Syukur dapat berpuasa kembali bersama keluarga yang telah membesarkan aku...namun jauh di sudut hati rindu yang amat menebal kepada suamiku Wan Ahmad Fadzil bin W.Mohd.....
Rasanya tidak lengkap hidup ini tanpanya di sisi.. terasa hambar, kosong dan sarat dengan kerinduan...
Tapi aku harus terus berdiri dan berjalan di bumi ini dan meletakkan dia di dalam hati.. sentiasa di dalam hati aku... Kadang rasa nak rebah, dan tidur lama-lama untuk melupakan perasaan yang sarat dengan rindu ini. Aku tidaklah seperti dulu, mungkin luarannya ceria depan ibu bapaku, saudara mara, anak-anak... hatiku menangis rindukan kehadiran dia, gelak tawa nya, lawak bodohnya, nasihatnya, bebelannya...
Dua tahun kami berpuasa dan beraya di perantauan.. jauh dari keluarga, namun itulah nikmat yang Allah berikan padaku dan dia.. "nikmat privacy" untuk kami habiskan masa sebagai suami isteri di dunia ini. Teringat ramadhan yang kami sambut bersama-sama dengan solat jemaah bersama-sama, masak bersama-sama...membuat keropok lekor, menguli doh membuat roti burger malaysia, membuat cendol yang tak jadi, memasak bubur lambuk dan macam2 lagi.. semuanya di bulan ramadhan yang mulia... rindu.. sangat rindu!
Rindu juga dengan telatahnya inginkan makan itu dan ini.. maklumlah duduk di perantauan, tak semua kita boleh dapat dengan senangnya. Semua harus buat sendiri. Tiada bazaar ramadhan segala. Hampir setiap hari kami akan solat terawikh di Rumah Malaysia dan tangan kami tak pernah kosong dengan juadah untuk moreh. Si Embun kami bawa sekali walaupun kadang2 kenakalannya buat saya risau. Sampaikan pernah sekali saya tidak mahu ikut ke terawikh, dan dia memaksaku ikut juga. "cik nurrr, jom la pegi, tak bestla you tak ikut, bawak budak kecik ni sekali, kalau dia nakal sgt, you berhenti la solat kejap, lepas tu dia dah ok, you sambung balik"... :)
Ramadhan ini aku hanya masak nasi dan buat air.. lauk pauk semuanya mama aku yang buat. Bukan aku tidak mahu memasak, cuma bila memasak aku akan mula teringatkan dia yang sentiasa di sebelahku bertanyakan itu dan ini, bercerita segala hal yang difikirkannya. masih terngiang-ngiang.. walaupun sudah hampir 6 bulan dia pergi... aku masih tetap teringat dan rindukan dia....dan anak-anaklah pengubat segala duka dan rindu aku padanya..
"jika benar cinta itu setia, anak-anak adalah titiannya" kata-kata di sebuah artikel yang pernah aku baca
setiap kali membaca, pasti menitis air mata...
ReplyDeletemcm yg pernah nafastari katakan pada mawar..sabar itu indah
sabar ye dik..moga 10 mlm terakhir di bulan yang penuh barakah ini membawa ketenangan pada mawar
mmg sedeykan..
ReplyDeletetabahkan hati selalu..
be strong baya..ingat embun & wawa masih ada utk baya..
ReplyDeleteSemoga ketabahan menjadi milik awak...ALLAH menguji awak dengan megambil orang yg paling awak sayang...kerna orang itu terlalu baik....semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman
ReplyDeletecik nur adalah sangat kuat
ReplyDeleterindu akan menjadi pahala kalau disertai dengan reda. u can do it! :)
ReplyDeleteMawar, btol la kata org,bila kita melalui situasi yg sama br kita fhm..btol kata mawar...itulah apa yg yusz rasa skrg...3 mlm ni xleh lelapkan mata...
ReplyDeletejanji Allah itu tetap ada... saya percaya ALLAH janjikan yang terbaik untuk mawar... :) Jangan sedih2, dia di 'sana' pun pasti sedih kalau mawar sedih... untuk mendapat perkerjaan itu, saya ada sedikit tips.. kalau blh mawar amalkanlah baca ayat 1000 dinar dan surah Al-Waqiah selepas solat2 fardhu.. Insya ALLAH , minta dibukakan pintu2 rezeki... AMIN! Surah Al-Waqiah tu pun boleh jadi ketenangan hati di samping sedekahkan kepada Almarhum semoga dia dilapangkan perjalanannnya di 'sana'... :) Semoga Tabah ye... Salam..
ReplyDeletesaya harap kaq mawar akan terus kuat untuk embun dan kekwa,,,kalau kaq mawar sedih,,mesti dia yg kat sana pun sedih sama kan,,,
ReplyDeletebe strong akak!! kenagan tu akan kuatkan lagi cinta dan setia akak kpd arwah.. semoga akak kuat utk anak2.. yg pentingjga kesihatan diri...take care taw!!
ReplyDeletesedih membacanye..yg baca pon sedih apatah lagi yang menanggung nye..moga diberi kekuatan yang berpanjangan..sabar la ye dugaan dr yg Maha essa
ReplyDeletesiti zainal
*dugaan dr Maha Esa
ReplyDeletesiti zainal
selamat berbuka puasa
ReplyDeleteselamat berterawikh
selamat melipat gandakan ibadah di bulan mulia ni mawar....
semoga terus tabah.....
mmg sedey & amat tersentuh'luaran mmg nmpak ceria,org2 yg memandang pun boleh melihat kecerian itu..namun tiada siapa yg boleh merasai seperti apa yg nur rasa, betapa sakitnye..mungkin org boleh membayangkan ttpi masih tdk sama seperti apa yg nur rasa, jika org yg membyngkan pun merasa sakit dgn bayangan itu inikan pula nur yg benar2 merasai kesakitannya...serius mmg sedey membc entry ini..
ReplyDeletenur sabar ye, Allah sentiasa ada, dan Dia x pernah meninggalkan kita..
ReplyDeletesabar yer mawar..moga ALLAH beri mawar kekuatan utk berhadapan dgn dugaan ini. Sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya. Allah lebih menyayangi arwah. Terus kuat demi utk anak2 tersayang2
ReplyDeletesmg Allah trs mberi ketabahan & murahkn rezeki akak. Aminnn..Peluk cium utk anak2 akak.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletesabarlah mawar.
smoga rohnya dicucuri rahmat dan moga ditempatkan ditempat org2 yang beriman...amin..
tabahlah utk mereka yg masih ada disisi..kerana ketabahan itu menjadi penguat laranya sekeping hati.