Tuesday, August 2, 2011

Hati yang separuh

Kata-kata hamka di dalam bukunya, "Tenggelamnya Kapal Van der wijck"
separo dari hatiku tinggal di kuburan itu, dan aku hidup di dunia ini dengan hati yang separo lagi
Buku itu pemberian kawan nafastari, dia seorang blogger yang menggelar dirinya Artozy 
Sungguh baik sekali Artozy kerana mengirimkan dua buah buku kepada Nafastari semasa kami di Pakistan.
Dia sungguh teruja sekali apabila menerima pemberian itu. Tetapi sayangnya, dia tidak sempat pun membacanya.
Kepada Artozy, terima kasih atas pemberian ini.

Sungguh seperti kata hamka, aku kini hidup di dunia dengan hati yang separuh saja.
Sejak pemergian dia, hati aku seolah2 pergi bersamanya..
Terasa seperti mati juga.. Setiap apa yang aku lakukan kini, pasti aku akan terfikir

"oh, bagaimana aku di dalam kubur itu? bagaimana dia di kuburannya?"
"janganlah jasadku diseksa, janganlah jasadnya di seksa, sungguh dia seorang yang hatinya lembut, selalu saja takut melakukan apa-apa yang tidak baik"
"apakah rohnya sampai berjumpa kepadaNya? apakah aku nanti akan bersama roh2 yang dapat bertemuNya?"
"apakah nanti bila aku mati aku dapat kembali ke dunia nyata dan bercerita dengan manusia bahawa janganlah melakukan perkara yang mungkar, kejarlah kebaikan, sungguh dunia yang lain itu amat azab bagi orang-orang yang ingkar?"

Allahu Allah...
sungguh dengan mengingati kematian itu membuatkan aku berhati-hati dalam setiap kelakuanku..
Terima kasih atas ingatan ini
Pemergiannya adalah satu peringatan buatku..
Semoga aku dapat bertemuMu , Tuhanku..
Semoga aku dapat bersama-sama dia suamiku di alam sana kelak.

Tuhan, perkenankanlah! (amin)


16 comments:

  1. quote from prof muhaya: Perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa lampau... dan yang paling dekat dengan kita adalah kematian...

    wallahu'alam...

    ReplyDelete
  2. Amin.... semoga Allah memperkenankan permintaanmu, dik..

    ReplyDelete
  3. semoga allah makbulkan permintaanmu baya....

    ReplyDelete
  4. Ameen.. semoga segalanya diperkenankan..

    kuatkan semangat demi Embun dan Kekwa..

    ReplyDelete
  5. Moga diberi kekuatan dan ketabahan dlm mengharungi hidup ini....

    Kakak sayu benar bila membaca N3 ini...:(

    ReplyDelete
  6. Salam puan. Saya jarang berblog skrg ni. Sewaktu menjenguk blog Artozy, barulah saya tahu Nafastari telah kembali ke pangkuan Ilahi. Walaupun tidak mengenalinya, saya mengenali arwah melalui tulisan blognya. Saya link blog arwah dlm blog saya. selalu jg arwah komen di blog saya. Tabahkan hati meneruskan hidup di dunia ini. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  7. as salam nur...

    pagi2 td akak sempat menjengah ke sini tp x sempat nak tinggalkan komen....

    semoga nur akan terus tabah n cekal menghadapi hari2 mendatang bersama 'semangat' (embun dan kekwa) yg ditinggalkan oleh ahmad....

    ReplyDelete
  8. Allah tahu kamu mampu teruskan hidup tanpa ahmad di sisimu.. Kamu seorg yg kuat sebenarnya.. cuma kamu perlu sabar & matangkan fikiran agar dpt berusaha sewajarnya utk diri kamu & puteri2 mu... bangunlah sayang, jgn putus asa dgn ujian Allah & rahmatNYA.. insyaAllah.. kamu boleh.. look forward & dont despair & never loose hope.. ~Maher Zain~ :)

    ReplyDelete
  9. nur,
    tak tahu apa yang nak dikata. saya kira, semasa saya diuji dengan kehilangan anak, itu sudah cukup berat. tapi membacakan kisah nur, masya Allah, jauh lebih berat. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. tabahkanlah hati. moga ketemu suami tercinta di jannah nanti. amin!

    ReplyDelete
  10. salam mawar..

    saya adalah salah sorang silent reader blog mawar.. tadi di tempat saya kerja, ada ceramah dari Dato' Fatma Al-Zahra.. beliau nyatakan doa yg paling mustajab pada bulan ramadhan adalah selepas azan maghrib.. maknanya masa azan maghrib kita berbuka sedikit dgn air dan kemudian berdoalah apa yang kita hajatkan.. insyallah dimakbulkan.. beliau ada ceritakan pengalaman beberapa org anak didik beliau yg mengamalkan berdoa semasa azan maghrib dan alhmdulillah dimakbulkan. Jadi Mawar boleh amalkan berdoa... moga kesedihan Mawar berlalu dan Mawar menjadi seorang ibu yang cekal demi Embun dan Kekwa.. Amin.

    ReplyDelete
  11. Nur..smga diaminkan doa2 akak seperti nur juga...insya Allah,kan ketemu dgn kekasih hati di sana...

    ReplyDelete
  12. Salam nur,

    saya dah nak almost khatam baca blog awk. i envy u. seriously. i envy ur strength,patient and faith. i've never been in ur shoe so i never know how wud it feel. and btw i pun dr uia but i batch 2002-2006. and also econs major acctg. u batch mane ye?

    love;
    saly

    ReplyDelete
  13. Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
    yang menciptakan segalanya,
    yang menimpakan ujian,
    yang menjadikan sakit hatimu,
    yang membuatkan keinginanmu terhalang,
    serta menyusahkan hidupmu,
    pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
    bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,
    tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.

    ~ sentiasa tabah ye awak :)

    ReplyDelete
  14. Sabar ye dk.. hidup dunia memang untuk menerima ujian.. bekal rahmatnya utk hari kemudian.. Semoga terus tabah..

    ReplyDelete
  15. Kadang kita meminta pada ALLAH setangkai bunga yang indah,tetapi ALLAH SWT berikan kita kaktus yang berduri. Kadangnya kita meminta seekor rama-rama yang cantik,tetapi ALLAH SWT berikan kita ulat.
    Kita pun sedih,kecewa,bahkan marah !!! Namun kemudiannya kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi rama-rama cantik.Itulah jalan ALLAH SWT,indah pada waktuNya! ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi ALLAH SWT……memberikan apa yang kita perlukan !
    Kadang kita sedih,kecewa,terluka…berburuk sangka…tapi jauh di atas segalanya…ALLAH sedang merungkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita…Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha.

    ReplyDelete
  16. "Tenggelamnya Kapal an der Wijck" tulisan Hamka, dari tahun 2005 saya mencari2 buku ini dan sehingga kini saya belum berjaya membaca isinya yang telah dicadangkan oleh seorang yang tidak saya kenali.

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023