Wednesday, August 10, 2011

Missing Pakistan

Rindu rasanya kehidupan di Pakistan.. siapa sangka saya akan merindui negara yang kami selalu kutuk itu.. hahaha...walaupun negaranya banyak kekurangan berbanding negara kita, namun negara itu telah meninggalkan kenangan yang paling manis dalam hidup kami sekeluarga..

Tuhan itu Maha Adil, Dia beri kami 2 tahun hidup di negara asing, supaya kami dapat mengenal budaya, cara, pemikiran dan merapatkan lagi hubungan suami isteri antara mawar dan nafastari. Dan saya sikit pun tidak menyesal mengikut dia bertugas di luar negara, malah saya amat bersyukur! walaupun saya terpaksa korbankan impian saya satu masa dulu. Saya sanggup buat apa saja demi keluarga saya. Tempat isteri di sisi suami.. :)

Saya dan nafastari amat gemar berjalan-jalan. Kami suka melihat keindahan alam yang Tuhan ciptakan, kami suka mengenal budaya orang dan cuba untuk memahami fahaman mereka. apa yang dapat saya simpulkan, mereka (pakistan) sangat unik dan aneh! hehe.. Apa pun, saya amat merindui kehidupan di sana. Kehidupan di mana lahirnya Kekwa,  membesarnya Embun dan bertambahnya cinta Mawar dan Nafastari.




Pleasure is the flower that passes; remembrance, the lasting perfume.  ~Jean de Boufflers

4 comments:

  1. Salam Mawar,
    Bila kita duduk di negara orang kita akan lebih appreciate negara kita kan? Saya skg di Sudan, teman suami bertugas di sini. Memang banyak yang saya kene korbankan, tapi saya tak menyesal. Betul, tempat isteri di sisi suami.sama la, kami pun selalu kutuk negara ni. Tapi saya tau, saya pasti akan merindui Sudan bila dah balik Malaysia nanti.

    ReplyDelete
  2. Aku x penah pegi pakistan mawar, duduk atas kapet buatan pakistan pun x penah..nampak orang pakistan kat malaysia jual karpet jeee tahap aku ni..jom mawar, temankan aku g pakistan..tapi selepas mawar dapat keje di tingkat 80+ tu..ok x?

    ReplyDelete
  3. jom aa pi pakistan amik stok kain!!!
    grrr my customer dah "kelaparan" kain2 dari pakistan yang sgt santeeekkk

    aku ade kenal klien pakistan kawin melayu, buat bisnes import export... hehehe ade peluang perniagaan ni!

    :)

    ReplyDelete
  4. Allah bg kesempatan 'privacy' selama 2thn tuk mawar & nafastari b'sma ank². Tuk mawar nikmati sepuas²nya kehidupan b'keluarga. Allah tu Maha Mengetahui, Adil & Penyayang ♥

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023