Nuffnang di blog

Ada beberapa readers tanya kenapa saya tak letak iklan nuffnang or google adsense kat blog saya ni kan?
hihihi...

sebenarnya saya PERNAH letak dulu-dulu.. zaman blog saya takde siapa pun baca, atau mungkin ada pembaca, tapi silent reader je.. jadi masa tu jugak saya tak berapa faham macam mana nak letak nuffnang dan kegunaan dia.. lama-lama saya faham dan saya rasa tak sesuai pula blog saya letak nuffnang kerana 

  • saya tak ramai readers
  • tajuk2 yang dikongsi kebanyakan hal biasa2,
  • untuk kongsi ilmu dan pengalaman tak mahu la ambil apa2 keuntungan
lepas pada saya dah fikir dulu tu, saya pun buang iklan tu dari blog saya..

kemudian sekarang ni saya tengok ramai pula yang letak kat blog mereka, tak salah pun sebenarnya, tak rugi apa pun malah menguntungkan mereka. :)

cuma, pendapat saya berlainan sedikit dari orang lain.. biarla kamu mahu kata saya ni pelik atau apa, haha...saya rasa mawarnafastari tak sesuai diletakkan iklan2 segala,atas sebab2 yang saya masih pegang di atas.. cuma mungkin follower bertambah banyak daripada dulu, terharu! blog mawarnafastari lebih kepada cerita kehidupan dan pengalaman saya, perlukah saya ambil keuntungan atas cerita kehidupan saya? oh, saya rasa tak perlulah...(ini hanya pendapat peribadi saya sahaja, hak individu untuk menilai)

namun, saya ada satu blog lain... MAWAR RECIPE.. di blog itu saya letak segala resipi turun temurun daripada keluarga, resepi yang dicipta sendiri, resepi yang diambil dan diolah daripada kawan-kawan.. dan saya rasa blog itu sesuai untuk saya letak iklan nuffnang itu.. macam chef wan sendiri buat buku resepi kena bayar kan, mawar pun ada resepi jugak lah! ;p so nanti i rajin2 lah sikit update blog recipe tu.. 

p/s: to hambaAllah, yang rekemen suruh letak nuffnang tu, i consider letak dekat blog resipi tu je la ye.. ;)


Comments

  1. Xletak pn xpe mawar. Nk jana keuntungan bkn sng. Mcm fit..suka ltk iklan tu sbb kjp2 dh tkr

    ReplyDelete
  2. ha'ah.. kdg letak pun bkn dapat apa2 pun... org takdenye nak click2 kan... hihihi... yep, gmbar2 iklan menarik.. tp kalau banyak sangat iklan serabut juga kan tgk website tu.. kiri kanan atas bawah ada.. hihihi

    ReplyDelete
  3. hurmmm bg sy tujuan berbelog tu jgnlah terpesong semata2 nk cr trafic dan iklan semata2..nak2 kalo belog tu jenis santai2 cerita pasal diri sendiri tak beri input pd org lain yg membaca tp berharap org klik iklan kita..kdg jd bengang juga tgk belog yg camni penuh iklan sana sini,pastu pakse org klik...
    sekadar satu iklan tahan lagi kan ni penuh memacam siap sediakan tapak tuk org sewa iklan lak kat blog dia.

    ReplyDelete
  4. mawar,

    blog sy yg baru ni pun takder nuffnang....sbb tak fofuler

    ReplyDelete
  5. saya dulu pernah letak sbb ada orang cadangkan juga, tp saya buang & totally closed sbb saya perasan kadang2 ada iklan yg kuar gambar pompuan tak tutup aurat.

    ReplyDelete
  6. saya pun sependapat dengan tiny tini.ada unsur-unsur subhah..ada iklan spa la..model yang xtutup aurat la..tak pasal-pasal dapat dosa free..tu yg saya pun remove all da nufnang n etc..pendapat peribadi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

tips untuk gembira buat yang tiada pasangan. ewah!