'..  saya kira saya harus mendapatkan lesen secepat mungkin atas sebab,

kereta masih di gudang Port Klang!

kereta import yang dibeli semasa kami duduk di pakistan, telah pun sampai kat port klang bulan 4 yang lepas... sekarang sudah bulan 8.. 4 bulan tersadai macam tu je.. terlalu banyak proses yang harus dilalui bagi nak keluarkan kereta tersebut. Kereta milik en suami saya tu amatlah disayanginya.. macam bini kedua dia lah.. sebab tu saya tekad nak bawa balik juga, walaupun rasa kalau jual di Pakistan pun boleh, cuma seperti biasa, urusan surat menyurat itu sangat merumitkan.. lagi2 dalam keadaan saya macam sekarang ni. tuan kereta dah meninggal, pewaris pula takde lesen.. 

sebenarnya urusan kereta itu telah pun saya serahkan pada 'runner@agent' untuk uruskan.. namun setelah hampir 3 bulan lebih menunggu, dia kata, saya harus lakukan sendiri! hampa, kecewa, geram, marah.. kenapa tak bagitau dari awal kan??... tapi apa pun yang terjadi, saya harus bersikap tenang.. tenanglah wahai diri.. kalau sakit hati pun tak akan menyelesaikan masalah saya...

apa yang saya buat ? kereta itu harus melalui
Jabatan Imigresen ( tempat terakhir perkhidmatan suami saya)
MITI
Kementerian Kewangan
Kastam
JPJ

Jabatan Imigresen bagi mendapatkan surat rasmi bagi  memohon kelulusan reduction 50% atas cukai kepada kementerian kewangan
Miti bagi mendapatkan AP(Approved Permit), nasib baik mereka menerima lesen L...
Kementerian Kewangan , bagi kelulusan reduction 50% atas cukai yang dikenakan bagi pegawai kerajaaan yang berkhidmat di luar negara sebagai diplomat atau duta.
Kastam bagi menentukan jumlah cukai import yang dikenakan ke atas kereta itu.
JPJ, cukai jalan dan seterusnya insuran..

*take note for those yang berkhidmat dgn kerajaan di oversea, yang mana beli kereta tu la

ok, sekarang proses kereta itu masih di Kementerian Kewangan.. Jumaat lepas saya baru hantar borang...dan seterusnya lepas diberi kelulusan oleh pihak kementerian, saya harus ke Kastam pula, dan kemudian JPJ.. ya, lepas jpj, mungkin saya harus hantar ke workshop pula untuk check kereta yang dah berbulan2 tak hidupkan enjin.. 

siapa sangka saya harus melakukan ini semua??  Tuhan, berilah saya kekuatan, kesabaran yang tiada limitnya... Allah, rasa nak pengsan!

;p

25 comments:

  1. sabar nur..insyaallah selepas hujan DIA bg pelangi

    ReplyDelete
  2. insya'allah kesabaran nur ini pasti akan ada ganjarannya.... "tiada duka yg abadi" nur....

    ReplyDelete
  3. nur..إن مع العسر يسرا...Setiap kesusahan akan ada kesenangan...nur pasti blh...bila test lagi?

    ReplyDelete
  4. hanya insan terpilih yang dipilih-Nya melalui jalan yang berliku.. tabah lah duhai hati kak mawar..

    ReplyDelete
  5. gagal sekali dlm driving test tu akan buat Nur lebih cekap memandu selepas ini... percaya la...

    *kalau nak berlatih... Nur drive dgn bawa anak / kanak-kanak... jgn bawa org yg dah pandai... org yg dah pandai drive bawa keta lain follow belakang Nur... insyaAllah Nur akan lebih konfiden... sbb bawa anak kan - mesti nak hati-hati... pastu tak risau sangat sbb kat belakang ada org tolong follow... anything masih ada org bole tolong... try la...

    ReplyDelete
  6. ya. bukan senang nak senang. tp at least nur dah lepas 2 tahap utk release keta tu. istiqamah lah untuk yang lagi 3 stage ya.chaiyyok chaiyyok!

    ReplyDelete
  7. sabar ye..insya Allah semuanya aka selesai. Semoga Allah permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  8. salam nur,

    kesian nur. Apapon akak tahu nur mmg kuat. Akak kongsi sikit pengalaman akak masa amik lesen dulu yer. Terus terang akak mengaku, akak nipon jenis yang gelabah, penakut, gabra...semua jenis perkataan yg lemah2 ni lah. Semua pakage ada kat akak. Akak dulu nekad nak amik lesen kete sbb ayah akak sakit, dan susah sgt nak minta tlg org lain. Terdesak yg buat kita nekad nak buat sesuatu tu. Betul tak nur. Then pengalaman akak masa amik lesen tu mmg teruk dan buat rasa 'down'. tambah pulak cikgu yg mengajar tu , dah lah menggatal...bila akak xlayan siap dia downkan kita yg mmg xreti ni. Akak ingat lagi ayat dia " awak ni saya jamin, xkan dpt lesen dan xkan reti memandu sampai bila2 pon". Tapi akak ignore je apa dia kata. Akak doa byk2 masa amik test jpj tu, akak baca surah al-inshirah dari awal akak dtg test sampai kene panggil utk buat test tu, utk hilangkan gemuruh. Alhamdulllillah niat nak tolong org tua, dan Allah tolong. Mmg JPJ tu semua mcm tutup mata je silap akak. Masa test tu mmg akak rasa akan fail...sbb 1) masa buat 3 penjuru , akak langgar tiang tau, tp kebetulan jpj yg jaga tu, tgh layan org lain then dia xnampak kesilapan akak..heheheh :D alhamdullillah bonus utk akak. 2) test jalan raya, mmg gelabah, akak bwk mcm siput sket2 brek, sampai pegawai jpj tu kata "kalau awak brek2 lagi, saya suruh awak benti , saya yg bwk"...bila dia kata gitu maknanya otomatik kita fail lah kan. Akak kata, saya boleh bwk encik. Mmg akak bwk masa tu, dlm keadaan merbahaya, bila uturn masuk line org lain, sampai kete blkg horn...tp alhamdullillah, pegawai jpj tu cuma kata, awak ni, lain kali hati2. Alhamdullillah...bila dia bg kertas ujian tu, akak rasa mesti tak lulus...JPJ tu bagi lulus Nur. Alhamdullillah sgt2, sbb kalau ikut penilaian akak, akak mmg xlayak utk lulus. Dan skang ternyata , kata2 cikgu yg ajar akak memandu tu salah, akak leh merempit keta skang ni :D. Jadi Nur sebenarnyer lebih bagus dari akak. Xada sebab Nur xboleh lulus. Bykkan doa dan tawakal, mintak tlg pada Allah sgt2. Jgn down jgn putus asa ek Nur. Nur Kuat...Nur kuat sgt...:D.dan Nur lebih hebat dari akak siap boleh bawak embun jalan2 dah:D. Permulaan bg yg baru bawak keta, dan belajar keta...langgar keta org tu mmg standart....janji xsampai kita langgar org. Ok...harap cerita akak ni boleh naikkan semangat Nur...Amin.:D

    ReplyDelete
  9. ”Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiakan kita pelangi yang indah”

    “Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

    ReplyDelete
  10. salam, perasan atau tidak, mawar sememangnya kuat. InsyaAllah, dipermudahkan urusanmu wahai mawar...

    ReplyDelete
  11. salam nur, cuba minta bantuan sahabat atau saudara mara untuk urusan kereta di port klang tu..adik saya pernah bawa kereta balik dr luar negara..mmg pjg urusannya, tapi kalau kita tanya dan minta tolong pada org yang betul, insyaAllah Allah permudahkan..jaga diri dan anak2 :)

    ReplyDelete
  12. kamu sgt2 kuat wahai mawar..sy akn sentiase mendoakan kesejahteraan kamu...

    sy kagum dgn kamu...jgn mudah putus asa yer darling...Allah amat menyayangi kamu..

    insyaallah...lps nih kamu akan lebih bahagia!

    ReplyDelete
  13. Salam Pn.Nur.....Pn.Nur awak boleh,mesti boleh....Insha Allah anda pasti berjaya.....

    ReplyDelete
  14. mawar, semoga allah permudahkan urusan kamu...

    ReplyDelete
  15. salam,
    pn mawar, tips dari saya utk pandai driving kereta ikut step spt dibawah ye..

    juga berguna kepada yg hendak belajar bawa keta.

    ni pelajaran penting ni.. jd kene ingat apa yg sy ajar dibawah.

    1. mula-mula biasakan maneuver kereta. masa ni pakai gear auto pun takpe. pelajaran dr step ini supaya kita boleh biasakan diri pegang steering bawa kereta atas jalan, ambil korner ke, masuk parking dsb. so kita akan rasa konfiden pusing kanan, kiri, parking dsb. boleh pinjam keta kakak ke family ke yg auto.

    2. bila kita dah biasa maneuver kereta drpd step 1 tadi, so maknanya kita dah ada koordinasi antara otak, tangan di steering dan kaki yg tekan brek. maknanya bila kita nak pegi kanan, automatik tangan elok2 je pusing stereng ke kanan tanpa byk pikir sgt. (berbanding tak biasa manuever kereta, bila nak pusing ke apa kita start panik, gear tak masuk, nak pikir tekan clutch lagi, tekan minyak, last2 kereta dah hala ke lain atau himpit keta sebelah.. jpj tak lepas tu..)

    maksud nya step 2 ni kita bleh start berlatih bawa kereta manual sambil kepala tak perlu memikirkan sgt kesusahan maneuver kereta ni. dgn itu, kita boleh concentrate utk masukkan gear, kaki kiri & kanan jaga clutch dan minyak dan manuever kereta mmg dah dikontrol oleh konfiden latihan step 1 td.

    step ke 2 td mmg byk kene berlatih. sbb bawa manual ni masalah kepada yg baru bawa kereta adalah susah nak koordinasi tangan kiri yg masuk gear, tgn kanan yg pgg steering, kaki kiri yg tekan clutch dan kaki kanan yg tekan minyak atau brek.

    3. step 1 dan 2 dah cover, maknanya dah boleh bawak keta atas jalan raya.. lupa.. make sure berlatih bukit jugak utk step 2. berlatih nk mula jalan kat jalan curam guna handbrake ni senang je.. bile kat bukit, tekan minyak sikit2 sampai kereta mcm 'rendah' dan lepas handbrake perlahan2.

    4. ok step yg terakhir.. ingat ya masa test ngan jpj kadang2 jpj pulas aircond sampai max, jd kita susah nak agak engine kereta takut terpadam. kadang2 jpj suh kita bawak laju kat zebra line, tu pun tak boleh.. buat tak tau je bawak >40km/jam. die saja nak uji kita. lepas tu ni yg plg penting - MASA TEST, TERPADAM ENGINE TAK APA, JANJI KERETA TAK UNDUR KE BELAKANG. ni biasa terjadi bila ujian jalan raya kat simpang tiga ade bukit. so start keta macam biasa dan terus jalan. jpj tu sure gertak punya tp tu tak tolak markah.

    tak semestinya bila kita dah terer bawak kereta di sekolah memandu, kita akan lulus sbb setting clutch pada kereta berbeza, ada yg tinggi ade yg rendah.. jd kena pandai imbangkan minyak dan clutch ya.

    dan akhir skali.. yg penting kita yang 'bawak'(kawal) kereta.. bukan kereta yg kawal kita..

    jgn lupa baca ayat kursi untuk tenangkan hati yg resah dan takut. insyaAllah.

    good luck my dear!

    salam.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum mawar,
    moga sentiasa dirahmati oleh Allah..

    banyak-banyak bersabar ye.. gagal sekali bukan bermakna gagal utk selama-lamanya.. saya sendiri nak ambil lesen fail few times.. ujian bertulis ambil 2 kali.. ujian jln raya pun ambil 2 kali.. but insyallah we learn from our mistake to improve ourselves..

    utk nak settlekan urusan kereta atau apa-apa yg melibatkan authority..saya cadangkan mawar buat checklist..insyallah with checklist kita senang nak identify perkara yang telah dibuat atau masih belum dibuat dan senang kenalpasti if anything miss out.. tak serabut sangat kepala..

    kuatkan semangat..you can do it..insyallah..

    ReplyDelete
  17. salam..sabar la mawar..saya pun penah gagal test kete jugak..dua2 kantoi lak tu..rasa malu giller time tu..tp 2nd time test kete lulus dengan jayanya..hahaha..pengalaman tu yg penting..gagal skali x bermakna kiter gagal utk selamanya..senyum sket... :)

    ibu eishah n yusuf

    ReplyDelete
  18. salam..sabar la mawar..saya pun penah gagal test kete jugak..dua2 kantoi lak tu..rasa malu giller time tu..tp 2nd time test kete lulus dengan jayanya..hahaha..pengalaman tu yg penting..gagal skali x bermakna kiter gagal utk selamanya..senyum sket... :)

    ibu eishah n yusuf

    ReplyDelete
  19. ok la tu bukit dan parking lulus, slalu org fail part nie,on road fail xpe, tahniah ek, dh hampir lulus tu

    ReplyDelete
  20. Xpe Baya...dulu aku failed 1 kali ujian bertulis (reason- over confident, mls baca buku igt boley lulu, kacan goreng!), failed bukit 2 kali (kali pertama terljak, tekan minyak kuat sampai langgar perhadang depan nak masuk tempat test motor, kali ke-2 lajak lagi tp lebih sikit garisan jer), dah dpt lesen peram plak 2 tahun pasal takut....tp bila kerja keaadan terpaksa...aku redah jela smpi kemek kete bapak aku....smpi skang ada lg bab parking aku x pro...takpe...sume orang ada gagal, yang penting hendak bangun dan belajar...goodluck..InsyaAllah sume akan ok =)

    ReplyDelete
  21. Mawar... setiap kereta yang dikeluarkan pada hari yang sama adalah berbeza2... jadi mawar kena pandai mengangak bila kereta boleh @ bergerak... Kereta viva ke..kancil ker.. saga ker.. kadang2 ada clucth rendah @ tinggi..
    Saya tak galakan mawar bawa kanak2 semasa bealjar.. sbb kanak2 akan mengagnggu fokus belajar.. belajar dengan org yang lebih mahir dan yakin utk duduk sebelah mawar... sbb kereta persendirian TIADA brek keselematan seperti kereta belajar..
    InsyaAllah test kali ke-2 mesti mawar berjaya... yang penting tingkatkan level keyakinan dan sentiasa bersedia...tambah jam belajar sekiranya perlu...

    ReplyDelete
  22. Pegi je test tu... test sampai dapat lesen, tak lulus tak ape ulang lg sampai lulus, sbb pengalaman tu mengajar kita nanti supaya memandu dgn berhemah.

    kite dulupun test dua kali baru lepas siap bertekak dgn pegawai JPJ lg tu... yg penting semangat nak memandu tu... InsyaAllah LULUS.

    ReplyDelete
  23. ada kawan saya test sampai 6 kali x pernah kecewa...harap mawar lebih kuat dari dia...:)

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023