Tuesday, May 31, 2011

Kita dan Ujian

Terima kasih buat semua yang membaca blog Mawar dan Nafastari, terima kasih juga kepada sahabat2 yang memberi kata2 semangat kepada saya.. Terima kasih juga kepada sahabat2 baru yang kenal dengan Mawar dan sekali gus berkongsi kisah duka mereka dengan Mawar.

Manusia takkan pernah lari dengan ujian.. Mula2 lahir pun ada ujian.. Malah sebelum kita lahir pun dah ada ujian..

ujian untuk ibu mengandung- ujian darah, ujian air kencing.. ;p
dah lahir pula- ujian jaundice ke tidak...

lepas dah besar sikit, pergi sekolah pun ada ujian lagi...
lepas dah sekolah, masuk pula universiti.. ujian lagi!....
dah habis universiti, ujian lagi nak mintak kerja...
tak habis2 ujian kan?? :)

dah kerja pun kadang kena pergi ujian jugak nak naik pangkat!
ha, ujian lagi...
bila masanya takde ujian dalam hidup ni kan?

Sebab apa ada ujian???



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta
Surah Al-Ankaboot ayat 2-3

Dan bila kita didatangkan ujian,

Ayat 45 surah al-Baqarah,
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

Kalau dekat sekolah, kita ambil peperiksaan untuk menentukan grade kita, macam tu juga Allah beri kita peperiksaan hidup untuk menentukan grade kita di akhirat nanti...

Semoga berjaya dengan ujian Allah beri kawan2 semua! :)
Semoga kita peroleh grade yang terbaik dari-Nya

AMIN!

* esok saya ada ujian komputer kelas memandu! doakan saya lulus lagi ye!

15 comments:

  1. Salam Mawar...semoga lulus yer...

    apapun ujian kita...semua itu mndekatkan diri dgn Pencipta...
    **lebih berpesan tuk diri sendiri sebenarnya...**
    mawar jaga diri dan juga anak2 yer...:)

    ReplyDelete
  2. aamin..moga dipermudahkan. lesen memandu salah satu keperluan dalam memulakan langkah lebih lancar untuk berdikari hidup sendiri terutama dlm mencari rezeki dan menguruskan anak2.

    melangkahlah perlahan2 dahulu dipermulaan ini. Allah telah sediakan kemudahan buat setiap hambaNya.

    ReplyDelete
  3. kila,doakan akk lulus..caiyok2x kak...

    ReplyDelete
  4. good luck! wan mesti bangga dgn mawar..

    ReplyDelete
  5. saya doakan saya juga tabah seperti mawar menghadapi sebarang ujian..

    ReplyDelete
  6. gud luck, mawar....
    mmg Allah bg mawar ujian yg sgt hebat...tp tu maksudnya, mawar dapat 1 keutamaan pandangan Allah berbanding kami yg lain....sabar, ye....tiap hr buka blog mawar, nk tau keadaan mawar...moga tabah slalu....

    ReplyDelete
  7. nur..
    akak pun doakan moga lulus cepat dapat lesen ye

    ReplyDelete
  8. ha'ah la...hidup kte penuh dgn ujian...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    salam ukhuwah buat mama kekwa dan embun...selamat maju jaya...bitaufiq wannajah...moga success dalam kehidupan yg mendatang...amin....

    ReplyDelete
  10. salam..
    sy suka sngt blog akak..stiap kali sy baca, sy rasa syukur sngt dgn hidup sy yg x seberapa..truskan perjuangan ye akak..gud luck esok!

    ReplyDelete
  11. betol2...selagi bernafas....kita x kan lari dari ujian..lebih byk ujian..yg kita lalui...lebih matang pemikiran kita dan menjadikan kita lebih baik dari hari-hari sebelumnya..

    ReplyDelete
  12. good luck dear mawar.. - umi solehah

    ReplyDelete
  13. prnah satu ketika dgr walid mengajar kat surau..walid kata selagi kita xmasuk dalam syurga..selagi tu kita xakan sunyi dengan ujian drpNya... ujian di dunia..ujian di alam barzakh..ujian di akhirat.. ujian di neraka (nauzubillah)...sehinggalah kita masuk ke syurga..barulah kita akan bahagia selama-lamanya -umi solehah

    ReplyDelete
  14. Sesiapa yang lulus cemerlang akan ujian dari Allah di dunia yg sementara ini, maka syurga yg kekal abadi sebagai hadiahnya..

    Sungguh berbaloi..

    ReplyDelete
  15. sabar ya Mawar, Allah nak menguji kita walaupun ujian kita berbeza...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023