Friday, May 27, 2011

I pray we're together in Jannah


Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir
From: HERE



TENTANG IDDAH KEMATIAN SUAMI
Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.
Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:
1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah
tanpa ada tujuan penting yang tertentu


PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG
Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.



KEDUA: BERKAHWIN
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.



KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN
Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.
Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].
Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.
Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj.
Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.
Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.



KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN
Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.
Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.
Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” [Surah al-Talaq: ayat 1].
Perempuan yang sedang iddah kerana kematian suami dibenarkan berpindah rumah sekiranya dia khuatir akan kebinasaan diri, anak atau hartanya.
Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.
Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.



KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)
Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”
Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].
Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”
Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.


Menurut Dr Yusof al-Qardhawi:
"Namun bukanlah bererti dia (perempuan yg sedang iddah kematian suami) tidak boleh keluar rumah langsung. Jika ada keperluan, dia dibenarkan keluar rumah. Keperluan tersebut seperti berubat atau membeli keperluan yang tidak ada orang lain yang membelikannya, atau pergi ke tempat kerja sesuai dengan profesionnya seperti guru, doktor, jururawat, atau sebagainya.."

11 comments:

  1. menitis air mata saya baca blog akak. semoga akak tabah. :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah moga kalian dapat berjumpa disana kelak teruskan berdoa

    ReplyDelete
  3. salam mawar,
    tabahlah dgn ujian hidup yang telah tertulis...InsyaAllah, arwah bahagia di sana

    ReplyDelete
  4. insyaallah nur...selagi mana nur redha dan sabar...janji Allah itu pasti...
    take care buat nur dan anak2...:)

    ReplyDelete
  5. salam mawar...tq for sharing...cuma nak tnya, bagaimana pula hukum bagi wanita yg dlm iddah tapi 'bermain cinta' dgn kekasih baru (bercinta slps kematian suami tetapi masih dlm tempoh iddah)?? kdg kala sy terfikir mudahnye dia melupakan arwah suaminya walaupun pd awal kematian tu dia penah ckp xkan kahwin lain sampai bila2...sy suruh dia baca blog awak ni dgn hrpn dia faham apa yg ingin disampaikan tp bila dah asik masyuk bercinta ni payah sikitlaa....apa2pun sy salute awak yg tabah dan sabar dgn dugaan ini...InsyaAllah besar hikmahNya...

    ReplyDelete
  6. salam..perkongsian ilmu bermanafaat

    ReplyDelete
  7. semoga bertemu kasih abadi..

    ReplyDelete
  8. Salam Mawar... saya ikuti blog mawar dan nafastari sejak akhir thn lepas.. semasa mawar sekeluarga masih di Islamabad. saya teruja nak baca pada awalnya sebab saya pernah belajar di islamabad - IIUI thn 90an. mungkin skarang dah byk perubahan di sana. ni hah saya nak tambah skit mengenai iddah atau eddah kematian suami. bagi yg tidak mengandung iddah nya ialah selama 4 bln 10 hari.. sepatutnya dinyatakan juga kiraannya adalah mengikut taqwim Islam.. bersamaan dengan 130 hari. wallahua'lam

    ReplyDelete
  9. askum..sy nk tya bagaimana pula dgn org yg bercerai hidup..suaminya telah berkahwin lain, manakala si isteri membujang spai akhirnya...dikatakan di akhirat nnt dia suaminya adlh suaminya diakhirat..bagaimana pula dgn isteri barunya? adakah diakhirat nnt si suami mempunyai dua isteri sedangkan dia telah bercerai dgn isteri pertama?

    ReplyDelete
  10. anonymous bertarikh 6 june

    er.. sy kurang pasti la tentang tu, kurang ilmu tentang itu, tapi apa yg pernah saya dengar ceramah selama ni, mengatakan di akhirat nanti, inshaAllah, moga2 kita di syurgaNya, kita akan hidup berpasangan.

    tidak ada satu pun lelaki yang akan kawini lebih daripada satu di sana nanti..

    kalau yg berkahwin lebih daripada satu, dia akan memilih isteri yang paling disayanginya dan yang paling solehah,

    dan isteri2 yang lain pula akan ada bidara syurga yang akan bersama nya.

    lebih baik tanya ustaz atau ustazah yang lebih arif,
    saya cuma berkongsi ilmu yang ada,(jika tersilap, tolong betulkan)
    wallahua'lam..
    Allah knows better..

    ReplyDelete
  11. Sabarlah mawar dengan ujian. Saya hairan kenapa orang asik tanya, kalau isteri kawin lain, kat syurga nanti macamana?
    Hello... tolong tanya dulu, layak ke aku masuk syurga? terampun ke segala dosa kecil sampai dosa besar yang pernah dibuat sejak nuun masa baru akil baligh sampai la entah bila2 (tarikh mati kan tak tau lagi)
    Siapa dok ngan siapa kat dalam syurga pulak yang nak dijadikan isu sampai pandang serong bila si balu kawen lain

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023