Istanbul destinasi impian

Nafastari berhajat untuk membawa kami sekeluarga bercuti di Istanbul bulan April tahun ini.. Kami sudah merancang untuk ke sana bercuti dan menyambut ulangtahun kelahiran Embun di sana. Kita manusia hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan segalanya buat kita.. Nafastari dijemput pulang bulan Mac.. dan impian kami ke Istanbul terkubur namun kekal dalam memori anganan mawar dan nafastari...

Semasa kami balik bulan Februari yang lepas, kami sempat menonton movie "Le Grand Vogaye" bersama abang sulung saya di rumah kami di Shah Alam. Saya dan nafastari amat teruja menonton cerita itu.Cerita itu mengenai seorang anak terpaksa membawa kereta menemani ayahnya dari negara Perancis ke Kota Makkah. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di negara Turkey.  Rasa seperti di bawa-bawa ke negara yang kami idamkan itu.  Selepas habis menonton cerita itu, nafastari berkata kepada abangku , "thanks bro kerana membawa kami ke Turkey!".. :)

Saya dan nafastari sampai juga ke Turkey bersama-sama malam itu dengan hanya menonton video.. :)

walaupun tidak sempat bercuti bersamanya bulan April, namun kenangan kami untuk berangan2 ke sana menjadi memori indah buat saya. Ahmad, selamanya tentang kamu buat saya rasa sangat bahagia... semoga kita bertemu di tempat yang kekal abadi, tempat di mana kita tidak akan berpisah lagi...

Comments

  1. Sarat hati akak bila baca catatan nur dalam nada begini.. selalu tabah ye dk..

    ReplyDelete
  2. Untuk perkongsian:

    http://genta-rasa.com/2011/07/23/andai-dia-pergi-dulu-sebelum-mu/

    Mawar baca smpai habis entry ni ye..pengisian yang sungguh indah.

    ReplyDelete
  3. terima kasih Sopheyah atas link tu.. hebatnya penulisan & pengisian drpd penulis tu..

    ReplyDelete
  4. sopheyah,

    terima kasih.. dah pernah baca di iluvislam.com, artikel yg sama.. :)
    sangat bagus penulisan dan pengisian yang penuh bermakna..

    cikedis, fatima zahra dan shafiqa..
    terima kasih menyinggah dan beri komen..

    ReplyDelete
  5. dear nur..sedih sgt baca kisah nur...k pae dpt rasa apa yg nur rasa...entahlah nur..ada kelebihan pd kt agaknya bl dipilih menerima ujian ini..:"(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!