Kekwa

Rasanya sudah lama tak update cerita pasal anak-anak.. asyik melayan perasaan je, kesian pula progress anak-anak tak ditulis di dalam blog ni.. 

Embun dan Kekwa, maaf ye, ummi dah lamaaaaa tak cerita pasal perkembangan kamu di blog ni.. lagi2 Kekwa... 

Kekwa sekarang dah masuk 8 bulan.. cepatnya masa berlalu kan.. biarlah cepat lagi dan cepat lagi...Kekwa dah pandai merangkak, duduk dan berdiri pegang2 almari atau kerusi. Belum lagi meniti.. sikit lagi dah boleh jalan la tu.. hihi.. Selalu juga masukkan dia dalam walker, laju je dia drive walker dia tu.. kalah ummi yang drive kereta lembu ni.. hihi...

Kekwa beruntung sebab lahir2 dah ada kawan nak main, Embun sangat sayangkan adik dia.. kalau bangun je tidur, takde adik dia terus tanya "wawa, mana wawa?" sampai cari bawah selimut semua.. hahaha.. comel je! walhal Kekwa ada kat bawah dengan tok mama dia.. hihi..  Kekwa ni kuat makan dan kuat menyusu.. dalam bulan puasa ni agak mencabar skit la ummi dia menyusukan dia.. kalau kita tengah makan, mesti dia nak juga makanan yang kita makan tu, kalau tak bagi, nanti dia menangis2.. hehehe...

Si tembam ummi ni bijak.. suka sangat tengok upin dan ipin.. kalau pasang je dvd upin ipin tu, terus lah dia sengih2 sambil cakap "haaa.. haaa.." kikikikiki... geram ok!dah la tembam dan booolaattt.. pastu mulut comel.. aish... memang hari2 keje nak gomol2 je budak Kekwa ni... naughty dia boleh tahan juga... merayap satu rumah .. kadang kat dapur pun dia pegi.. hahaha.. Tengah ummi nak mandikan si embun, letak kejap si Kekwa ni kat ruang tamu, tiba2 si kekwa ni ada depan pintu bilik air tengah duk intai kami.. hahahaha...now imagine la how cute n naughty this little Kekwa .. ;)

Masa ummi tulis blog ni budak berdua ni tengah tido.. aish.. geram je tengok diorg tido. comel benor.. si kakak tak mahu tidur sebelah ummi, nak tidur sebelah adik dia, ummi kena tidur tepi Kekwa.. maknanya Kekwa di tengah2.. hihi.. see, sayang benarkan Embun pada adik dia.. protective la kononnya! hehe..
Ayah mesti suka tengok anak2 dia dah besar dan comel ni..   kat bawah ni  aksi2 si Kekwa..

seronoknya main ...  smp tak sedar org snap pic dia...

haiiiiiiiiiii

aksi Kekwa dan Ipin... sama tak diorg tido? hihi

nak kacau kakak lah! ;p

Ms Kekwa

Jalan-jalan dengan ummi

Comments

  1. comelnya kekwa gewammmmmmmm..nur betul ke bila bln puasa roh org yg meninggal melawat keluarganya sbb anak buah suami saya pun kehilangan bapanya masa dia masih kecil gak setahun lebih gitu,akak ipar kira balu muda gak la..MIL pernah cerita yg seolah2 si kecil tu pernah mcm tengok 'ssorg' dtg kat umah..ntahla ianya betul ke tidak tp sy pasti embun n kekwa pasti merindui arwah kan.semoga mereka menjadi anak yg soleh kelak..muka kekwa semakin seiras arwah la nur..comelnyaaa

    ReplyDelete
  2. tembannya kekwa........xmcm nadaa,sgt temban..
    nampak sgt kuat menyusu badan...
    cubit skett...;))

    ReplyDelete
  3. comel2..penawar hati tu, moga berbahagia dgn anak dan terus bersemangat

    ReplyDelete
  4. comelnya kekwa...geram tengok pipi dia..

    Kakak pandai jaga adik...sayang kakak

    ReplyDelete
  5. moga membesar jadi anak anak yang solehah



    she is soooo cute

    ReplyDelete
  6. Anak adalah UJIAN bagi kita. Didiklah sebaik mungkin agar ianya menjadi permata yang gemerlap sewaktu dalam gelap malam atau tertanam di dalam lumpur dan cahaya kebajikannya menerobos saat kita kesusahan dan kesunyian...

    ReplyDelete
  7. salam kenal..

    sy br tbaca blog awk dr seorang blogger..

    sedihnya kisah awk..

    anggaplah ia sebagai ujian dari yang Esa..

    kisah awk mmg sama ngan kisah biras sy..

    maybe satu hari nnti boleh share ngan dia..

    sy juga pernah diuji seberat awk..

    tabahkan hati selalu..

    ReplyDelete
  8. salam mawar..
    saya terjumpa blog kamu.. n terus melekat baca entry kamu... Kamu sangat kuat, mawar.. bergenang airmata membaca entry tentang "nafasturi".. sebak sebab tak mampu nak letak diri dlm keadaan kamu.. sy harap kamu terus kuat dan tabah demi bunga2 kamu..

    ReplyDelete
  9. cumilnyeee kekwa!! bambam, geram..suke kan updet cite anak..teruskan tersenyum akak..sy sntiase doakan akak tabah dan bahgia ngan anak2 akak!! take care!! :)

    ReplyDelete
  10. kekwa yg sgt comel dah embam.. :-)

    ReplyDelete
  11. chumell nye..pipi bulat ^,^

    hehe..

    kak mawar, jangan bg kekwa tgk tv..tak bagus untuk kids bawah 2 thn..

    BBC NEWS :-
    Dr Dimitri Christakis at the children's hospital led the study. He said: "The newborn brain develops very rapidly during the first two to three years of life. It's really being wired."


    TV can cause the developing mind to experience unnatural levels of stimulation
    Dr Dimitri Christakis
    Children who were exposed to the unrealistic levels of stimulation at a young age continued to expect this in later life, leading to difficulty dealing with the slower pace of school and homework, he said.

    "TV can cause the developing mind to experience unnatural levels of stimulation," he said.

    http://news.bbc.co.uk/2/hi/3603235.stm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

Ceritera Mawar :Busy umi, busy year, Hello 2017.. its already April!