Sudah menjadi kebiasaan si isteri akan mencium tangan suami bila suami hendak pergi kerja dan pulang kerja.. namun ianya tidak biasa bagi pasangan Mawar Nafastari.. hahaha.. pelik ke? ianya benar.....
sebab apa saya berkata macam tu?
setiap kali nafastari hendak ke pejabat, pasti saya akan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia,
namun sebaliknya akan berlaku!
bila saya menghulurkan tangan nak salam cium tangan dia,dia akan kata, "alah, tak payah nak jadi typical malay, salam cium tangan suami.." dan dia terus sambut tangan saya dan cium tangan saya dahulu.. hehe..
Saya juga jarang masak sarapan untuknya.. kadang rajin buat, kadang malas juga.. teruk betul saya ni.. hihi. kadang sarapan dah terhidang atas meja, dia akan kata. "eh, i dah lambat...tak sempat nak makan.. bye.." hm... selalunya begitula.. dan saya akan jadi hampa.. sediakan sarapan dan akhirnya dia tak makan pun...tapi kadang-kadang juga saya sengaja bekalkan sarapan buat dia untuk dibawa ke pejabat. Sebab saya tahu dia selalunya tidak sempat untuk makan di rumah. Dia akan menyambut bekal makanan itu dengan penuh gembira. Dia sememangnya suka bawa bekal, katanya seperti dulu2 masa zaman sekolahnya, ayahnya selalu bawakan bekal makanan buatnya.
"Nur, kamulah isteri saya yang terbaik dalam 13 orang isteri saya ada".. itulah perkataan yang selalu diucapkannya bila mahu berterima kasih atau memuji saya.. ;)
*click link itu untuk baca memori nafastari membawa bekal
nur suami saya pun selalu cium tgn saya dulu huhhuhhuhu..haah saya rasa mana2 suami pun suka bawak bekal yg dimasak isteri tau waima hanya telur gureng je lauknyaa..tp ntahla suami sy suka kalo saya bekalkannya tp jarang dpt buat camtu kdg2 xsempat nak masak..sarapan pun jrg buat dia kata beli je kuih sbb xramai yg mkn nnt mbazir hihi..
ReplyDeletesukar utk kamu melupakan apa yg sudah sekian lama jadi kebiasaan kan?
ReplyDeletedari akak typical malay :-)
So sweeeeet.... ;)
ReplyDeletenur, kenapa 13 org isteri?
ReplyDeleteanonymous.. entah, mungkin sbb bukan 14? hehehe... dia mmg pelik dan lucu
ReplyDeletekenangan yang dia tinggalkan bukan sedikit..
ReplyDeletemoga dia tenang di sana dan Mawar tabah dalam melayari kehidupan..
Best je dengar.."kamu lah isteri terbaik"..hihi..bila la perkataan tu nak keluar dari mulut si dia...(harap je lah..)hahah..
ReplyDeletepandai si dia memuji nur..nur bertuah..
ReplyDeletesenyum sendiri bila baca 13 tu, hehehe...
ReplyDeleteKlakar orgnya..adaja yg m.hburkn nur kn..
ReplyDeleteawwwwwwww.. sweetnye.. =‘’)
ReplyDeleteWah, ramainya 'maaduuu'
ReplyDeletePuan Mawar. Hehehe!
Moga syurga buat mu nur..suami nur dah iktiraf kamu sbg isterinya yg tbaik...sedihnyeeee...bl blh jmpa suami kita di sana ye...
ReplyDeletesweet sangat, sy suke baca memori nur dgn suami. sungguh suami nur menghargai nur sbg seorang isteri. dan itu yg sepatutnya seorang suami buat utk isterinya.
ReplyDeleteSalam, terbaik dr 13 isteri bmksud, sperti mumtaz yg sgt disayangi olh shah jahan.shah jahan yg mpunyai seramai 14org isteri, tetapi mumtaz yg paling disayangi sehingga shah jahan membina taj mahal khas buat mumtaz setelah pemergiaan mumtaz, sbg melambangkan dan mengabadikan kasih syg nya terhadap isteri nya mumtaz.
ReplyDelete