Monday, May 30, 2011

Oh Capri



Untuk Embun dan Kekwa

Lagu ini ummi dan ayah selalu menyanyikan ketika kamu berdua belum lahir lagi.. lagu ini boleh membuatkan kami berdua menjerit bersama2.. haha... terasa indah bila teringatkan saat2 itu anak-anakku..

Sewaktu itu, ummi masih lagi menuntut di universiti, dan ayah kamu bekerja di Kuala Terengganu. Selama hampir setahun kami tinggal berjauhan. Hujung minggu kadang2 ummi akan ke Kuala Terengganu dan kadangkala ayah pula akan ke Shah Alam. Mulanya ummi risau jika mengandung awal sebelum habis belajar. Kebetulan lagu ini sentiasa bermain2 di kereta ayah..Bila lagu ini kedengaran, kami akan sama2 menjerit, "oh tak mungkin! baby's inside??" dan kami sama2 ketawa... :)

Sudahnya ummi mengandungkan Embun di akhir semester pengajian ummi. Lagu ini masih menjadi kegemaran ummi dan ayah. Dan kami akan sama2 menyanyikan lagu ini sewaktu di dalam perjalanan pulang ke kg nenek dan tokki.

Ayah kamu memang membahagiakan! Dia sangat penyayang.. Dia sangat sayangkan kamu sebelum kamu lahir lagi. :)

Dan Kekwa...

tahukah kamu, beberapa bulan sebelum kamu dilahirkan, ayah kamu mendengar semula lagu ini. Kamu boleh baca di entri ayah -Lagu dan Kisah

:)

Oh, Capri..
kamu berdua adalah Capri ummi dan ayah!

5 comments:

  1. semoga sentiasa kuat iman dan semangat

    ReplyDelete
  2. Sweetnya ibu bapa kepada Embun dan Kekwa. :)

    ReplyDelete
  3. Ada lagu terbaru dendangan aizat feat.1st edition yang liriknya menyentuh hati mengenai perpisahan dgn yg tersayang, dan hanya lagu yg jadi kenangan. Teringat dgn mawar bila dengar lagu tu.

    ReplyDelete
  4. Tajuk lagu tu "Perpisahan Ini",mula dgr dulu, ingatkan nasyid. Rupanya genre pop :-D Mungkin lagu ni dah lama out, cuma I yg baru dgr. Ops sorry out topic :-P

    ReplyDelete
  5. memg menyentuh perasaan lagu ni, disini,saya dapat rasakan betapa sayang dan cintanya arwah pada akak...family yg sgt sgt bahagia...insya allah akak akan bersamanya di Jannah... saya slalu doakan akak dan anak2..
    -sarah-

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023